• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Dan Sabah Contoh Perpaduan Negara – Premier Sarawak

Oleh
Farisha
20 Oktober 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Premier Sarawak sokong kajian UMS tentang perpaduan Sarawak-Sabah patut dicontohi seluruh Malaysia

Sarawak Dan Sabah Contoh Perpaduan Negara – Premier Sarawak. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersetuju dengan hasil kajian terbaru oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang menunjukkan Sarawak dan Sabah sebagai model perpaduan sosial yang patut dicontohi di Malaysia.

“Menurut kajian tersebut, kita perlu melihat perpaduan sosial yang wujud di Sarawak dan Sabah. Kita benar-benar bersatu. Tiada perpecahan di kalangan kita,” katanya menurut laporan media tempatan.

Sarawak Dan Sabah Contoh Perpaduan Negara - Premier Sarawak
Sarawak Dan Sabah Contoh Perpaduan Negara – Premier Sarawak

Sebelum itu, Menteri Perpaduan Negara, Dato Sri Aaron Ago Dagang memaklumkan bahawa Kajian Pembangunan Model Perpaduan Sosial UMS untuk Sabah dan Sarawak mendapati tahap perpaduan sosial di kedua-dua negeri Borneo ini amat tinggi.

Beliau menjelaskan bahawa kajian tersebut mendedahkan perbezaan dari segi etnik, agama, latar belakang, dan budaya tidak menghalang perpaduan sosial di Sarawak dan Sabah. Malah, hubungan interpersonal yang kukuh dan masyarakat yang rapat di Sarawak khususnya merupakan faktor utama dalam memupuk perpaduan.

“Perpaduan sosial yang dilihat di Sarawak dan Sabah boleh dijadikan model untuk program integrasi nasional di seluruh Malaysia. Nilai-nilai utama seperti kebersamaan, keterbukaan, keterangkuman, penglibatan, dan kesaksamaan telah tertanam dalam fabrik sosial Sarawak dan Sabah, mendorong tahap perpaduan yang tinggi dalam kalangan masyarakat mereka,” katanya.

Walau bagaimanapun, kajian itu juga memberi amaran bahawa media sosial memberi cabaran, terutamanya kepada generasi muda yang mungkin mudah terpengaruh dengan maklumat palsu dan isu-isu sensitif yang boleh mengganggu keharmonian. Untuk menangani hal ini, Aaron menekankan cadangan kajian untuk penguatkuasaan undang-undang siber yang lebih ketat bagi melindungi perpaduan sosial.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Perlu Mula Berfikir Macam Orang Sarawak, YB Di Sabah Puji Semangat Perpaduan Sarawak
Cogan Kata ‘Segulai Sejalai’ Jadi Lambang Perpaduan Sambutan Hari Malaysia Tahun Ini Di Kuching
SUMBER :Dayak Daily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lima Jasad Mangsa Tragedi Bot Karam Sungai Sarawak Ditemui
Next Article Hotel Digesa Selaras Tempoh Penginapan Sekurang-Kurangnya 23 Jam Sehari

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?