• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Projek RM16 Juta Replika Kubu Rentap Bakal Dibina Mula Tahun Ini

Oleh
Farisha
20 Januari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

Betong bakal fokus pelancongan & pertanian moden, replika Kubu Rentap jadi tarikan utama

Projek RM16 Juta Replika Kubu Rentap Bakal Dibina Mula Tahun Ini. Kubu Rentap, tempat bersejarah yang sinonim dengan legenda pahlawan Iban, Rentap, bakal mendapat replika yang akan dibina di Bukit Sadok. Projek ini dijangka bermula tahun ini, menurut Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Dengan bajet sebanyak RM16 juta yang telah diluluskan, projek ini hanya menunggu lampu hijau terakhir daripada pihak berkuasa yang berkaitan. Apa yang menarik, replika ini bukan sahaja menjadi tarikan pelancong, malah bakal menyokong pembangunan sektor pertanian moden di Betong.

Projek RM16 Juta Replika Kubu Rentap Bakal Dibina Mula Tahun Ini
Projek RM16 Juta Replika Kubu Rentap Bakal Dibina Mula Tahun Ini. Makam Pahlawan Rentap. Sumber foto: m-update

Betong: Banyak Potensi, Perlu Strategi Baru

“Kita perlu merancang semula pembangunan dan promosi kerana Betong mempunyai banyak potensi untuk ditawarkan,” kata beliau, menurut laporan media tempatan.

Beliau juga menyatakan bahawa Betong kini lebih mudah diakses melalui Pan Borneo Highway dan Jalan Trunk Pantai yang baharu. Dengan pembinaan pelabuhan STOL (short take-off and landing) di Spaoh, Datuk Amar optimis lebih ramai pelancong akan datang, sekaligus memberi manfaat kepada komuniti setempat.

Semua Pihak Main Peranan

Menurut beliau, agensi seperti Betong Division Development Agency (BDDA) dan Pejabat Residen serta Daerah perlu memainkan peranan aktif bersama pemain industri dalam memastikan kejayaan projek ini.

“Pastikan kawasan kita sentiasa mesra pelawat,” pesan beliau.

Beliau turut menasihatkan pihak berkuasa tempatan untuk sentiasa memperbaiki perkhidmatan mereka dan terbuka kepada perubahan.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai Tanjung Embang bakal jadi lokasi lapangan terbang baharu Sarawak, serta projek mega jalan bertingkat bakal dibina di Sibu:

Tanjung Embang Bakal Jadi Lokasi Lapangan Terbang Baru Sarawak
Projek Mega Di Sibu, Jalan Bertingkat Pertama Sarawak Bakal Dibina Tahun Ini
SUMBER :Dayak Daily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article SMK Sungai Maong Rai Tahun Baru Cina Dengan Belon Gantikan Mercun Tarik Perhatian Ramai SMK Sungai Maong Sambut Tahun Baru Cina Dengan Belon Gantikan Mercun Tarik Perhatian Ramai
Next Article Cuaca Buruk Di Sarawak, Amaran Hujan Berterusan Hingga Khamis

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?