• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sudah Pudar, Netizen Berharap ‘Statue’ Haiwan Di Taman Bulatan Miri Diberi Warna Baru

Oleh
ILB - AI
17 Mac 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Sudah Pudar, Netizen Berharap 'Statue' Haiwan Di Taman Bulatan Miri Diberi Warna Baru

Kesian pula tengok keadaan tugu haiwan di Taman Bulatan Miri ni

Sudah Pudar, Netizen Berharap ‘Statue’ Haiwan Di Taman Bulatan Miri Diberi Warna Baru. Warga Miri pasti tahu tentang tugu haiwan yang menghiasi Taman Bulatan Miri – malah, suatu ketika dahulu tugu ini adalah antara tarikan menarik di taman ini.

Namun selepas bertahun-tahun pendedahan cuaca, tugu haiwan ikonik ini telah pudar dari semasa ke semasa dan mendorong netizen berharap tindakan diambil untuk ‘menghidupkan semula’ tugu ini.

Sudah Pudar, Netizen Berharap ‘Statue’ Haiwan Di Taman Bulatan Miri Diberi Warna Baru

“Warna sudah pudar, sudah tiba masanya untuk catnya balik.”

Baru-baru ini, seorang individu berkongsi beberapa gambar tugu haiwan Taman Bulatan Miri menerusi Facebook. Pada masa yang sama, beberapa gambar tanda mercu taman turut disertakan.

Menurut individu berkenaan, warna-warna tugu haiwan dan tanda mercu terbabit telah pun pudar dan sudah tiba masanya untuk memberi mereka cat baru sebagai penyelenggaraan. Mereka juga berharap beberapa kedai cat bersudi untuk menyumbang beberapa cat kepada sukarelawan yang ingin melakukan kerja-kerja pemulihan pada tugu terbabit.

Kredit: FB Miri Community Complain
Kredit: FB Miri Community Complain
Kredit: FB Miri Community Complain
Kredit: FB Miri Community Complain
Kredit: FB Miri Community Complain
Kredit: FB Miri Community Complain
Kredit: FB Miri Community Complain

Kerja-kerja penyelenggaraan pernah dilakukan

Difahamkan terdapat kerja-kerja penyelenggaraan telah dilakukan sebelum ini hasil kerjasama Easy Color Paint Sarawak dan MCC (Jabatan Landskap).

Menurut salah seorang ahli mereka, mereka telah mengambil bahagian dalam menjaga keadaan beberapa tugu di taman itu tahun lepas dan teringin untuk melakukan program serupa dengan mana-mana NGO, individu, syarikat swasta dan/atau sektor kerajaan dengan menyediakan cadangan, paperwork, tenaga kerja dan pembiayaan program.

Kredit: FB Syarief Apeq
Kredit: FB Syarief Apeq

Semoga ada lagi yang sudi membantu untuk mengekalkan kecantikan dan keindahan taman ini, serta pihak yang sepatutnya tampil untuk memulakan program mencantikkan taman terbabit.

Lagi di sini:

Mercu Tanda Baru Di Serian, Netizen Terhibur Lihat Replika Kerbau ‘Beliang’ Ini
Mempunyai Makna Tersendiri, Kenali Keunikan Mercu Tanda Setiap Bandar Di Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rogol Budak Bawah Umur Hingga Hamil, Lelaki Kapit Dihukum Penjara 12 Tahun Rogol Budak Bawah Umur Hingga Hamil, Lelaki Kapit Dihukum Penjara 12 Tahun
Next Article 20 Tahun Hidup Sebagai 'Orang Luar', Lelaki Ini Akhirnya Dapat Dokumen Pengenalan Sementara 20 Tahun Hidup Sebagai ‘Orang Luar’, Lelaki Ini Akhirnya Dapat Dokumen Pengenalan Sementara

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?