• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Setelah 102 Hari Tanpa Jangkitan, New Zealand Kembali Catat Kes Positif

Oleh
Ismail NA
12 Ogos 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Virus kembali setelah ‘merdeka’ selama 102 hari.

New Zealand yang menjadi satu-satunya negara yang bebas jangkitan pandemik kini kembali mencatatkan kes setelah 102 hari ‘merdeka’ daripada jangkitan tersebut.

Isi Isi Penting
  • Virus kembali setelah ‘merdeka’ selama 102 hari.
  • Pusat jagaan seluruh negara diarah tutup, Auckland kuarantin 3 hari
  • Pembelian panik kembali serang pasaraya New Zealand
  • Dipuji WHO bendung pandemik, hanya catat 22 kematian daripada populasi 5 juta
  • New Zealand kembali jalani kehidupan tanpa penjarakan fizikal sebelum kes baharu dikesan
  • Baca juga perkembangan berkaitan :

Terbaharu, 4 kes telah dikesan dalam sebuah keluarga di Auckland pada semalam (Selasa). Sumber jangkitan masih belum diketahui.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Perdana Menteri, Jacinda Ardern semalam. Beliau turut menjelaskan bahawa kes tersebut adalah yang pertama di luar kawasan isolasi atau fasiliti kuarantin sejak 102 hari yang lalu.

Setelah 102 Hari Tanpa Jangkitan, New Zealand Kembali Catat Kes Positif
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern

Pusat jagaan seluruh negara diarah tutup, Auckland kuarantin 3 hari

Susulan itu, semua telefon pintar dan bimbit di New Zealand telah dihantar dengan pesanan kecemasan sebagai langkah berjaga-jaga.

New Zealand turut mengeluarkan arahan hari ini untuk menutup semua pusat jagaan terutamanya rumah orang tua di seluruh negara tersebut. Perintah ‘stay-at-home’ selama 3 hari juga turut dikuatkuasakan di Auckland bermula tengah hari ini.

Setelah 102 Hari Tanpa Jangkitan, New Zealand Kembali Catat Kes Positif
Setelah 102 Hari Tanpa Jangkitan, New Zealand Kembali Catat Kes Positif

Sekatan jalan raya turut giat dilakukan di Auckland sebagai salah satu langkah penguatkuasaan perintah tersebut.

Pembelian panik kembali serang pasaraya New Zealand

Keadaan di New Zealand pula kembali cemas apabila rakyatnya mula berpusu membuat pembelian panik di pasaraya dan beratur panjang di pusat ujian untuk melakukan saringan kendiri.

Sekiranya keadaan ini berlarutan, Jacinda turut memberi bayangan bahawa pilihan raya umum yang bakal diadakan pada 19 September depan mungkin akan ditangguhkan. Namun, pihaknya masih mendapatkan pandangan serta nasihat daripada Suruhanjaya Pilihanraya bagi melihat pilihan yang ada.

Dipuji WHO bendung pandemik, hanya catat 22 kematian daripada populasi 5 juta

New Zealand sebelum ini telah mendapat pujian daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) atas kejayaannya membendung pandemik dan menjadi negara pertama bebas virus tersebut.

Setakat ini, New Zealand hanya merekodkan 22 kematian daripada 5 juta populasi keseluruhan negara tersebut.

New Zealand kembali jalani kehidupan tanpa penjarakan fizikal sebelum kes baharu dikesan

Penduduk di New Zealand juga telah menjalani kehidupan seharian tanpa perlu penjarakan fizikal sejak tiada transmisi dilaporkan 102 hari yang lalu. Malah, penonton juga dibenarkan untuk menonton perlawanan di stadium dan persembahan kebudayaan. Walau bagaimanapun, sempadan negara tetap dikawal ketat.

Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand, Ashley Bloomfield pula yakin dengan langkah penguatkuasaan semula sebagai cara terbaik untuk membendung virus yang licik itu. Beliau turut mengingatkan rakyat New Zealand agar tidak terlalu selesa dan meneruskan semula amalan penjarakan fizikal serta SOP seperti sebelum ini.

Baca juga perkembangan berkaitan :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ujian Saringan Ke Sarawak Dan Sekatan Penerbangan Dilanjutkan Hingga 31 Ogos
Next Article Tahukah Anda Passport Malaysia Adalah Passport Kedua Paling Berkuasa Di Asia Tenggara Tahukah Anda Passport Malaysia Adalah Passport Kedua Paling Berkuasa Di Asia Tenggara

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?