• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Azan Maghrib Disiarkan Awal 4 Minit, Penyampai Radio Mohon Maaf Kepada Warga Tawau Di Sabah

Oleh
Husna Hazmi
4 April 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Hal ini menyebabkan pendengar tidak sengaja berbuka puasa awal 4 minit pada hari pertama Ramadan.

Azan Maghrib Disiarkan Awal 4 Minit, Penyampai Radio Mohon Maaf Kepada Warga Tawau Di Sabah. Dipetik daripada Astro Awani, seorang penyampai radio tempatan di Tawau, Sabah telah tampil memohon maaf kepada orang ramai kerana melakukan kesilapan teknikal dengan menyiarkan azan Maghrib empat minit lebih awal, pada hari pertama bulan Ramadan tahun ini.

Azan Maghrib Disiarkan Awal 4 Minit, Penyampai Radio Mohon Maaf Kepada Warga Tawau Di Sabah
Azan Maghrib Disiarkan Awal 4 Minit, Penyampai Radio Mohon Maaf Kepada Warga Tawau Di Sabah

Penyampai radio berkenaan telah menyiarkan azan pada 6.16 petang

Bagi Daerah Tawau, Sabah azan maghrib sepatutnya adalah pada jam 6.20 petang namun penyampai radio berkenaan telah menyiarkan azan pada 6.16 petang dan menyebabkan ada pendengar yang berbuka puasa lebih awal tanpa disengajakan.

“Saya, Mohd Safwan bin Junit, penyampai yang bertugas petang ini dalam program Syoknya Hujung Minggu telah melakukan kesilapan teknikal yang mana azan Maghrib telah disiarkan dua kali, iaitu sekitar 6.16 petang dan yang kedua 6.20 petang.

“Azan yang sepatutnya disiarkan pada 6.20 telah dikumandangkan lebih awal dari waktunya, ia menyebabkan ramai daripada warga Tawau secara tidak sengaja telah berbuka puasa awal dari waktu,” katanya dalam akaun Facebook peribadinya malam semalam.

Azan Maghrib Disiarkan Awal 4 Minit, Penyampai Radio Mohon Maaf Kepada Warga Tawau Di Sabah
Kredit gambar: Astro Awani

Kejadian berlaku kerana kesilapan teknikal serta diri sendiri

Menurut Mohd Safwan, kejadian tersebut adalah kerana kesilapan teknikat serta diri sendiri dan bukan melibatkan stesen radio berkenaan.

“Yang baik datangnya dari Allah, dan yang kurang itu datangnya dari diri saya sendiri,” ujarnya lagi.

Warganet di dalam ruangan komen pula rata-ratanya memaafkan Safwan dan memintanya untuk berhati-hati di masa akan datang.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Akui Pekerja Khilaf Semasa Muatnaik Lagu, Pasaraya Everrise Memohon Maaf Atas Kesilapan Akui Pekerja Khilaf Semasa Muatnaik Lagu, Pasaraya Everrise Memohon Maaf Atas Kesilapan
Next Article Sesuai Untuk Berbuka Dan Moreh, Ini Adalah 3 Resipi Kek Tanpa Oven Yang Mudah Untuk Anda Cuba Sesuai Untuk Berbuka Dan Moreh, Ini Adalah 3 Resipi Kek Tanpa Oven Yang Mudah Untuk Anda Cuba

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?