• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Rentetan Kisah Buli Ada Unsur ‘Pemujaan’, Lelaki Ini Rungkai Kejanggalan Surat Untuk El

Oleh
ILB - AI
14 Ogos 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Penelitian yang teliti, merungkai kejanggalan surat.

Rentetan Kisah Buli Ada Unsur ‘Pemujaan’, Lelaki Ini Rungkai Kejanggalan Surat Untuk El. Masih ingat tentang kes buli yang dikongsi oleh ibu mangsa sendiri dan banyak mendapat perhatian sejak dari semalam di media sosial?. Kali ini bukan tentang mangsa yang sudah mendapat keadilan atau pelaku sudah ditemui, tetapi merungkai kejanggalan surat atau nota yang ditemui oleh ibu mangsa.

Perkongsian seorang lelaki di akaun Facebook peribadinya iaitu Putera Nur Muhammad Raihan telah banyak dikongsi kerana cara beliau merungkai kejanggalan surat tersebut agak terperinci. Daripada bentuk setiap huruf ditulis, jarak dari abjad ke abjad, benar-benar cukup teliti.

Rentetan Kisah Buli Ada Unsur 'Pemujaan', Lelaki Ini Rungkai Kejanggalan Surat Untuk El
Rentetan Kisah Buli Ada Unsur ‘Pemujaan’, Lelaki Ini Rungkai Kejanggalan Surat Untuk El Sumber gambar: FB Putera Nur Muhammad Raihan

Surat ditulis oleh siapa? Yang pasti seseorang yang matang.

Menurut perkongsian Putera Nur Muhammad Raihan, sedang giat beliau menulis tentang mangsa mungkin adalah pemangsa, beliau menemui satu kejanggalan dalam salah satu surat untuk EL, mangsa. Daripada penelitian surat tersebut, Raihan yakin bahawa surat itu ditulis oleh seseorang yang matang, bukan budak-budak. Mungkin orang dewasa, pelajar senior atau ”black dog”.

Tulisan yang digunakan didalam surat tersebut agak sengaja di ‘cakar ayam’ kan untuk mengelak dikesan siapa pelakunya. Tulisan ini diyakini ditulis oleh seseorang yang cuba menulis menggunakan tangan kanan padahal penulisnya adalah orang kidal dan disokong kerana beliau juga seorang yang kidal.

Bahkan, orang yang menulis surat ini disyaki seseorang yang matang kerana orang yang menulis dengan tangan kiri mudah untuk membuat kertas kelihatan comot. Tapi ini tidak kelihatan kerana surat ini ditulis dengan menggunakan pen berdakwat kering. Sangat bijak agar tidak ketahuan.

Rentetan Kisah Buli Ada Unsur 'Pemujaan', Lelaki Ini Rungkai Kejanggalan Surat Untuk El
Sumber gambar: FB Putera Nur Muhammad Raihan

Bentuk, jarak abjad, ketebalan tidak konsisten kerana konsep berbeza.

Daripada bentuk abjad “g” yang tidak sempurna hingga ke jarak setiap abjad ditulis antara “t”, ”a” dan ”h”sehingga kelihatan bertindih serta ketebalan abjad yang ditulis sangat ketara di dalam surat tersebut. Hal ini disebabkan oleh konsep menulis orang yang menggunakan tangan kiri sangat berbeza dengan orang yang menulis dengan tangan kanan.

Rentetan Kisah Buli Ada Unsur 'Pemujaan', Lelaki Ini Rungkai Kejanggalan Surat Untuk El
Sumber gambar: FB Putera Nur Muhammad Raihan

Konsep orang kidal menulis adalah secara menolak manakala tangan kanan secara menarik dan ini yang mengakibatkan bentuk abjad ‘g’ didalam surat tersebut kelihatan tidak sempurna. Begitu juga dengan abjad yang tidak konsisten jaraknya malah ada yang kelihatan bertindih kerana menurut beliau orang kidal agak sukar untuk menguasai jarak dipenghujung kanan ayat disetiap baris.

Mungkin memiliki masalah ”split identity” atau ”masking”.

Daripada penemuan penelitian ini, kemungkinan seseorang disebalik surat ini memiliki masalah psikologi dan dipercayai ”split identity”. Mungkin juga sekiranya pelaku ini normal maka ini bukan hasil daripada 1 pelaku sahaja.

Bukan itu sahaja, ada satu perkongsian yang menarik perhatian di bahagian komen tentang orang yang ada masalah psikologi ini agak pandai “masking”. Ingat perkongsian sebelumnya bahawa mangsa dilabel memiliki keresahan dan stress yang melampau tapi apabila dirujuk kepada pihak pakar, mangsa disahkan sihat. Mungkin ini yang dinamakan ”masking”.

Rentetan Kisah Buli, Lelaki Ini Rungkai Kejanggalan Surat Untuk El
Rentetan Kisah Buli, Lelaki Ini Rungkai Kejanggalan Surat Untuk El. Sumber gambar: FB Putera Nur Muhammad Raihan

Apa-apa pun diharapkan kes ini menemui jalan penyelesaian yang terbaik. Sekiranya benar-benar pelakunya adalah orang yang memiliki masalah mental, bantu dan dapatkan rawatan selayaknya. Namun, sekiranya pelaku adalah orang normal, bertindak sewajarnya agar kes seperti ini tidak terulang lagi.

Untuk cerita menarik yang lain, boleh baca artikel berikut:

Elak Jadi Mangsa Sindiket Macau Scam, Ketahui 2 Aplikasi Ini Yang Boleh Bantu Anda

Tertipu Jerat Macau Scam, Peniaga Dan Suri Rumah Rugi Lebih RM20K
SUMBER :FB Putera Nur Muhammad Raihan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 'Teruknya Jalan,' Guru Ini Kongsi Laluan Ke Sekolah Di Sabah Hingga Raih Simpati Netizen ‘Teruknya Jalan,’ Guru Ini Kongsi Laluan Ke Sekolah Di Sabah Hingga Raih Simpati Netizen
Next Article Hidup Serba Kekurangan, Rumah Keluarga Daif Di Kampung Tambirat Asajaya Ini Berlantaikan Tanah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?