• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Henry Golding Dan Antoni Porowski Teroka Budaya Iban Dalam ‘No Taste Like Home Di Disney+

Oleh
Husna Hazmi
1 Mac 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

Henry Golding bawa Antoni teroka budaya dan makanan iban, siap makan ulat sagu!

Henry Golding Dan Antoni Porowski Teroka Budaya Iban Dalam ‘No Taste Like Home Di Disney+. Pelakon kelahiran Malaysia yang kini bersinar di Hollywood, Henry Golding, kembali ke kampung halamannya di Sarawak dalam siri dokumentari No Taste Like Home With Antoni Porowski, yang kini boleh distrim di Disney+.

Siri enam episod ini, yang dikendalikan oleh pakar makanan dan wain Queer Eye, Antoni Porowski, membawa selebriti meneroka warisan kulinari nenek moyang mereka. Bagi Golding, ia bermakna kembali ke Bumi Kenyalang, Sarawak untuk menyelami akarnya sebagai keturunan Iban di mana ia sesuatu yang pasti membuat rakyat Malaysia tersenyum bangga!

Henry Golding Dan Antoni Porowski Teroka Budaya Iban Dalam ‘No Taste Like Home Di Disney+
Henry Golding Dan Antoni Porowski Teroka Budaya Iban Dalam ‘No Taste Like Home Di Disney+. Sumber gambar: DISNEY+

Dari Hollywood ke hutan Borneo, Golding berbangga dengan warisan Iban

Golding, yang terkenal menerusi Crazy Rich Asians (2018), lahir di Sarawak dan tidak pernah melupakan asal-usulnya. Ibunya berasal dari suku Iban, dan walaupun Golding berpindah ke England pada usia lapan tahun, dia tetap berpegang teguh pada budaya dan tradisi nenek moyangnya.

Bukan sekadar kata-kata, Golding juga mempunyai tatu tradisional Iban sebagai tanda penghormatan kepada warisannya!

Henry Golding Dan Antoni Porowski Teroka Budaya Iban Dalam ‘No Taste Like Home Di Disney+
Sumber gambar: DISNEY+

Jumpa Keturunan ‘Headhunter’

Meskipun Golding sudah biasa dengan sejarah keluarganya, episod ini tetap memberi kejutan besar!

Dalam temu bual dengan The Straits Times, Porowski mendedahkan bahawa Golding menemui cerita baharu tentang susur galurnya, termasuk hubungan dengan pemburu kepala (‘headhunters’) dalam keturunannya.

Bukan itu sahaja, dia juga ada kaitan dengan seorang dukun (witch)! Talk about an unexpected family reunion!

Henry Golding Dan Antoni Porowski Teroka Budaya Iban Dalam ‘No Taste Like Home Di Disney+
Sumber gambar: Gourmet Traveller

Dari ikan sungai hingga ulat sagu, Golding dan Porowski cuba semua

Tak sah kalau tak cakap pasal makanan, kan? Golding dan Porowski menikmati pelbagai hidangan tradisional Iban, termasuk ikan segar yang dimasak dengan bunga kantan di tepi sungai.

Tapi pengembaraan Golding tak berhenti di situ sahaja kerana dia dengan penuh semangatnya makan ulat sagu hidup-hidup, makanan eksotik yang dianggap lazat oleh masyarakat tempatan!

Porowski? Dia cabut awal! Tapi jangan risau, dia tetap berani mencuba sesuatu yang lain iaitu durian! Pengalamannya? “Macam keju camembert yang dah terlalu masak dicampur bawang putih yang sangat tajam.”

Henry Golding Dan Antoni Porowski Teroka Budaya Iban Dalam ‘No Taste Like Home Di Disney+

Lebih dari makanan, dokumentari ini mengisahkan tentang warisan dan identiti

Selain makanan dan pengalaman unik, perjalanan ini memberi impak mendalam kepada Golding. Porowski berkata, sepanjang trip ini, Golding bertemu dengan ahli keluarga yang lama terpisah dan mendengar kisah-kisah yang semakin mengeratkan lagi hubungannya dengan asal-usulnya.

Walaupun sudah berjaya di Hollywood, Golding tetap seorang anak Sarawak yang bangga dengan warisannya. Nak tengok Golding makan ulat sagu dan uncover sejarah uniknya? No Taste Like Home With Antoni Porowski kini boleh distrim di Disney+!

Lagi cerita menarik untuk anda di sini:

Pernah Hasilkan Runut Bunyi Untuk Filem Kung Fu Panda 3, Kenali Penerbit Muzik Kelahiran Sarawak Alvin Wee
Ketahui Masjid Kampung Sembulan, Masjid Tertua Di Kota Kinabalu Sabah
SUMBER :SAYS
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Berita Baik, Kerajaan Sarawak Rancang Bina 20,000 Unit Rumah Mampu Milik
Next Article Warga Emas Hilang 6 Hari Ditemui Selamat, Bertahan Hanya Dengan Gula-Gula Dan Air Sungai

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?