• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pelajar SMK Methodist, Sibu Antara Wakil Malaysia Ke Pertandingan Kuiz ASEAN 2022 Di Myanmar

Oleh
Aina Musa
23 Julai 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Pelajar Sibu wakili Malaysia ke Myanmar

Pelajar SMK Methodist, Sibu Antara Wakil Malaysia Ke Pertandingan Kuiz ASEAN 2022 Di Myanmar. Pelajar Tingkatan 3 dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist Sibu, George Loh Ing Won berjaya melayakkan diri, sekali gus mewakili Malaysia ke Peringkat Rantau dalam Pertandingan Kuiz ASEAN 2022 di Myanmar.

Pertandingan yang diadakan bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang itu dilaksanakan secara telesidang di Pejabat Penerangan Daerah Sibu pada 20 Julai lepas.

Pelajar SMK Methodist, Sibu Antara Wakil Malaysia Ke Pertandingan Kuiz ASEAN 2022 Di Myanmar
Pelajar SMK Methodist, Sibu Antara Wakil Malaysia Ke Pertandingan Kuiz ASEAN 2022 Di Myanmar. Kredit Foto: FB Jabatan Penerangan Sarawak

All the best!

Pada pertandingan itu, setiap peserta melalui satu sesi temu duga ringkas dan sebanyak sepuluh soalan disediakan kepada peserta berkenaan dengan ASEAN.

SMK Methodist, Sibu pernah mengharumkan nama Sarawak dengan mewakili Malaysia ke Peringkat Rantau Pertandingan Kuiz ASEAN ke-8 di Bali, Indonesia pada tahun 2018 dan mendapat tempat ke-6, selain mewakili negeri ini dalam pertandingan yang sama pada tahun-tahun sebelumnya iaitu pada 2009, 2012 dan 2016.

Pelajar SMK Methodist, Sibu Antara Wakil Malaysia Ke Pertandingan Kuiz ASEAN 2022 Di Myanmar
Salah seorang peserta menjawab soalan semasa Kuiz ASEAN diadakan secara telesidang langsung (live) di Pejabat Penerangan Daerah Sibu. Kredit Foto: FB Jabatan Penerangan Sarawak

Tiga pelajar Malaysia wakili Malaysia ke Myanmar

Untuk rekod, Sky Broxlyne Roy Maxwill daripada SMK Mat Salleh Ranau, Sabah merupakan johan bagi pertandingan Kuiz ASEAN peringkat Kebangsaan 2022 bagi kategori murid sekolah.

George Loh Ing Won yang mewakili SMK Methodist, Sarawak memenangi tempat kedua.

Manakala wakil daripada SM Sains Kuala Terengganu, Terengganu iaitu Muhammad Adam Haiqal Shaari Ismail memenangi tempat yang ketiga.

Ketiga-tiga pelajar ini sekaligus akan mewakili Malaya ke Pertandingan Kuiz ASEAN 2022 di Myanmar.

Pelajar SMK Methodist, Sibu Antara Wakil Malaysia Ke Pertandingan Kuiz ASEAN 2022 Di Myanmar
Pelajar SMK Methodist, Sibu Antara Wakil Malaysia Ke Pertandingan Kuiz ASEAN 2022 Di Myanmar. Kredit Foto: FB IRDividson

Semoga ketiga-ketiga pelajar ini akan beroleh kejayaan dalam pertandingan peringkat rantau yang dijangka akan diadakan pada penghujung tahun ini di Myanmar.

Kenali anak Sarawak yang pernah mengharumkan nama Sarawak di mata dunia:

SUMBER :FB Jabatan Penerangan SarawakFB IRDividson
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jaguh Bina Badan Sarawak Rangkul 2 Pingat Emas di Maldives Jaguh Bina Badan Sarawak Rangkul 2 Pingat Emas di Maldives
Next Article Pertembungan Epik Sarawak United vs JDT, Tiket Fizikal Di Stadium Negeri Sarawak Dijual Esok

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?