Secara keseluruhannya, 7 kes penularan tempatan dan 1 kes import dicatatkan hari ini. 1 Januari 2021.
Sarawak Catat 7 Kes Penularan Tempatan Pada Hari Pertama 2021. Sarawak hari ini kembali mencatatkan kes penularan tempatan apabila mencatatkan 7 kes positif COVID19 (penularan tempatan) dan 1 kes import.
Daripada keseluruhan 8 kes keseluruhan yang dicatatkan, 3 kes dicatatkan di Bandaraya Kuching, 3 di Meradong, 1 di Bintulu dan 1 di Miri.
2 kes di Bandaraya Kuching adalah warga tempatan yang tinggal serumah ( kes 1118 dan 1119 ) dan telah menjalani saringan COVID19 di sebuah hospital swasta di Kuching selepas mempunyai gejala demam dan batuk. 1 kes lagi juga merupakan warga tempatan yang merupakan kontak rapat kepada kes 1118 dan juga telah menjalani saringan COVID19 di Hospital Swasta di Kuching.
Kes-kes ini dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan kerana tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara atau ke negeri lain di Malaysia dan hanya berada di sekitar Bahagian Kuching sahaja. Siasatan lanjutkes ini dan pengesanan semua kontak kepada kes-kes ini sedang giat dilakukan.
Kes 1,121, 1,122 dan 1,123 merupakan tiga warga tempatan (Sarawak) yang telah disaring kerana mempunyai kontak rapat kepada kes 1,115. Kes-kes ini merupakan ahli keluarga kepada kes 1,115 yang telah diarahkan untuk menjalani arahan kuarantin di rumah setelah pulang dari Kuala Lumpur sejak 19 Disember 2020 yang lalu. Pengesanan kes secara aktif telah dijalankan berikutan kes 1,115 didapati positif pada 29 Disember 2020 seperti yang telah dilaporkan sebelum ini.
Kesemua kes ini telah dimasukkan ke pusat kuarantin bagi tujuan pengasingan pada 29 Disember 2020 dan telah disaring pada 30 Disember 2020 dan didapati positif melalui ujian rT-PCR yang dijalankan pada 31 Disember 2020 di Hospital Sibu. Seorang kes telah mengalami hilang rasa hidu pada 28 Disember 2020 dan seorang kes mengalami batuk pada 31 Disember 2020. Seorang lagi kes tidak menunjukkan sebarang tanda atau gejala jangkitan COVID-19. Kesemua kes telah dirujuk dan dimasukkan wad pengasingan di Hospital Sibu untuk rawatan lanjut. Kes ini dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan yang mana telah mendapat jangkitan daripada kes 1,115. Siasatan lanjut kes ini dan pengesanan
semua kontak-kontak kepada kes ini juga sedang dilakukan.
1 kes di Bintulu pula adalah seperti berikut : Kes 1,124 merupakan seorang lelaki warganegara China yang telah menjalani saringan COVID-19 di sebuah hospital swasta di
Bintulu pada 30 Disember 2020. Kes merupakan seorang pekerja di sebuah kilang besi di Samalaju, Bintulu sejak tahun 2017 dan pernah balik ke China pada bulan Mac 2019.
Kes telah menjalani saringan COVID-19 sebagai keperluan sebelum masuk balik ke negara China. Kes telah bersama 14 rakan yang lain telah menjalani saringan pada 31 Disember 2020 dan kes didapati positif pada hari yang sama.
Kes ini telah mengadu mula mengalami hidung berair pada 22 Disember 2020 tetapi tidak menjalani pemeriksaan lanjut. Semasa Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu mengetahui
keputusan ujian saringan kes ini pada 31 Disember 2020, kes 1,124 ini bersama 14 rakan yang lain telah pun berada di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Siasatan lanjut menunjukkan mereka telah dibawa menggunakan kenderaan syarikat ke Lapangan Terbang Miri sebelum menaiki pesawat ke Kuala Lumpur.
Kes ini telah dirujuk ke Pejabat Kesihatan Negeri Selangor untuk tindakan lanjut dan kes akan dimasukkan ke wad pengasingan di Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut. Aktiviti pengesanan kontak lain kepada kes ini juga sedang giat dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu.
Kes 1,125 merupakan seorang lelaki warga tempatan (Selangor) yang telah masuk ke Sarawak melalui Lapangan Terbang Miri dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 27 Disember 2020. Kes berasal dari Banting, Selangor adalah seorang penjawat awam yang bertugas di Miri yang telah balik bercuti ke negeri asal sejak 13 Disember 2020 yang lalu.
Kes telah masuk semula ke Sarawak dan tiba di Lapangan Terbang Miri pada 27 Disember 2020 dan telah dibenarkan menjalani arahan kuarantin di rumah memandangkan kes tinggal seorang di rumah. Kes telah diberi temujanji saringan dan pengambilan swab ujian rT-PCR pada 29 Disember 2020.
Kes telah mengalami demam pada 30 Disember 2020 dan ujian saringan kes juga telah didapati positif pada 31 Disember 2020. Kes telah dirujuk dan dimasukkan ke wad pengasingan di Hospital Miri untuk rawatan lanjut. Kes ini dikategorikan sebagai kes Import B iaitu telah mendapat jangkitan COVID-19 semasa berada di kawasan berisiko tinggi jangkitan di Selangor. Siasatan lanjut dan pengesanan kontak-kontak kepada kes ini sedang giat dijalankan.
Sementara itu, Daerah Meradong kini merupakan daerah baru yang menjadi daerah Kuching. Daerah daerah lain yang masih merupakan kawasan kuning adalah Kuching, Bintulu, Sibu dan juga Lawas.
Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan untuk melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dari 1 Januari sehingga 31 Mac 2021. Oleh itu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak memutuskan untuk melanjutkan kuatkuasa semua Garis Panduan (SOP) yang telah digunapakai pada tahun 2020 termasuk tatacara kemasukan ke Sarawak sehingga 31 Mac 2021.