fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Setelah Video Viral, Akhirnya SKMM Akan Naik Taraf Internet Di Kampung Veveonah Mosibin

Kedung BK Oleh Kedung BK
18 Jun 2020
Setelah Video Viral, Akhirnya SKMM Akan Naik Taraf Internet Di Kampung Veveonah Mosibin
Share on FacebookShare on Twitter

Langgan saluran Telegram kami untuk konten terkini dan peluang memenangi giveaway setiap bulan.

Join Telegram Kami

Finally!

Setelah Video Viral, Akhirnya SKMM Akan Naik Taraf Internet Di Kampung Veveonah Mosibin. By now, anda sudah tahu tentang video ’24 Hours On Tree Challenge’ yang dimuat naik oleh YouTuber dari Sabah, Veveonah Mosibin, yang menunjukkan beliau terpaksa panjat pokok demi mendapatkan capaian internet untuk menduduki peperiksaan beliau.

Video yang menghayat hati netizen itu turut disebar dan membuka mata rakyat Malaysia betapa sukarnya penduduk kawasan pedalaman untuk mendapatkan capaian internet sedangkan ia sudah tahun 2020, dimana semua orang sepatutnya menikmati kemudahan tersebut.

Susulan kejadian ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah merancang untuk membina sebuah menara telekomunikasi baharu di sebuah kampung berhampiran dengan kampung Veveonah iaitu Kampung Bilangau Kecil.

ArtikelBerkaitan

Susulan Catat Kes Tertinggi Di Malaysia, Pegawai Kesihatan Bakal Dimobilisasi Ke Sarawak

Ketua Institusi Agama Sarawak Sokong 100% Program Imunisasi COVID-19

Setelah Video Viral, Akhirnya SKMM Akan Naik Taraf Internet Di Kampung Veveonah Mosibin
Setelah Video Viral, Akhirnya SKMM Akan Naik Taraf Internet Di Kampung Veveonah Mosibin

Dilawati Oleh Kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pitas

Dilaporkan beberapa kakitangan PPD Pitas telah berkunjung kampung Veveonah untuk berjumpa dengan Veveonah secara peribadi. Dalam masa yang sama, mereka berkongsikan situasi khususnya berkaitan pendidikan dan mengalu-alukan komen yang membina. Mereka turut memuji gadis itu atas kesungguhannya untuk mencari alternatif menghadapi situasi yang sukar ketika meduduki peperiksaannya.

SKMM Mengambil Tindakan

Dalam sebuah laporan terbaharu oleh Bernama, SSKM merancang untuk membina sebuah menara telekomunikasi baharu di Kampung Bilangau Kecil (berhampiran Kampung Sapatalang, Pitas).

Setelah Video Viral, Akhirnya SKMM Akan Naik Taraf Internet Di Kampung Veveonah Mosibin
Gambar sekadar hiasan.

Dikatakan menara telekomunikasi itu akan dibina di bawah Pelan Gantian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) 1 dan dijangka akan siap menjelang suku kedua tahun 2021.

“Ia boleh dioptimum untuk meningkatkan liputan di Kampung Sapatalang sejurus siap didirikan. Bagi memberi liputan yang lebih berkualiti di sekitar kawasan itu, SKMM juga telah membuat perancangan untuk menaik taraf liputan kepada 4G di bawah program Tabung Perkhidmatan Sejagat (USP), sejak awal tahun ini,” menurut kenyataan MCMC.

Dalam kenyataan mereka,

“Berdasarkan laporan, terdapat sebuah menara telekomunikasi yang memberi liputan 3G dalam lingkungan 1.4KM dari kampung Veveonah. Liputan 3G itu membolehkan pelajar mengambil peperiksaan secara dalam talian manakala bagi tujuan aktiviti penstriman, ia memerlukan liputan yang lebih tinggi.”

Semoga berita baik ini diikuti oleh usaha-usaha serupa di kawasan-kawasan pedalaman yang lain agar mereka yang terjejas teruk dalam norma baharu ini tidak ketinggalan.

Baca lagi disini:

SUMBER : Bernama
Share6320Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy