fbpx
Cerita Borneo

Sibuk Berjudi Semasa PKP, 8 Orang Lagi Dicekup Polis Di Sibu

Kantoi ingkari perintah kawalan pergerakan

Sibuk Berjudi Semasa PKP, 8 Orang Lagi Dicekup Polis Di Sibu. 8 orang lagi individu telah ditahan pihak polis di Sibu selepas didapati mengingkari perintah kawalan pergerakan dengan berjudi di sebuah rumah kedai di bandar tersebut. Individu yang berumur di antara 22 – 32 tahun tersebut ditangkap di tingkat 2 sebuah rumah kedai ketika sibuk bermain judi blackjack.

Sibuk Berjudi Semasa PKP, 8 Orang Lagi Dicekup Polis Di Sibu
Sibuk Berjudi Semasa PKP, 8 Orang Lagi Dicekup Polis Di Sibu

Serbuan tersebut dilakukan oleh pihak polis pada hari isnin ( 6 April ), 3.45 petang. Turut dirampas oleh pihak polis adalah alatan untuk berjudi seperti chips, meja, 8 buah kerusi plastik dan juga wang tunai sebanyak RM364.

Kesemua mereka akan disiasat di bawah Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 dan juga 7(2) Akta Rumah Perjudian Terbuka.

Sebelum ini, 5 orang juga dicekup di Sibu ketika berjudi

Pada 30 Mac yang lalu, pihak polis turut menangkap sekumpulan lelaki yang juga berjudi secara haram di sebuah rumah. Kesemua mereka ditangkap ketika sedang sibuk berjudi dan tidak melakukan penjarakan sosial dan juga tidak memakai topeng muka.

Menurut laporan dari Sin Chew Daily, tangkapan dilakukan selepas pihak polis mendapat laporan mengenai aktiviti mereka tersebut. Mereka kemudiannya dikesan bermain mahjong dan mengingkari perintah kawalan pergerakan.

Amalkan Penjarakan Sosial Dan Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan

Dengan seluruh dunia kini memerangi wabak COVID19, adalah penting untuk kita mematuhi saranan pihak berkuasa dan juga pakar pakar kesihatan. Amalan penjarakan sosial adalah penting bagi kita memutuskan rantaian COVID19. Sekiranya rantaian COVID19 tidak putus, tidak mustahil perintah kawalan pergerakan akan diteruskan lebih lama lagi. Jadi, berilah kerjasama!

Baca artikel lain berkaitan dengan Sibu :

Artikel Berkaitan

Back to top button