• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Salah Guna Wang Syarikat Di Sabah, Sepasang Suami Isteri Warga Sarawak Dihadapkan Ke Mahkamah

Oleh
Nazihah AN
2 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Salah Guna Wang Syarikat Di Sabah, Sepasang Suami Isteri Warga Sarawak Dihadapkan Ke Mahkamah

Sepasang suami isteri menyalahgunakan wang syarikat berjumlah RM7,191.20

Salah Guna Wang Syarikat Di Sabah, Sepasang Suami Isteri Warga Sarawak Dihadapkan Ke Mahkamah. Sepasang suami isteri warga Sarawak didakwa atas lima pertuduhan melakukan pecah amanah jenayah (CBT) dengan menyalahgunakan wang syarikat berjumlah RM7,191.20 yang didakwa digunakan untuk membayar seorang pekerja yang telah meletak jawatan dalam syarikat itu.

Yeo Kwang Seaun, 41, dan isterinya Alicia Lim Ai Hsia, 38, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan terhadap mereka di hadapan dua Hakim Mahkamah Sesyen iaitu Elsie Primus dan Noor Hafizah Mohd Salim, pada Khamis.

Salah Guna Wang Syarikat Di Sabah, Sepasang Suami Isteri Warga Sarawak Dihadapkan Ke Mahkamah
Salah Guna Wang Syarikat Di Sabah, Sepasang Suami Isteri Warga Sarawak Dihadapkan Ke Mahkamah. Gambar sekadar hiasan

Mereka merupakan pengarah Syarikat Fucos Trading di Sabah

Bagi pertuduhan pertama hingga keempat, Yeo dan Lim, sebagai pengarah Syarikat Fucos Trading (Sabah) Sdn Bhd, didakwa melakukan CBT dengan menyalahgunakan wang syarikat yang telah digunakan untuk membayar gaji seorang Sazien Sudin yang telah meletak jawatan daripada syarikat itu pada Ogos 2018.

Pertuduhan menyatakan wang itu adalah untuk gaji Sazien sebanyak RM1,000 setiap seorang bagi September, Oktober, November dan Disember 2018.

Bagi pertuduhan kelima, pasangan itu didakwa melakukan CBT dengan menyalahgunakan wang syarikat sebanyak RM3,191.20 untuk tujuan sama.

Salah Guna Wang Syarikat Di Sabah, Sepasang Suami Isteri Warga Sarawak Dihadapkan Ke Mahkamah
Gambar sekadar hiasan

Kesalahan itu didakwa berlaku di pejabat syarikat itu pada 2018 dan 15 Feb 2019.

Kesalahan mengikut Seksyen 409/34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara dua dan 20 tahun, dan dengan sebat, dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 26 Sept dan 3 Okt tahun ini untuk pengurusan kes praperbicaraan dan membebaskan pasangan itu dengan jaminan RM1,000 dalam dua keluarga terdekat sebagai penjamin bagi setiap pertuduhan terhadap mereka. Pasangan itu juga diarah melaporkan diri di balai polis Sungai Maong di Kuching, Sarawak setiap Khamis kedua dan keempat setiap bulan.

Kegagalan untuk memberikan jaminan, pasangan itu akan ditahan di bawah Seksyen 259 Kanun Tatacara Jenayah.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Dacia Jane Romanus dan DPP Mas Izzaty Lokman manakala peguam Serena Liew membela pasangan itu.

Lagi berita semasa anda boleh baca di pautan bawah:

Penerbangan Kuching-Pontianak, Kerajaan Sarawak Berbincang Dengan Indonesia
Miliki Dadah Ketamin Di Pusat KTV Tabuan Tranquility, 4 Lelaki Dikenakan Denda RM3K
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kuching Intercultural Mooncake Festival Kembali Lagi, Berlangsung Sehingga 10 September 2022 Kuching Intercultural Mooncake Festival Kembali Lagi, Berlangsung Sehingga 10 September 2022
Next Article Ini 5 Port Makan Yang Menyajikan Kulit Ayam Rangup Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?