I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Penerbangan Kuching-Pontianak, Kerajaan Sarawak Berbincang Dengan Indonesia
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penerbangan Kuching-Pontianak, Kerajaan Sarawak Berbincang Dengan Indonesia

Oleh Husna Hazmi 2 September 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Air Asia telah memohon memulakan penerbangan ke Kuching-Pontianak.

Penerbangan Kuching-Pontianak, Kerajaan Sarawak Berbincang Dengan Indonesia. Dilaporkan, kerajaan Sarawak akan berbincang dengan Indonesia bagi memulakan penerbangan terus dari Kuching ke Pontianak.

Menurut Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Seri Lee Kim Shin, pihak beliau akan memulakan perbincangan tersebut dengan pihak Konsulat Jeneral Indonesia di Kuching tidak lama lagi. 

Penerbangan Kuching-Pontianak, Kerajaan Sarawak Berbincang Dengan Indonesia
Penerbangan Kuching-Pontianak, Kerajaan Sarawak Berbincang Dengan Indonesia

Air Asia memohon untuk memulakan penerbangan

Beliau juga difahamkan bahawa syarikat penerbangan Air Asia juga telah memohon untuk memulakan penerbangan bagi Kuching ke Pontianak.

Oleh itu, beliau berharap agar perkara ini boleh direalisasikan segera agar sektor pengangkutan kita dapat kembali seperti sebelum pandemik COVID-19.

Beliau menjelaskan perkara ini kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan semula operasi bas ekspres antara Kuching dan Pontianak di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Serian pada Khamis.

Penerbangan Kuching-Pontianak, Kerajaan Sarawak Berbincang Dengan Indonesia

Perjalanan Kuching-Pontianak-Kuching

Di samping itu, Lee mengingatkan pemandu bas ekspres bagi perjalanan Kuching-Pontianak-Kuching supaya tidak mengambil penumpang di pertengahan jalan bagi mengelak kemasukan pendatang tanpa izin dan juga aktiviti penyeludupan dadah.

Tambah beliau, pegawai penguat kuasa juga telah diingat untuk melakukan pemeriksaan yang kerap agar tiada pengambilan penumpang secara tiba-tiba atau secara haram dan tiada aktiviti berkaitan dadah.

Lee berkata sebagai permulaan, kekerapan perkhidmatan bas ekspres Kuching-Pontianak dan Pontianak Kuching adalah lima kali seminggu.

Tempoh percubaan ini adalah selama sebulan yang akan bermula pada hari ini hingga 30 September dan jika mendapat sambutan, kerajaan akan menambah perkhidmatan bas memandangkan ada syarikat lain turut membuat permohonan.

Lagi di sini:

SUMBER : Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Miliki Dadah Ketamin Di Pusat KTV Tabuan Tranquility, 4 Lelaki Dikenakan Denda RM3K Miliki Dadah Ketamin Di Pusat KTV Tabuan Tranquility, 4 Lelaki Dikenakan Denda RM3K
Next Article Tewaskan 7K Permohonan Seluruh Dunia, Pelajar Sabah Ini Tersenarai Sebagai Top 10 Global Student Prize

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?