I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Reading: Sabah VS Manchester United 1980, Kisah Perlawanan Bola Sepak Bersejarah
Notification Show More
Latest News
BeFunky collage 88 Frasa 'Jaku Iban' Terpampang Dalam Keynote CEO, Bahasa Iban Bakal Tersedia Dalam Google Translate?
Frasa ‘Jaku Iban’ Terpampang Dalam Keynote CEO, Bahasa Iban Bakal Tersedia Dalam Google Translate?
13 Mei 2022
BeFunky collage 87 SEA Games 2022: Atlet Wushu Sarawak, Clement Ting Sumbang Emas Ke-10 Malaysia
SEA Games 2022: Atlet Wushu Sarawak, Clement Ting Sumbang Emas Ke-10 Malaysia
13 Mei 2022
Buka Pendaftaran Untuk Vendor Makanan, Shopee Beri Bayangan Bakal Lancar ShopeeFood Di Sabah Sarawak
Buka Pendaftaran Untuk Vendor Makanan, Shopee Beri Bayangan Bakal Lancar ShopeeFood Di Sabah Sarawak
13 Mei 2022
Bukan Kali Pertama Terjadi Pancuran Air Di Waterfront Sekali Lagi Dipenuhi Buih Bukan Kali Pertama Terjadi, Pancuran Air Di Waterfront Sekali Lagi Dipenuhi Buih!
Bukan Kali Pertama Terjadi, Pancuran Air Di Waterfront Sekali Lagi Dipenuhi Buih!
13 Mei 2022
Kisah Misteri Penuh Sejarah Rumah Agam Agnes Keith Yang Anda Patut Ketahui Kisah Misteri Penuh Sejarah Rumah Agam Agnes Keith Yang Anda Patut Ketahui
Kisah Misteri Penuh Sejarah Rumah Agam Agnes Keith Yang Anda Patut Ketahui
13 Mei 2022
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sabah VS Manchester United 1980, Kisah Perlawanan Bola Sepak Bersejarah

Nur Afifah
Oleh Nur Afifah
Dikirim pada 08/05/22 11:26 AM
Kongsi
5 Min Bacaan
BeFunky collage 2021 04 22T172400.929 Sabah VS Manchester United 1980, Kisah Perlawanan Bola Sepak Bersejarah
Kongsi
Sponsored

Dikatakan pasukan bolasepak Sabah pada masa itu sama hebat dengan pasukan Manchester United dari England!

Sabah VS Manchester United 1980, Kisah Perlawanan Bola Sepak Bersejarah. Kalau perlawanan antara pasukan kebangsaan Malaysia dan pasukan liga tersohor dunia seperti Liga Perdana Inggeris sudah pernah kita tonton dan dengar beberapa tahun yang lalu, bagaimana pula dengan pasukan negeri menentang pasukan tersohor ini? Mesti belum pernah kan?

Tahukah anda bahawa pasukan bolasepak negeri Sabah merupakan pasukan negeri yang pertama di Malaysia yang menentang pasukan kegemaran ramai di dunia iaitu Manchester United (MU)?

Sponsored

Dikhabarkan, pada tahun 1980, terdapat satu perlawanan persahabatan yang melibatkan pasukan negeri Sabah menentang MU pada tahun tersebut. Perlawanan ini diadakan di Stadium Likas, Sabah. Ini juga merupakan kunjungan MU yang pertama ke Malaysia yang dikendalikan oleh pengurusnya pada ketika itu, Dave Sexton.

Sabah VS Manchester United 1980, Perlawanan Bola Sepak Yang Tidak Pernah Diceritakan
Sabah VS Manchester United 1980, Kisah Perlawanan Bola Sepak Bersejarah
Sabah VS Manchester United 1980, Perlawanan Bola Sepak Yang Tidak Pernah Diceritakan
Sabah VS Manchester United 1980, Perlawanan Bola Sepak Yang Tidak Pernah Diceritakan

Pasukan kental Sabah dibarisi pemain legenda seperti Hassan Sani, James Wong dan Peter Rajah

Pasukan Sabah yang dikenali sebagai Sabah Selection pada waktu itu juga bukan calang-calang orangnya. Mereka dibarisi oleh para pemain yang dikagumi kerana memiliki skil dan kemahiran bola sepak yang menakjubkan. Antaranya adalah seperti Hassan Sani, ‘King James’ James Wong, Malim Surat, Vincent Wong dan mendiang Dato’ Peter Rajah. Tidak dilupa, pemain import tempatan yang turut mewakili Sabah pada ketika itu iaitu Dato’ Soh Chin Ann dan R. Arumugam yang turut menyertai perlawanan tersebut.

Sponsored

Untuk pengetahuan anda, Hassan Sani dan James Wong pernah mewakili Malaysia dalam pasukan Asian All Stars bersama pemain dari rantau Asia seperti Korea, Jepun, Kuwait, Iraq dan UAE menentang Brazilians All Stars pada tahun 1982.

Sabah VS Manchester United 1980, Perlawanan Bola Sepak Yang Tidak Pernah Diceritakan
Dari kiri : James Wong, Hassan Sani dan (mendiang) Dato’ Peter Rajah

Pasukan MU pula diketuai oleh kapten mereka, Martin Buchan, dan dibarisi oleh Garry Birtles, Lou Macari, Mike Duxbury, Ashley Grimes, Kevin Moran, Gordon McQueen, Steve Coppell dan Joe Jordan.

Sponsored

Namun demikian, pengaruh MU pada zaman ini belum begitu meluas di Malaysia. Hanya pada tahun 90-an, barulah MU mula mempunyai ramai pengikut di negara ini iaitu ketika zaman pimpinan jurulatih terkenal, Alex Ferguson. Menurut sumber, ketika perlawanan ini diadakan, pasukan MU pernah digelar sebagai pasukan ‘sandarkan pada kenangan’ kerana mereka begitu mendabik dada dengan era kegemilangan mereka pada tahun 60-an.

Vincent dan Malim berpakat kawal pemain Scotland bernilai tinggi, Joe Jordan

Vincent Wong, bekas pemain Sabah Selection pada ketika itu, menyifatkan pengalaman berharganya menentang pasukan terkenal dunia itu sebagai satu pengiktirafan untuknya. Dalam perlawanan tersebut, Vincent berperanan sebagai pemain pertahanan tengah. Tugasnya adalah untuk mengawal pemain MU yang bernilai tinggi pada ketika itu iaitu ‘Jaws’ Joe Jordan. Pemain lain yang turut mengawal ketat Joe pada ketika itu adalah Malim Surat.

Sponsored

Menurut Vincent, tugasnya pada waktu amat sukar memandangkan tubuh badan fizikal pemain berkulit putih lebih tinggi dan besar daripada pemain Asia sepertinya. Namun demikian, beliau tidak begitu mahu menumpukan perhatian kepada kemenangan memandangkan perlawanan tersebut hanyalah sekadar perlawanan persahabatan.

Walaupun pasukan MU memenangi perlawanan tersebut, namun Vincent mengatakan bahawa bahang panas di Stadium Likas pada ketika itu sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada pemain berkulit putih MU.

Sponsored

Red Devils pernah rasa tapai Sabah!

Sabah VS Manchester United 1980, Perlawanan Bola Sepak Yang Tidak Pernah Diceritakan
Hassan Sani (baju hijau) mengasak pemain MU.

Bercerita lebih lanjut, pasukan Sabah Selection juga sempat makan malam bersama pasukan Red Devils itu. Malah, pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan adalah menjamu pemain MU dengan minuman tempatan Sabah iaitu tapai.

Vincent telah mewakili pasukan Sabah dari tahun 1978 hingga 1968.

Sponsored

Untuk pengetahuan anda, pasukan MU telah berkunjung ke Malaysia sebanyak 5 kali dengan perlawanan pertamanya menentang Sabah pada tahun 1980, kemudian menentang pasukan Selangor yang menampilkan legenda bola sepak negara seperti Mokhtar Dahari, Santokh Singh, K. Rajagopal, Reduan Abdullah pada tahun berikutnya.

Kemudian, pada tahun 1995, pasukan ini menjejakkan kaki semula di Malaysia dengan pimpinan baharu Alex Ferguson dan pemain baharu seperti David Beckham, Paul Scholes, Nicky Butt dan adik beradik Gary dan Phil Neville. Perlawanan keempat adalah untuk Challenge Cup pada tahun 2001 dan terakhir pada tahun 2009.

Sponsored

Tak sangka kan pasukan bola sepak Sabah suatu ketika dahulu merupakan pasukan gergasi di Malaysia. Malah, Sabah juga pernah melahirkan pemain bola sepak yang digeruni sehingga ke peringkat antarabangsa.

Selain itu, baca juga kisah legenda bola sepak Sarawak di sini :

Sponsored
Nur Afifah 8 Mei 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kenali 8 Buah Tempat-Tempat Lepak Nostalgia Kuching KLMJ? Ini 8 Tempat Lepak Nostalgia Kuching, Pasti Menggamit Kenangan
Next Article BeFunky collage 2022 03 02T153238.061 Harga Kayangan Di Malaysia, Ikan Empurau Dianggap Suci Dan Tidak Dimakan Di Sumatera Indonesia Harga Kayangan Di Malaysia, Ikan Empurau Dianggap Suci Dan Tidak Dimakan Di Sumatera Indonesia

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

BeFunky collage 46 Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
BeFunky collage 48 5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
BeFunky collage473 FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
BeFunky collage 2021 10 13T131912.652 Panggilan Untuk Usahawan Sarawak! Sertai Program Sarawak Shell LiveWIRE Untuk Meraih Geran Bernilai RM 15K
Panggilan Untuk Usahawan Sarawak! Sertai Program Sarawak Shell LiveWIRE Untuk Meraih Geran Bernilai RM 15K
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

BeFunky collage 88 Frasa 'Jaku Iban' Terpampang Dalam Keynote CEO, Bahasa Iban Bakal Tersedia Dalam Google Translate?
Cerita Borneo

Frasa ‘Jaku Iban’ Terpampang Dalam Keynote CEO, Bahasa Iban Bakal Tersedia Dalam Google Translate?

13 Mei 2022
BeFunky collage 87 SEA Games 2022: Atlet Wushu Sarawak, Clement Ting Sumbang Emas Ke-10 Malaysia
Cerita Borneo

SEA Games 2022: Atlet Wushu Sarawak, Clement Ting Sumbang Emas Ke-10 Malaysia

13 Mei 2022
Buka Pendaftaran Untuk Vendor Makanan, Shopee Beri Bayangan Bakal Lancar ShopeeFood Di Sabah Sarawak
Cerita Borneo

Buka Pendaftaran Untuk Vendor Makanan, Shopee Beri Bayangan Bakal Lancar ShopeeFood Di Sabah Sarawak

13 Mei 2022
Bukan Kali Pertama Terjadi Pancuran Air Di Waterfront Sekali Lagi Dipenuhi Buih Bukan Kali Pertama Terjadi, Pancuran Air Di Waterfront Sekali Lagi Dipenuhi Buih!
Cerita Borneo

Bukan Kali Pertama Terjadi, Pancuran Air Di Waterfront Sekali Lagi Dipenuhi Buih!

13 Mei 2022

Ikuti Kami Di Media Sosial

Terus berhubung dengan kami melalui media sosial

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

Removed from reading list

Undo
AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?