• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tular Netizen Sarawak Layang Komen Berbaur Rasis Terhadap Isu Penempatan Guru Baharu

Oleh
Husna Hazmi
24 Disember 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Netizen Sarawak meninggalkan komen rasis berbaur sentimen pada isu penempatan guru baharu

Tular Netizen Sarawak Layang Komen Berbaur Rasis Terhadap Isu Penempatan Guru Baharu. Baru-baru ini, terdapat sebuah berita baik di mana seramai 1,108 guru baharu yang akan ditempatkan di seluruh Sarawak bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga pelajar di negeri berkenaan.

Namun demikian, berita tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Tular Netizen Sarawak Layang Komen Berbaur Rasis Terhadap Isu Penempatan Guru Baharu
Tular Netizen Sarawak Layang Komen Berbaur Rasis Terhadap Isu Penempatan Guru Baharu

Kecewa dengan komen rasis di perkongsian Facebook

Di Twitter, seorang individu berasa kecewa dengan netizen di ruangan komen pada sebuah perkongsian di Facebook mengenai guru baharu yang bakal ditempat ditempatkan di Sarawak.

Dalam perkongsian di Twitter tersebut, terdapat ramai netizen yang meninggalkan komen yang kurang menyenangkan terhadap guru Semenanjung.

Tular Netizen Sarawak Layang Komen Berbaur Rasis Terhadap Isu Penempatan Guru Baharu
Tular Netizen Sarawak Layang Komen Berbaur Rasis Terhadap Isu Penempatan Guru Baharu

Pelbagai komen berbaur rasis

Ada yang mengatakan guru ini mempunyai agenda lain, ada yang khuatir dengan tragedi buruk berlaku kepada murid dan ada juga yang tidak berpuas hati kerana terlalu ramai guru daripada Semenanjung yang diambil untuk mengajar di Bumi Kenyalang ini.

Oleh itu, individu dari Twitter yang juga merupakan seorang pendidik meluahkan perasaan kecewa kerana komen tersebut bukan sekadar berbaur sentimen, malah ianya juga amat rasis.

Individu dari Twitter itu juga berkata bahawa komen sebegitu tidak perlu pula dilemparkan kerana kebanyakan guru-guru dari Semenanjung yang bertugas di Sarawak menjalankan tugas dengan tekun walaupun jauh dari kampung halaman mereka.

Selain itu, dia juga berkata bahawa tahap graduan pendidikan yang rendah dari negeri Sarawak sendiri menjadi punca kenapa ramai guru dari Semenanjung terpaksa di ambil menjadi tenaga pengajar di sini.

Walaupun berasa sedih dan kecewa dengan komen berbaur rasis berkenaan, individu tersebut tetap mempertahankan guru-guru dari Semenanjung yang ikhlas mendidik anak muda di Bumi Kenyalang ini.

Tular Netizen Sarawak Layang Komen Berbaur Rasis Terhadap Isu Penempatan Guru Baharu

Dia juga ada berkongsi komen dari bekas gurunya dari Semenanjung yang telah mengajarnya dahulu dan mengatakan guru berkenaanlah yang telah menyuntik semangatnya untuk terus menggapai kecemerlangan dalam dunia pendidikan.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Penempatan Guru Baharu Langkah Permulaan Positif Di Sarawak
Portal Rasmi Kerajaan Sabah Digodam, 109 Fail Sulit Dibocorkan Penggodam
SUMBER :Twitter
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Portal Rasmi Kerajaan Sabah Digodam, 109 Fail Sulit Dibocorkan Penggodam Portal Rasmi Kerajaan Sabah Digodam, 109 Fail Sulit Dibocorkan Penggodam
Next Article Wanita 78 Tahun Maut Dilanggar Bas Ekspres Di Sabah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?