• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pesakit Kesal Terpaksa Tunggu 120 Minit Demi Dapat Rawatan Di Sebuah Hospital Di Bintulu

Oleh
Aina Musa
6 Mei 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Pesakit Kesal Terpaksa Tunggu 120 Minit Demi Dapat Rawatan Di Sebuah Hospital Di Bintulu

Pesakit Mengeluh Menunggu Lama di Kaunter Pendaftaran Hospital Bintulu

Pesakit Kesal Terpaksa Tunggu 120 Minit Demi Dapat Rawatan Di Sebuah Hospital Di Bintulu. Seorang pesakit terkejut melihat notis yang ditampal pada cermin kaunter pendaftaran yang memaklumkan jangka masa menunggu adalah 120 minit.

Tempoh menunggu yang agak lama ini menjadi tular sejak dua hari lepas selepas beliau mengeluh menerusi sebuah posting di laman Facebook miliknya.

Pesakit Kesal Terpaksa Tunggu 120 Minit Demi Dapat Rawatan Di Sebuah Hospital Di Bintulu. Sumber: Google

Tambahnya beliau perlu menunggu dalam tempoh yang agak lama sekiranya ingin mendapatkan khidmat perubatan di hospital terbabit.

Beliau yang pernah menghantar anak dan ibunya bagi mendapatkan khidmat perubatan di hospital seringkala datang awal pagi dan balik pada waktu petang.

“Saya pernah menghantar anak dari jam 8.20 pagi dan tempoh menunggu yang terlalu lama menyebabkan proses pemeriksaan serta perubatan siap sepenuhnya pada 4.45 petang,” ujarnya.

Beliau yang turut mempunyai pengalaman dengan hospital lain seperti Hospital Umum Sarawak (SGH) yang mempunyai 15 kaunter yang mana tempoh menunggu sekitar 15 minit sahaja yang mana proses rawatan siap sepenuhnya pada sesi pagi sahaja.

Menariknya, setiap kali ada keluhan disuarakan, petugas kaunter hanya menyarankan pesakit untuk mencari perkhidmatan perubatan di hospital swasta jika mereka tidak sanggup menunggu lama.

Keadaan ini menimbulkan persoalan tentang kecekapan sistem pendaftaran dan penyelenggaraan di . Walaupun Hospital Umum Sarawak (SGH) menunjukkan proses yang lebih pantas dan efisyen, tidak dapat dielakkan bahawa Hospital Bintulu menghadapi masalah yang serupa.

Susulan itu, isu tersebut telah mendapat perhatian daripada Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Menurutnya, jangka masa yang ditetapkan itu sememangnya tidak boleh diterima pakai.

“Bagi saya tempoh menunggu 120 minit ini tidak boleh diterima pakai kerana terlalu lama. Namun saya perlu mendapatkan maklumat terperinci tentang situasi sebenar yang berlaku di sana (Hospital Bintulu).

Dr Sim memberitahu, kadar kecepatan untuk seseorang pesakit menerima rawatan di unit kecemasan bergantung kepada kategori iaitu dari tahap zon hijau hingga zon merah.

“Tempoh memberi perkhidmatan perubatan mengikut kategori kecemasan, kalau pesakit berkaitan jantung boleh meninggal kalau tunggu dalam tempoh yang lama untuk mendapatkan rawatan.

“Selalunya, kalau kes kecemasan kategori zon merah ia akan terus diberi keutamaan dan dirawat, kalau kes kecemasan kategori hijau ia akan menunggu sedikit lama untuk mendapatkan perkhidmatan,” jelasnya lagi.

Sehubungan itu, beliau akan mendapatkan penjelasan tentang situasi sebenar yang dihadapi hospital tersebut.

Baca lagi artikel menarik:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sabah Sarawak Pegang Banyak Sumber Galian Minyak Yang Belum Diteroka Sabah Sarawak Pegang Banyak Sumber Galian Minyak Yang Belum Diteroka
Next Article Baby Shima Nafi Disaman, Akui Diberi Keizinan Nyanyi Semula Lagu Ikonik Iban Bekikis Bulu Betis

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?