I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Ramai Keliru, Kenali Rhinoceros Hornbill Atau Enggang Badak Yang Merupakan Ikon Negeri Sarawak
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ramai Keliru, Kenali Rhinoceros Hornbill Atau Enggang Badak Yang Merupakan Ikon Negeri Sarawak

Oleh Husna Hazmi 12 Februari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Burung Kenyalang burung Ikon negeri Sarawak.

Ramai Keliru, Kenali Rhinoceros Hornbill Atau Enggang Badak Yang Merupakan Ikon Negeri Sarawak. Tahukah anda terdapat 62 spesis burung Enggang yang ditemui di seluruh dunia. Namun di Sarawak burung Enggang yang paling popular dan menjadi ikon serta burung rasmi negeri ini adalah Burung Enggang Badak atau lebih dikenali sebagai Rhinoceros Hornbill.

Menurut National Geographic, selain daripada Asia Tenggara, burung Enggang ini juga boleh ditemui di Melanesia serta Afrika. Hornbill atau nama saintifiknya Bucerotidae adalah sejenis burung tropika yang dinamakan sempena paruhnya yang melengkung luar biasa dan mempunyai struktur amat unik diperbuat dari keratin.

Ramai Keliru, Kenali Rhinoceros Hornbill Atau Enggang Badak Yang Merupakan Ikon Negeri Sarawak
Ramai Keliru, Kenali Rhinoceros Hornbill Atau Enggang Badak Yang Merupakan Ikon Negeri Sarawak. Sumber foto:ebird

Spesis hidupan liar dilindungi

Majestic Hornbill ini merupakan haiwan Omnivores dengan besar dalam lingkungan 12 inci hingga boleh mencecah 3 kaki! Boleh hidup sehingga 35-50 tahun, burung Enggang ini tergolong dalam spesis hidupan liar yang dilindungi mengikut Ordinan Perlindungan Hidupan Liar (1998).

Di Semenanjung Malaysia, terdapat 10 spesis burung Enggang yang telah ditemui manakala di Sabah, Sarawak pula hanya 8 spesis sahaja yang ditemui. Ramai yang keliru, dalam banyak-banyak spesis burung Enggang ini, hanya satu spesis sahaja yang menjadi lambang serta burung rasmi negeri Sarawak iaitu Burung Enggang Badak.

Burung Enggang Badak ini kebanyakannya ditemui di hutan  dipterocarp dan bukit rendah. Enggang Badak jantan membunyai nada ‘hok’ yang dalam serta kuat, manakala yang betina pula mempunyai nada lebih tinggi.

Ramai Keliru, Kenali Rhinoceros Hornbill Atau Enggang Badak Yang Merupakan Ikon Negeri Sarawak
Sumber foto: Animalia

Paras rupa Enggang Badak lain dari spesis Enggang yang lain

Paras rupa Enggang Badak ini juga lain daripada spesis Enggang yang lain. Enggang Badak Jantan mempunyai paruh melengkung ke atas berwarna merah terang dan kuning. Bahagian perutnya berwarna hitam manakala bahagian bawah perutnya berwarna putih. Ekornya berwarna putih dan mempunyai jalur hitam di pertengahan ekor. Bagi Enggang Badak betina pula, saiz badannya lebih kecil dan warna paruhnya lebih pudar berbanding dengan paruh yang jantan.

Ramai yang keliru diantara The Great Hornbill dengan Rhinoceros Hornbill ini. Untuk pengetahuan, The Great Hornbill atau lebih dikenali sebagai Burung Enggang Papan ini tiada ditemui di Sarawak dan ia hanya ditemui di Semenanjung Malaysia sahaja.

Selain daripada menjadi lambang serta burung rasmi negeri Sarawak, Burung Enggang Badak ini mempunyai peranan penting dalam mitos serta lagenda Bumi Kenyalang. Jadi buat anda di luar sana yang ingin menggunakan gambar burung Enggang rasmi negeri Sarawak, pastikan anda memilih spesis Enggang yang betul iaitu Rhinoceros Hornbill atau Enggang Badak tau!

Lagi cerita menarik buat anda di sini:

Ada Burung Enggang, Rafflesia, Pokok Belian, Terokai Hutan Royal Belum Perak Yang Berusia 130 Juta Tahun
Dikenali Sebagai Borneo Ironwood, Ini Adalah Pokok Belian Yang Merupakan Pokok Rasmi Negeri Sarawak
SUMBER : National Geographic
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bercadang Untuk Bercuti Ke Sibu? Ini 5 Aktiviti Menarik Anda Boleh Buat Bercadang Untuk Bercuti Ke Sibu? Ini 5 Aktiviti Menarik Anda Boleh Buat
Next Article Mendarat Di Airport Kuching, Kelajuan Jet F/A-18D Hornet Kebanggaan TUDM Buat Netizen Teruja Mendarat Di Airport Kuching, Kelajuan Jet F/A-18D Hornet Kebanggaan TUDM Buat Netizen Teruja

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Cerita Borneo 18 Februari 2023
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?