• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sanggup ‘Suap’ Vape Kepada Bayi Demi Konten, Lelaki Ini Dikecam Teruk Netizen

Oleh
Aina Musa
6 Ogos 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Demi Konten, Tindakan Lelaki Ini 'Suap' Vape Kepada Bayi Cetus Kecaman Netizen

Memang tak bertanggungjawab betul!

Sanggup ‘Suap’ Vape Kepada Bayi Demi Konten, Lelaki Ini Dikecam Teruk Netizen. Terbaharu, kecoh di media sosial mengenai satu klip video memaparkan tindakan seorang lelaki yang bergurau sambil memberi seorang bayi menghisap vape atau rokok elektronik.

Isi Isi Penting
  • Memang tak bertanggungjawab betul!
  • Disekolahkan netizen kerana tindakan tersebut
  • Pasangan itu bukan ibu dan ayah bayi tersebut?
  • ‘Report’ kepada pihak yang bertanggungjawab!

Video tersebut sudah tentunya mendapat kecaman hebat daripada netizen yang terkejut dengan tindakan tidak masuk akal itu. Difahamkan, klip video berdurasi 15 saat itu telah dimuatnaik oleh seorang wanita di Instastory beliau.

pic.twitter.com/M5GX6vairo

— . (@fanaizty) August 5, 2022

Klip video tersebut telah dikongsi oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai fanaizty. Berdasarkan video tersebut, jelas kelihatan bayi itu sedang menghisap rokok elektrik sambil diriba oleh seorang lelaki tanpa rasa bersalah.

Paling menyedihkan, menerusi video itu, tindakan lelaki tersebut telah disokong oleh seorang wanita sambil menyebut “abi tekan rekodlah, nanti dia sedut”.

Disekolahkan netizen kerana tindakan tersebut

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna Twitter berang dengan tindakan tersebut dan meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan segera serta menahan lelaki dan wanita berkenaan.

Sanggup 'Suap' Vape Kepada Bayi Demi Konten, Lelaki Ini Dikecam Teruk Netizen
Sanggup ‘Suap’ Vape Kepada Bayi Demi Konten, Lelaki Ini Dikecam Teruk Netizen. Kredit Foto: Twitter fanaizty
Sanggup 'Suap' Vape Kepada Bayi Demi Konten, Lelaki Ini Dikecam Teruk Netizen
Komen Netizen. Kredit Foto: Twitter fanaizty

Berdasarkan tinjauan daripada ruangan komen juga mendapati, banyak pihak yang bersimpati dengan nasib bayi tersebut.

Beberapa laporan telah pun dibuat kepada pihak yang bertanggungjawab.

Sanggup 'Suap' Vape Kepada Bayi Demi Konten, Lelaki Ini Dikecam Teruk Netizen
Komen Netizen. Kredit Foto: Twitter fanaizty

Pasangan itu bukan ibu dan ayah bayi tersebut?

Namun, terdapat komen yang menarik perhatian pengguna di Twitter. Seorang pengguna Twitter telah mendedahkan bahawa pasangan tersebut bukanlah ibu dan ayah kepada bayi ‘malang’ tersebut.

Sebaliknya, mereka hanyalah pasangan kekasih dan wanita tersebut merupakan ibu saudara kepada bayi tersebut.

Sanggup 'Suap' Vape Kepada Bayi Demi Konten, Lelaki Ini Dikecam Teruk Netizen
Komen Netizen. Kredit Foto: Twitter fanaizty
Sanggup 'Suap' Vape Kepada Bayi Demi Konten, Lelaki Ini Dikecam Teruk Netizen
Komen Netizen. Kredit Foto: Twitter fanaizty

‘Report’ kepada pihak yang bertanggungjawab!

Oleh itu, sekiranya terdapat lagi perkara sebegini berlaku, orang awam dinasihatkan untuk membuat aduan kepada pihak yang bertanggungjawab.

Aduan boleh disalurkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana melakukan penderaan dan pengabaian kanak-kanak.

Aduan boleh dilakukan menerusi Whatsapp 019-2615999 dengan menyertakan bukti laporan.

Pernah berhadapan dengan masalah lain tetapi tidak tahu cara membuat aduan? Rujuk di sini:

SUMBER :Twitter Fanaizty
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Penjelasan Isu Penyediaan Air Di Kuching Food Festival, Pemilik Terima Surat Amaran
Next Article Tuntutan Ditolak, Family Frontiers Fail Rayuan Isu Kerakyatan Anak Lahir Luar Negara

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?