I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Tewaskan 7K Permohonan Seluruh Dunia, Pelajar Sabah Ini Tersenarai Sebagai Top 10 Global Student Prize
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tewaskan 7K Permohonan Seluruh Dunia, Pelajar Sabah Ini Tersenarai Sebagai Top 10 Global Student Prize

Oleh Nur Afifah 2 September 2022
Kongsi
5 Min Bacaan

Tahniah Alesyah Isa!

Tewaskan 7K Permohonan Seluruh Dunia, Pelajar Sabah Ini Tersenarai Sebagai Top 10 Global Student Prize. Seorang pelajar perempuan dari Kolej Vokasional Keningau, Sabah telah berjaya mencipta sejarah apabila tersenarai sebagai satu-satunya pelajar dari Malaysia dan juga Asia Tenggara yang tersenarai sebagai Top 10 untuk Anugerah Global Student Prize.

Anugerah tersebut merupakan rangkaian anugerah yang sama dengan anugerah bernilai USD1 juta, Global Teacher Prize. Global Student Prize ini diterajui oleh The Varkey Foundation bersama-sama Chegg.org, bertujuan untuk menyerlahkan pelajar-pelajar luar biasa dari seluruh dunia yang mencipta inisiatif untuk menjadikan dunia lebih baik.

Tewaskan 7K Permohonan Seluruh Dunia, Pelajar Sabah Ini Tersenarai Sebagai Top 10 Global Student Prize
Tewaskan 7K Permohonan Seluruh Dunia, Pelajar Sabah Ini Tersenarai Sebagai Top 10 Global Student Prize

Anugerah ini terbuka untuk semua pelajar, sepenuh masa mahupun separuh masa yang berusia seawal 16 tahun dan berdaftar di institusi pendidikan atau latihan dan program kemahiran. Sebanyak 7,000 permohonan diterima daripada 150 buah negara di seluruh dunia tahun ini.

Inspirasi wanita untuk ceburi bidang vokasional

Alesyah Asa, pelajar jurusan teknologi pembinaan di Kolej Vokasional Keningau ini berazam untuk mengajak para wanita khususnya, untuk menceburi bidang vokasional, iaitu bidang yang kebanyakannya didominasi oleh kaum lelaki.

View this post on Instagram

A post shared by Chegg.org (@cheggdotorg)

Berfokuskan kepada pembelajaran vokasional, Alesyah telah memimpin pelajar vokasional serta pelajar berkeperluan khas di kolejnya untuk menyertai pelbagai inisiatif.

Antaranya adalah seperti menjadi mentor kepada pelajar perempuan yang lain untuk menyertai pertandingan vokasional. Bukan itu sahaja, Alesyah juga pernah mengetuai projek STEAM di sekolahnya, di mana beliau telah membimbing rakan sebaya dan guru-guru dalam penggunaan dron, robotik, percetakan 3D dan keusahawanan.

Tewaskan 7K Permohonan Seluruh Dunia, Pelajar Sabah Ini Tersenarai Sebagai Top 10 Global Student Prize
Sumber: Nabalunews.com

Lebih membanggakan, Alesyah juga menjadi penerima pertama geran 1,000 USD STEAM yang diiktiraf oleh Awesome Foundation yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Mulakan inisitif pertukaran pelajar dan hackaton inovasi di Korea Selatan

Tidak ketinggalan, gadis ini juga memulakan inisiatif program pertukaran antarabangsa antara sekolahnya dan beberapa sekolah di Korea Selatan.

Pencapaian hebat anak muda ini tidak terhenti di situ. Beliau juga mengetuai pasukan sekolah yang yang dianggotai oleh semua wanita untuk dianugerahkan Pemenang Inovasi Komuniti di Hackathon Belia Media dan Literasi Maklumat Global, anjuran bersama UNESCO dan Republik Korea. Solusi yang dibentangkan oleh pasukan Alesyah membantu mendidik orang ramai tentang berita palsu dan penipuan melalui strategi yang membantu komuniti menyelidik, menganalisis dan menilai maklumat dengan lebih baik.

Tewaskan 7K Permohonan Seluruh Dunia, Pelajar Sabah Ini Tersenarai Sebagai Top 10 Global Student Prize
Alesyah bersama pelajar pertukaran di Korea Selatan. Sumber: Nabalunews.com

Melalui kerjanya, Alesyah telah memperjuangkan wanita, pelajar vokasional, pelajar dari luar bandar dan mereka yang kurang upaya untuk meningkatkan peluang pendidikan mereka.

Pelajar yang berketurunan Murut ini ternyata begitu gembira dengan berita pemilihannya sebagai Top 10 Global Student Prize itu.

Mahu guna wang kemenangan untuk dilaburkan kepada projek STEAM nya

Tambahnya, sekiranya beliau dipilih menjadi pemenang utama, Alesyah akan melaburkan wang hadiah itu untuk “Eureka Hub” – projek sains, teknologi, kejuruteraan, seni dan matematik (STEAM) nya yang melatih rakan sebaya dan guru tentang robotik, dron, percetakan 3D dan keusahawanan.

Tewaskan 7K Permohonan Seluruh Dunia, Pelajar Sabah Ini Tersenarai Sebagai Top 10 Global Student Prize
Sumber: Nabalunews.com

Dia juga ingin menambah baik infrastruktur sekolah dan mengembangkan lagi projeknya untuk menangani maklumat palsu tentang COVID-19 selain menyumbang semula kepada komunitinya dengan menjalankan program untuk mempromosikan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Alesyah Asa penerima Anugerah Khas Hari Kebangsaan peringkat negeri Sabah

Sempena pencapaian yang membanggakan itu juga, Alesyah turut menjadi salah seorang daripada 50 anak muda Sabah yang menerima Anugerah Khas Hari Kebangsaan peringkat negeri Sabah. Anugerah yang baru diperkenalkan oleh kerajaan negeri Sabah pada tahun ini tersebut adalah untuk mengiktiraf rakyat Sabah yang cemerlang di peringkat antarabangsa.

Tewaskan 7K Permohonan Seluruh Dunia, Pelajar Sabah Ini Tersenarai Sebagai Top 10 Global Student Prize

10 lagi finalis terbaik untuk Hadiah Pelajar Global Chegg.org 2022 ialah Anagha Rajesh (India), Gitanjali Rao (Amerika Syarikat), Igor Klymenko (Ukraine), Kenisha Arora (Kanada), Lucas Tejedor (Brazil), Mathias Charles Yabe (Ghana), Maya Bridgman (UAE), Nathan Nguyen (Australia), dan Nicolás Alberto Monzón (Argentina).

Pemenang dijangka diumumkan lewat bulan ini semasa minggu Perhimpunan Agung PBB di New York. Selamat maju jaya kami ucapkan buat Alesyah Isa!

Lagi kejayaan anak Borneo yang menempa nama di mata dunia:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Penerbangan Kuching-Pontianak, Kerajaan Sarawak Berbincang Dengan Indonesia
Next Article Kuching Intercultural Mooncake Festival Kembali Lagi, Berlangsung Sehingga 10 September 2022 Kuching Intercultural Mooncake Festival Kembali Lagi, Berlangsung Sehingga 10 September 2022

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Cerita Borneo 18 Februari 2023
TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?