• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Event Menarik

Pertembungan Epik Sarawak United vs JDT, Tiket Fizikal Di Stadium Negeri Sarawak Dijual Esok

Oleh
ILB - AI
23 Julai 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Pertembungan epik yang dinantikan!

Pertembungan Epik Sarawak United vs JDT, Tiket Fizikal Di Stadium Negeri Sarawak Dijual Esok. Encang Sampe Champion! Pada malam 27 Julai nanti, kita akan menyaksikan pertembungan epik yang kita nantikan antara Sarawak United dan JDT di Stadium Negeri Sarawak.

Isi Isi Penting
  • Pertembungan epik yang dinantikan!
  • Pembelian tiket fizikal, bahang pertempuran dari titik permulaan.
  • Harga mampu milik.
  • Jualan jersi SUFC yang terhad.

Perlawanan bolasepak ini menjadi penantian semua orang Sarawak kerana pasukan kita akan bertemu dengan pasukan yang hangat di pasaran masa ini, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pertembungan Epik Sarawak United vs JDT, Tiket Fizikal Di Stadium Negeri Sarawak Dijual Esok
Sumber gambar : Sarawak United FC Official & JOHOR SouthernTigers

Yang menarik untuk pertembungan kali dimana tiket fizikal akan mulai dijual di Pejabat SUFC, Tingkat 1, Wisma Kafaz, Petra Jaya Kuching. Pasti kita tidak mahu melepaskan peluang menyertai sekali dengan berbondong manusia menyerbu Pejabat SUFC untuk mendapatkan tiket fizikal ini.

Pembelian tiket fizikal, bahang pertempuran dari titik permulaan.

Pembelian tiket secara atas talian juga disediakan namun kita mahukan peminat tegar bolasepak untuk merasai bahang pertempuran ini dari titik permulaan iaitu dengan pembelian tiket fizikal. Tiket fizikal ini boleh didapatkan seawal pukul 12 tengahari hingga pukul 5 petang.

Harga mampu milik.

Kadar harga tiket fizikal pula semua mampu milik. Untuk orang dewasa di kawasan berbumbung hanya bernilai RM20 manakala di kawasan terbuka pula RM15. Cuma tiket untuk orang dewasa sahaja yang dijual secara fizikal.

Pertembungan Epik Sarawak United vs JDT, Tiket Fizikal Di Stadium Negeri Sarawak Dijual Esok
Pertembungan Epik Sarawak United vs JDT, Tiket Fizikal Di Stadium Negeri Sarawak Dijual Esok. Sumber gambar: Sarawak United FC Official

Untuk tiket kanak-kanak pula, tiket berharga RM5 untuk kawasan terbuka dan berbumbung boleh dibeli secara atas talian di https://ticket.tickethotline.com.my/club/sarawak/21/home

Jualan jersi SUFC yang terhad.

Semasa hari penjualan tiket fizikal, banyak jualan lain yang diadakan seperti penjualan baju jersi, Mafla dan barangan dagangan SUFC yang lain. Namun, jersi SUFC yang berharga RM60 ini hanya terdapat dalam saiz yang terhad. Maka, cepat rebut peluang ini sebelum terlepas!

Pertembungan Epik Sarawak United vs JDT, Tiket Fizikal Di Stadium Negeri Sarawak Dijual Esok
Pertembungan Epik Sarawak United vs JDT, Tiket Fizikal Di Stadium Negeri Sarawak Dijual Esok. Sumber gambar: Sarawak United FC Official

Berikan sokongan yang padu untuk pasukan bolasepak kita, Sarawak United dalam perlawanan kali ini dan pastikan kita memberi sokongan secara sihat! #encangsampechampion

Boleh baca artikel lain untuk aktiviti menyeronokkan di Sarawak:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pelajar SMK Methodist, Sibu Antara Wakil Malaysia Ke Pertandingan Kuiz ASEAN 2022 Di Myanmar
Next Article ‘Rasa Macam Nesquik’- Minah Salleh Terkejut Milo Malaysia Tak Sesedap Milo Australia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?