• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Datuk Mancha Ata, Anak Dayak Pertama Sandang Jawatan Pesuruhjaya Polis Sarawak

Oleh
Nazihah AN
16 Oktober 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Datuk Mancha Ata, Anak Dayak Pertama Menyandang Jawatan Pesuruhjaya Polis Sarawak

Datuk Mancha Ata, dijangka akan mengambil alih jawatan Pesuruhjaya Polis Sarawak baru secara rasmi pada 13 November tahun ini.

Datuk Mancha Ata, Anak Dayak Pertama Sandang Jawatan Pesuruhjaya Polis Sarawak. Menurut Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad menyatakan bahawa Mancha yang sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak bakal menggantikan Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri.

Dilaporkan juga bahawa pihak mereka sedang berbincang majlis serah terima tugas kerana akan ada wakil yang datang dari Bukit Aman.

Mohd Azman juga mengesahkan bahawa dengan pelantikan Mancha, beliau akan menjadi Dayak pertama dari keturunan Iban yang memegang jawatan tersebut. Menurut Mohd Azman, sudah tiba masanya untuk Mancha memimpin Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Sarawak.

Datuk Mancha Ata, Anak Dayak Pertama Sandang Jawatan Pesuruhjaya Polis Sarawak
Datuk Mancha Ata, Anak Dayak Pertama Sandang Jawatan Pesuruhjaya Polis Sarawak

Beliau akan menjadi Dayak pertama dari keturunan Iban yang memegang jawatan tersebut

Sementara itu, ketika ditanya mengenai rancangannya sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak yang akan datang, Mancha mengesahkan bahawa dia akan meneruskan inisiatif dan rancangan yang telah ditetapkan oleh pendahulunya.

“Kami akan meneruskan usaha yang telah dilakukan oleh pesuruhjaya polis sebelumnya dan melaksanakan apa jua rancangan yang telah dibuat,” katanya.

Bukit Aman sebelumnya telah mengumumkan kenaikan pangkat Mancha dalam kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebooknya pada hari Jumaat lalu. Kenyataan itu juga mengatakan bahawa Mohd Azman akan menjadi Pengarah Baharu Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Bukit Aman.

Mancha Ata berasal dari Kota Samarahan

Mancha, yang berasal dari Kota Samarahan, telah dinaikkan pangkat menjadi timbalan pesuruhjaya polis pada 9 Jun 2021. Sebelum kenaikan pangkatnya, Mancha adalah pemerintah briged Pasukan Gerakan Am Sarawak.

Bukit Aman juga mengumumkan bahawa jawatan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak akan disandang oleh Datuk Ibrahim Darus, yang merupakan Pengarah Pembantu Utama Cawangan Khas (E1) Bukit Aman.

Secara keseluruhan, 23 pegawai kanan dalam pasukan polis akan dipindahkan mulai 13 November tahun ini.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah:

Diesel Bakal Dikenakan Subsidi Bersasar, Ini Reaksi Geng Hilux Di Sarawak
Rugi RM20 Juta Jualan Tiket, MOT Kini Gantung Lesen Penerbangan MyAirline
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Polis Halang Lapan Individu Hadir Di Mahkamah Sibu Mulai 17 Oktober
Next Article Tular Rakaman Pergaduhan Di Asajaya, Polis Tahan Dua Suspek Berusia 13 Dan 16 Tahun Tular Rakaman Pergaduhan Di Asajaya, Polis Tahan Dua Suspek Berusia 13 Dan 16 Tahun

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?