• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sibuk Berjudi Semasa PKP, 8 Orang Lagi Dicekup Polis Di Sibu

Oleh
ILB - AI
8 April 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Kantoi ingkari perintah kawalan pergerakan

Sibuk Berjudi Semasa PKP, 8 Orang Lagi Dicekup Polis Di Sibu. 8 orang lagi individu telah ditahan pihak polis di Sibu selepas didapati mengingkari perintah kawalan pergerakan dengan berjudi di sebuah rumah kedai di bandar tersebut. Individu yang berumur di antara 22 – 32 tahun tersebut ditangkap di tingkat 2 sebuah rumah kedai ketika sibuk bermain judi blackjack.

Isi Isi Penting
  • Kantoi ingkari perintah kawalan pergerakan
  • Sebelum ini, 5 orang juga dicekup di Sibu ketika berjudi
  • Amalkan Penjarakan Sosial Dan Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan
  • Baca artikel lain berkaitan dengan Sibu :
Sibuk Berjudi Semasa PKP, 8 Orang Lagi Dicekup Polis Di Sibu
Sibuk Berjudi Semasa PKP, 8 Orang Lagi Dicekup Polis Di Sibu

Serbuan tersebut dilakukan oleh pihak polis pada hari isnin ( 6 April ), 3.45 petang. Turut dirampas oleh pihak polis adalah alatan untuk berjudi seperti chips, meja, 8 buah kerusi plastik dan juga wang tunai sebanyak RM364.

Kesemua mereka akan disiasat di bawah Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 dan juga 7(2) Akta Rumah Perjudian Terbuka.

Sebelum ini, 5 orang juga dicekup di Sibu ketika berjudi

Pada 30 Mac yang lalu, pihak polis turut menangkap sekumpulan lelaki yang juga berjudi secara haram di sebuah rumah. Kesemua mereka ditangkap ketika sedang sibuk berjudi dan tidak melakukan penjarakan sosial dan juga tidak memakai topeng muka.

Menurut laporan dari Sin Chew Daily, tangkapan dilakukan selepas pihak polis mendapat laporan mengenai aktiviti mereka tersebut. Mereka kemudiannya dikesan bermain mahjong dan mengingkari perintah kawalan pergerakan.

Amalkan Penjarakan Sosial Dan Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan

Dengan seluruh dunia kini memerangi wabak COVID19, adalah penting untuk kita mematuhi saranan pihak berkuasa dan juga pakar pakar kesihatan. Amalan penjarakan sosial adalah penting bagi kita memutuskan rantaian COVID19. Sekiranya rantaian COVID19 tidak putus, tidak mustahil perintah kawalan pergerakan akan diteruskan lebih lama lagi. Jadi, berilah kerjasama!

Baca artikel lain berkaitan dengan Sibu :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pesakit Kritikal COVID-19 Di Korea Selatan Sembuh Selepas Jalani Terapi Plasma
Next Article TERKINI : Ketua Polis Sarawak Disahkan Positif COVID-19 TERKINI : Pesuruhjaya Polis Sarawak Disahkan Positif COVID-19

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?