• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Pulau Lankayan Dive Resort Sabah Tawar Konsep Elegan Seperti Berada Di Maldives

Oleh
Husna Hazmi
14 Mac 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Tak perlu dah nak pergi jauh, kat Sabah je dah cukup

Pulau Lankayan Dive Resort Sabah Tawar Konsep Elegan Seperti Berada Di Maldives. Terletak di Sandakan Sabah, Pulau Lankayan ini merupakan salah satu tarikan pelancong yang amat indah sekali kerana konsepnya yang elegen ibarat pulau di Maldives membuatkan pulau ini unik berbanding pulau lain.

Pulau Lankayan merupakan pulau kecil seperti permata di Laut Sulu dan telah diisytiharkan sebagai sebahagian daripada Kawasan Perlindungan Marin yang besar untuk mengamalkan konsep eko-pelancongan.

Pulau Lankayan Dive Resort Sabah Tawar Konsep Elegan Seperti Berada Di Maldives
Pulau Lankayan Dive Resort Sabah Tawar Konsep Elegan Seperti Berada Di Maldives. Kredit gambar: @lankayanresort

Pulau ini dikelilingi oleh pantai berpasir putih yang tiada tandingannya dan menawarkan penginapan yang elegan dan indah di semua 23 chalet pinggir laut yang luas. Bagi mereka yang ingin mencari ketenangan, ini adalah Pulau yang paling sesuai buat anda.

Bukan itu sahaja, bagi penggemar scuba diving, pulau ini juga amat disarankan. Antara aktiviti menarik yang lain anda boleh cuba di pulau ini adalah snorkelling, kayak, memancing dan anda juga boleh melihat whale shark di sini pada musimnya iaitu dari bulan Mac hingga Mei! Seronoknya!

Pulau Lankayan Dive Resort Sabah Tawar Konsep Elegan Seperti Berada Di Maldives
Kredit gambar: @lankayanresort

Terokai Kehidupan Marin Dengan Menyelam

Selain itu, salah satu tempat menyelam yang paling populardi Lankayan ialah Jaw Fish Lair di mana lokasinya hanya 4 hingga 5 minit perjalanan menaiki bot dari jeti Lankayan.

Kebiasannya mereka yang ke sini boleh melihat rahang ikan raksasa itu sendiri, dan juga boleh melihat sekali ikan kerapu, ikan anemone, fusilier dan nudibranches. Kalau anda bertuah, anda berpeluang melihat spesies hidupan laut yang rare seperti blue ribbon eel, ghost pipe fish (bermusim), juvenile cat fish, peacock mantis shrimp, dan penyu.

Pulau Lankayan Dive Resort Sabah Tawar Konsep Elegan Seperti Berada Di Maldives
Pulau Lankayan Dive Resort Sabah Tawar Konsep Elegan Seperti Berada Di Maldives. Kredit gambar: @lankayanresort

Lankayan mempunyai lebih daripada 32 lokasi menyelam termasuk 2 bangkai kapal dan kebanyakan kawasan menyelam adalah beberapa minit menaiki bot dari jeti.

Pulau ini memang tidak asing lagi bagi penduduk Sandakan

Pulau ini juga tidak asing lagi bagi penduduk Sandakan khasnya kaki-kaki pancing kerana kepelbagaian spesis hidupan lautnya tetapi terdapat kawasan yang dilarang untuk aktiviti tersebut.

Pulau Lankayan Dive Resort Sabah Tawar Konsep Elegan Seperti Berada Di Maldives
Kredit gambar: @lankayanresort

Oleh itu, anda perlu mendapat kebenaran pihak pengurusan dahulu sebelum memancing. Pulau ini dilindungi di bawah Taman-Taman Laut Sabah daripada sebarang aktiviti penangkapan ikan dan pencemaran.

Lagi di sini tempat menarik di Sabah:

Keunikan Turtle Cave Di Pulau Sipadan Sabah, Satu-Satunya Makam Penyu Di Dunia
Nikmati Pemandangan Gunung, Camping Di Polumpung Melangkap View Di Sabah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kerajaan Negeri Umum Tiada Pencen Buat Penjawat Awam Baru Sarawak Kerajaan Negeri Umum Tiada Pencen Buat Penjawat Awam Baru Sarawak
Next Article Anak-Anak Sabah Harumkan Nama, Raih 10 Emas Dalam Pertandingan Karate Kebangsaan Anak-Anak Sabah Harumkan Nama, Raih 10 Emas Dalam Pertandingan Karate Kebangsaan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?