Hanya follow beberapa langkah mudah ini
Rahsia Buat Kek Cantik Dan Tak Kecut, Ikuti Beberapa Langkah Mudah Ini!. Kek lapis Sarawak, hidangan yang tak boleh dilepaskan semasa sambutan Hari Raya di Sarawak. Kek lapis bukan sahaja menjadi hidangan pembuka selera tetapi juga kegemaran tetamu yang berkunjung ke rumah-rumah semasa sambutan Hari Raya.
Namun proses pembuatan nya pula memerlukan kemahiran yang tinggi. Bahan-bahan seperti tepung gandum, gula, mentega, telur dan susu perlu dipadukan dengan betul supaya kek lapis dapat terhasil dengan baik.
Silap hari bulan, kalau bahan tak dipadukan dengan betul kek tersebut akan ‘rosak’, tak cantik dan berkedut.
Menerusi perkongsian daripada seorang pakar pembuat kek di laman Facebook ‘Resepi Mama Kent’, beliau berkongsi mengenai cara-cara untuk mengelakkan kek kecut dan berkedut.
Ini antara petua penting:
Menurutnya, setelah kek siap dimasak, sisip pada bahagian tepi kek menggunakan pisau kek (plastik).
Setelah tepi kek siap disisip, biarkan dan rehatkan kek tersebut di dalam loyang untuk 10 minit.
Jangan rehatkan kek tersebut di dalam loyang untuk tempoh masa yang lama.