Terdapat 5 jenis bantuan diskaun dalam BKSS 9.0
[TERKINI] Premier Sarawak Umum BKSS 9.0 Bantuan Dalam Bentuk Diskaun Utiliti Selama 6 Bulan. Telah dilaporkan dalam sidang media siaran langung sebentar tadi bahawa pengumuman bantuan BKSS 9.0 diberikan dalam bentuk diskaun utiliti selama 6 bulan.
Berkenaan dengan inflasi yang semakin meningkat sehingga 3.2% dan kadar harga barang keperluan yang semakin meningkat seperti harga ayam, telur, minyak masak dan sebagainya.

Menerusi sidang media FB Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) sebentar tadi bahawa Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah mengumumkan bahawa terdapat 5 jenis bantuan bakal diberikan kepada rakyat Sarawak.
Beliau menyatakan bahawa pihaknya mengambil keputusan untuk menyambung pemberian bantuan dalam bentuk pakej yang merangkumi 5 langkah bagi tempoh 6 bulan mulai Julai hingga Disember 2022.
1. Diskaun Elektrik
Pemberian diskaun 5% sehingga 25% ke atas bil elektrik bulanan kepada pengguna domestik, komersial, dan industri termasuklah pengusaha dan peruncit makanan mulai julai hingga disember 2022.
Kos keseluruhan diskuan bil elektrik ini berjumlah RM201.76 juta dan ianya akan dibiayai oleh kerajaan Sarawak. Jadual diskaun bil elektrik bakal dipamerkan tidak lama lagi.
2. Diskaun Bil Air
Diskaun 10% sehingga 25% ke atas bil air bulanan untuk pengguna domestik, komersial, dan industri diteruskan mulai julai hingga disember 2022.
Kos keseluruhan diskaun bil air ini berjumlah RM35.34 juta akan dibiayai oleh kerajaan Sarawak.

3. Diskaun Taksiran Kadar Cukai Pintu
Diskaun 25% untuk taksiran kadar cukai pintu tahunan melebihi RM400 dan diskaun 30% untuk kadar cukai pintu tahunan RM400 dan kebawah untuk premis kediaman, komersial, industri dan premis pegangan khas mulai….
Keseluruhan kos diskaun ini akan melibatkan pekerjaan kerajaan Sarawak sebanyak RM54 juta.
4. Diskaun 50% Sewa Pasar dan Gerai
Diskaun ini pihak berkuasa tempatan untuk peniaga dan penjaja akan diteruskan bagi bulan Julai hingga Disember 2022. Bantuan ini memberi manfaat kepada lebih daripada 10,000 penjaja yang berdaftar yang menyewa pasar dan gerai di bawah PBT.
Keseluruhan kos dikaun ini akan melibatkan kerajaan Sarawak sebanyak RM1.73 juta.
5. Bahan Binaan Tambahan
Diskaun ini adalah diskaun baharu untuk BKSS 9.0. Kerajaan Sarawak telah memulakan VOP 2.0 (VOP 2.0) untuk menampung kenaikan harga bahan binaan untuk semua projek yang dibiayai oleh kerajaan. Ia akan meliputi perkara berikut:
- Kontrak berterusan dengan surat penerimaan (LOA) yang dikeluarkan antara 1 Januari hingga 31 Dis 2021
- 15 bahan tambahan untuk kerja-kerja pembinaan: Cerucuk persegi RC, konkrit, keluli, batu bata dan dinding, kaca, agregat, siling, cat, pasir, bahan paip, jubin lantai dan dinding, kelengkapan kebersihan, kayu termasuk papan lapis, barangan besi dan bahan bumbung
- 10 bahan tambahan untuk kerja-kerja kejuruteraan awam: Cerucuk persegi RC, simen, keluli termasuk tetulang fabrik dsb.
- Lanjutan masa (EOT) sehingga maksimum 6 bulan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh agensi masing-masing
- Anggaran peruntukan berjumlah RM700 juta dijangka akan digunakan untuk VOP 2.0.
