• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Polis Mulakan Operasi Menangkap Penyebar Berita Palsu Wuhan Coronavirus

Oleh
ILB - AI
27 Januari 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Bawangvengers rajin rajin la kongsikan lagi, senang polis nak tangkap

Polis Mulakan Operasi Menangkap Penyebar Berita Palsu Wuhan Coronavirus.

Polis sedang mengesan individu yang menyebarkan berita palsu kononnya seorang warga emas dari China meninggal dunia akibat coronavirus di Kompleks Sultan Abu Bakar, Tanjung Kupang, Gelang Patah, dekat sini, pagi semalam.

Sambil menafikan dakwaan itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, berkata insiden itu membabitkan warga emas Singapura berusia 78 tahun yang meninggal dunia akibat serangan jantung.

“Polis juga sudah memulakan siasatan terhadap individu yang menyebarkan berita palsu ini mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata polis menerima panggilan kecemasan daripada seorang Pegawai Imigresen Kompleks Sultan Abu Bakar, Tanjung Kupang, Gelang Patah, kira-kira jam 7.05 pagi semalam bagi memaklumkan kejadian itu.

“Pegawai terbabit memaklumkan berkenaan si mati seorang lelaki warga Singapura berusia 78 tahun tidak sedarkan diri di dalam bas pelancong yang berhenti di hadapan kaunter Imigresen di situ untuk pemeriksaan pasport.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati si mati bersama isteri, yang juga warga Singapura yang berumur 68 tahun menaiki bas pelancong itu sedang dalam perjalanan dari Singapura menuju ke Genting Highlands untuk melancong.

“Ketika bas berhenti di pusat pemeriksaan pasport Kompleks Sultan Abu Bakar, Tanjung Kupang, Gelang Patah, tiba-tiba si mati mengadu sakit dada dan berasa kurang selesa kepada isterinya.

“Pemandu bas kemudian memaklumkan kejadian ke kaunter Imigresen sebelum pemeriksaan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia akibat serangan jantung dengan mayatnya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA)untuk bedah siasat, ” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dzulkhairi berkata, mangsa juga mempunyai rekod perubatan sakit jantung dan rawatan dijalankan di Singapura.

“Polis menasihatkan orang awam supaya sentiasa berhati-hati dan tidak menyebarkan berita yang belum dipastikan kebenarannya berikutan kes kematian itu ditularkan dalam media sosial kononnya mangsa adalah warga China yang mati akibat coronavirus ketika dalam bas,” katanya.

Baca Artikel Kami Mengenai Senarai Berita Palsu

http://http://https://www.iloveborneo.mycerita-menarik-dari-borneo/senarai-berita-palsu-berkenaan-virus-corona-wuhan-setakat-ini/
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Senarai Berita Palsu Berkenaan Virus Corona Wuhan Setakat Ini
Next Article Ambil Kesempatan Jual Produk Selepas Tular Berita Palsu Virus Wuhan Coronavirus Di Bintulu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?