• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Miliki Dadah Ketamin Di Pusat KTV Tabuan Tranquility, 4 Lelaki Dikenakan Denda RM3K

Oleh
Nazihah AN
2 September 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Miliki Dadah Ketamin Di Pusat KTV Tabuan Tranquility, 4 Lelaki Dikenakan Denda RM3K

Pihak polis melaksanakan Ops Pusat Hiburan di Tabuan Tranquility

Miliki Dadah Ketamin Di Pusat KTV Tabuan Tranquility, 4 Lelaki Dikenakan Denda RM3K. Telah dilaporkan bahawa Mahkamah Majistret mendenda empat lelaki RM3,000 atau penjara dua bulan setiap seorang selepas mereka mengaku bersalah memiliki 0.06 gram ketamin.

Majistret Zubaidah Sharkawi telah menjatuhkan hukuman itu terhadap Boniface Garry Unding Lunyat, 22; Nazri Betty, 28; Rafiq Rayyan Randee Timban, 29; dan Timmy Ausell Bennet, 22; bagi pertuduhan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya.

Miliki Dadah Ketamin Di Pusat KTV Tabuan Tranquility, 4 Lelaki Dikenakan Denda RM3K
Miliki Dadah Ketamin Di Pusat KTV Tabuan Tranquility, 4 Lelaki Dikenakan Denda RM3K. Gambar sekadar hiasan

Pihak polis menemukan satu paket plastik lutsinar kecil di atas meja

Mengikut pertuduhan pindaan, kesemua lelaki tersebut didakwa melakukan perbuatan itu pada 27 April lalu, sekitar jam 1.20 pagi di dalam bilik di sebuah pusat KTV terletak di Jalan Tabuan Tranquility di sini. 

Berdasarkan fakta kes, sepasukan polis  yang melaksanakan Ops Pusat Hiburan melakukan serbuan di premis berkenaan dan menahan empat lelaki berkenaan yang disyaki terlibat dalam kegiatan berkaitan dadah.

Hasil pemeriksaan lanjut di dalam bilik tersebut, pihak polis menemui satu paket plastik lutsinar kecil berisi serbuk putih disyaki dadah jenis ketamin di atas meja.

Miliki Dadah Ketamin Di Pusat KTV Tabuan Tranquility, 4 Lelaki Dikenakan Denda RM3K
Gambar sekadar hiasan

Menerima keputusan dari pihak Jabatan Kimia Malaysia pada tarikh 29 Jun 2022, telah disahkan bahawa barang tersebut mengandungi 0.06 gram dadah jenis ketamine, iaitu sejenis dadah tersenarai di bawah Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman denda RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kesemua tertuduh juga didapati mempunyai kawalan dan milikan ke atas dadah berkenaan. Pendakwaan kes oleh Insp Nur Syafiqa Nyaie Ilin, manakala empat lelaki itu tidak diwakili peguam.

Rosmah didapati bersalah ke atas 3 tuduhan di Mahkamah Kuala Lumpur, semalam. Baca lebih lanjut di pautan bawah:

[TERKINI] Projek Solar Sekolah Di Sarawak, Rosmah Didapati Bersalah Ke Atas 3 Tuduhan

Peguam Pembela Rosmah Dakwa Hakim Di Mahkamah Tinggi Berat Sebelah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Suri Rumah Di Kuching Menang Jackpot RM 13 Juta, Tak Sangka Jadi Jutawan Sekelip Mata
Next Article Penerbangan Kuching-Pontianak, Kerajaan Sarawak Berbincang Dengan Indonesia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?