• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pesakit Kritikal COVID-19 Di Korea Selatan Sembuh Selepas Jalani Terapi Plasma

Oleh
Ismail NA
8 April 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Pesakit Kritikal COVID-19 Di Korea Selatan Sembuh Selepas Jalani Terapi Plasma. Di saat para saintis dunia sedang bertungkus lumus mencari rawatan terbaik untuk COVID-19, salah satu ikhtiar rawatan iaitu menggunakan plasma darah bekas pesakit COVID-19 mula menampakkan sinar.

Di Korea Selatan, dua orang pesakit kronik COVID-19 sembuh setelah menjalani rawatan terapi plasma. Perkara tersebut telah dilaporkan oleh pasukan penyelidik dari Korea Selatan.

Para saintis yakin terhadap kelebihan plasma darah bekas pesakit COVID-19 yang telah sembuh sebagai rawatan untuk pesakit sedia ada.

Pesakit Kritikal COVID-19 Di Korea Selatan Sembuh Selepas Jalani Terapi Plasma
Kredit : European Pharmaceutical Review

Menurut Choi Jun Yong, seorang saintis di Hospital Severance, Seoul, terapi plasma merupakan rawatan alternatif kepada pesakit kritikal yang tidak lagi bertindak balas terhadap ubat anti-viral. Walau bagaimanapun, percubaan klinikal dalam skala yang besar perlu dilakukan bagi membuktikan keberkesanannya.

Pesakit Kritikal COVID-19 Di Korea Selatan Sembuh Selepas Jalani Terapi Plasma
Profesor Choi Jun Yong
Kredit : koreabiomed.com

Pesakit Warga Emas Sembuh Selepas Jalani Terapi Plasma Bersama Rawatan Ubat Steroid

Pesakit yang telah sembuh merupakan seorang lelaki yang berusia 71 tahun, dan tidak mempunyai sebarang penyakit lain. Pesakit tersebut mula sembuh setelah dirawat menggunakan plasma seorang bekas pesakit yang berusia dalam lingkungan 20-an.

Sepanjang rawatan terapi plasma itu juga, lelaki tersebut turut diberi ubat steroid. Rawatan asal lelaki tersebut ialah hanya menggunakan ubat malaria dan alat bantuan pernafasan akibat pneumonia yang teruk.

Seorang lagi pesakit yang berjaya sembuh ialah seorang wanita yang berusia 67 tahun. Semasa waktu kritikal yang dilalui, pesakit ini tidak lagi bertindak balas terhadap sebarang ubat seperti ubat malaria, HIV dan terapi oksigen. Namun demikian, pesakit tersebut mula pulih setelah diberi rawatan terapi plasma bersama ubat steroid.

Pesakit Kritikal COVID-19 Di Korea Selatan Sembuh Selepas Jalani Terapi Plasma
Pesakit Kritikal COVID-19 Di Korea Selatan Sembuh Selepas Jalani Terapi Plasma

Terapi Plasma Penting Sebagai ‘Alternatif’ Ketiadaan Vaksin Dan Rawatan Tepat

Seorang pegawai di Ibu Pejabat Pusat Kawalan Penyakit Seoul, Kwon Jun Wook pula memberitahu bahawa terapi plasma ini adalah rawatan yang sangat penting semasa ketiadaan vaksin atau rawatan yang tepat.

Tambahnya lagi, kajian tentang plasma terapi ini akan diteruskan secepat yang mungkin dan menyeru agar pakar segera meneliti dua kes sembuh ini.

Hasil kajian saintis Hospital Severance yang bertajuk “Use of Convalescent Plasma Therapy in Two COVID-19 Patients with Acute Respiratory Distress Syndrome in Korea.” telah pun diterbitkan dalam sebuah jurnal perubatan, Journal of Korean Medicine.

Berkesan Rawat Ebola dan SARS

Sebelum ini, beberapa kajian kecil telah membuktikan keberkesanan terapi plasma untuk merawat penyakit berkaitan jangkitan virus seperti Ebola dan SARS.

Percubaan klinikal terhadap terapi plasma ini telah bermula di Perancis sejak Selasa membabitkan 60 orang pesakit di hospital di Paris. Dalam pada masa yang sama, Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) telah membenarkan para pengamal perubatan untuk menjalankan ujian klinikal terapi plasma untuk melawan COVID-19.

Tahukah anda, Malaysia juga sudah mula jalankan ujian terapi plasma? Baca selanjutnya di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Patient 136 Kembali Lagi, Kali Ini Tampil Dengan Penjelasan Yang 'Memanaskan' Netizen Patient 136 Kembali Lagi, Kali Ini Tampil Dengan Penjelasan Yang ‘Memanaskan’ Netizen
Next Article Sibuk Berjudi Semasa PKP, 8 Orang Lagi Dicekup Polis Di Sibu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?