• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Port Air Terjun Viral Di Serian, Sengai Waterfall Kini Ditutup Untuk Kunjungan Awam

Oleh
Ismail NA
18 Oktober 2020
Kongsi
4 Min Bacaan

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Port Air Terjun Viral Di Serian, Sengai Waterfall Kini Ditutup Untuk Kunjungan Awam. Sejak kebelakangan ini, banyak lokasi hidden gems pelancongan semulajadi yang diterokai di Sarawak. Lokasi paling trending ialah seperti kawasan air terjun dan bukit serta gunung untuk aktiviti pendakian. Dua kawasan ini boleh dikatakan sebagai gandingan kombo wajib kerana kebanyakan gunung atau banjaran di Sarawak pasti melalui kawasan air terjun yang indah dan cantik.

Isi Isi Penting
  • Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
  • Ditutup mulai 17 Oktober 2020.
  • Netizen jangka penutupan berpunca daripada pengunjung yang tidak menjaga kebersihan
  • Penduduk masih bergantung dengan sumber air sungai bersih dari Sungai Sengai
  • Bukan pertama kali terjadi setiap kali lokasi tarikan pelancong tular di Sarawak
  • Lihatlah keindahan Sengai Waterfall dan beberapa lagi air terjun lain yang ada di Serian :

Walau bagaimanapun, ada pula berita kurang senang yang didengari setelah kawasan yang indah ini tular dan menjadi perhatian ramai. Dengar khabar, sebuah lokasi air terjun di Serian telah pun ditutup untuk kunjungan orang awam.

Ditutup mulai 17 Oktober 2020.

Air terjun Sengai atau lebih dikenali dengan gelaran Sengai Waterfall ini sempat tular di media sosial beberapa bulan yang lalu. Air sungainya yang jernih dan kelihatan seperti kebiru-biruan telah menarik perhatian pengunjung dari luar kawasan kampung tersebut untuk turut sama menikmati keindahan alam semulajadi ini. Apatah lagi, Sengai Waterfall ini berada di lokasi yang agak terpencil menyebabkan ia menjadi lokasi hidden gems buruan ramai.

Port Air Terjun Viral Di Serian, Sengai Waterfall Kini Ditutup Untuk Kunjungan Awam
Port Air Terjun Viral Di Serian, Sengai Waterfall Kini Ditutup Untuk Kunjungan Awam
Sumber foto : FB Kennedy Kenneth

Namun demikian, menurut seorang pengguna Facebook, Kennedy Kenneth, Sengai Waterfall ini tidak lagi dibuka untuk kunjungan orang awam sama ada untuk bermandi-manda atau berkelah sama sekali.

Netizen jangka penutupan berpunca daripada pengunjung yang tidak menjaga kebersihan

Walau pun tidak diberitahu tentang punca penutupan tersebut, netizen menjangkakan bahawa penutupan tersebut berpunca daripada sikap pengunjung yang tidak menjaga kebersihan kawasan sekitar dengan membuang sisa sampah di merata tempat.

Port Air Terjun Viral Di Serian, Sengai Waterfall Kini Ditutup Untuk Kunjungan Awam
Sumber foto : FB Kennedy Kenneth
Port Air Terjun Viral Di Serian, Sengai Waterfall Kini Ditutup Untuk Kunjungan Awam
Sumber foto : FB Kennedy Kenneth
Sumber foto : FB Kennedy Kenneth

Penduduk masih bergantung dengan sumber air sungai bersih dari Sungai Sengai

Melalui tinjauan di ruangan komen, netizen memberitahu bahawa penutupan kawasan Sengai Waterfall berkemungkinan bagi mengelakkan pencemaran sungai. Hal ini kerana penduduk di kawasan tersebut masih bergantung dengan sumber air sungai selain bekalan air paip yang kadang kala terputus.

Port Air Terjun Viral Di Serian, Sengai Waterfall Kini Ditutup Untuk Kunjungan Awam
Sumber : Facebook

Ada juga yang mengatakan bahawa kawasan tersebut telah tercemar sejak Sengai Waterfall tular kebelakangan ini.

Sumber : Facebook
Port Air Terjun Viral Di Serian, Sengai Waterfall Kini Ditutup Untuk Kunjungan Awam
Sumber : Facebook

Penutupan ini berkuatkuasa bermula 17 Oktober 2020.

Bukan pertama kali terjadi setiap kali lokasi tarikan pelancong tular di Sarawak

Perkara ini bukanlah perkara yang pertama kali berlaku setelah kawasan semulajadi begini menjadi tular. Kes yang sama pernah berlaku di Bengoh Dam beberapa bulan yang lalu. Lebih memalukan, pelancong dari luar yang berikhtiar dan sukarela mengutip sampah di sepanjang laluan pendakian.

Berikut merupakan artikel yang pernah kami terbitkan tentang perkara ini :

Jika benar dakwaan penutupan ini, maka masih sukar dan jauhlah perjalanan industri pelancongan semulajadi di Sarawak untuk dikenali di mata dunia. Sekiranya orang kita sendiri pun tidak mampu mengangkat sampah dan membawa pulang sisa sendiri, ini kan pula nak dijadikan contoh serta ditayangkan untuk orang dari luar Malaysia.

Diharap pengunjung yang pergi ke mana-mana lokasi pelancongan untuk sentiasa menjaga kebersihan demi kesenangan dan kesejahteraan semua. Tidak kiralah di mana sahaja anda berada, sikap anda mencerminkan budaya kita.

Lihatlah keindahan Sengai Waterfall dan beberapa lagi air terjun lain yang ada di Serian :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dakwa 'Keling' Sebagai Gelaran Rasis Di Sarawak Dan Sabah, Warga Sarawak Tampil Jelaskan Maksud Alternatif Dakwa ‘Keling’ Sebagai Gelaran Rasis Di Sarawak Dan Sabah, Warga Sarawak Tampil Jelaskan Maksud Alternatif
Next Article Sabah Makin Kritikal, Ini Senarai Bantuan Segera Yang Boleh Anda Salurkan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?