• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

SK Timbua Ranau Raih Anugerah Berprestij Di Pertandingan Inovasi Di Bali

Oleh
Farisha
15 November 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

SK Timbua Ranau rangkul tiga anugerah berprestij di ISIF 2024

SK Timbua Ranau Raih Anugerah Berprestij Di Pertandingan Inovasi Di Bali. Sekolah Rendah Kebangsaan Timbua, Ranau, telah mendapat tiga anugerah berprestij di International Science and Invention Fair (ISIF) anjuran Indonesia Young Scientist Association (IYSA) yang berlangsung di Bali Creative Centre, Denpasar, Indonesia, pada 5 sehingga 10 November 2024. 

Produk inovasi bahan mengajar tersebut yang dinamakan “MADOX” telah memenangi pingat emas, MIICA Best Innovation Award dan IYSA Special Award manakala guru penasihat, Hallsen Justin, menerima Honorary Judge Award (Spider Singapore) atas sumbangannya sebagai salah seorang juri pertandingan.

SK Timbua Ranau Raih Anugerah Berprestij Di Pertandingan Inovasi Di Bali
SK Timbua Ranau Raih Anugerah Berprestij Di Pertandingan Inovasi Di Bali

Pasukan ini terdiri daripada guru besar sekolah tersebut, Rusdi Hj Tamit, tiga guru iaitu Hallsen Justin, Edzlyn Laduni dan Jaidah Wasili @ Mion dan tiga orang murid iaitu Nur Zahrah Amirah Abdul Latiff (darjah 6), Muhammad Khairul Rayyan Ahmad Khusairi (darjah 5) dan Ahza Aqil Farzier (darjah 4). 

Ibu-bapa pelajar ini turut menyertai rombongan sekolah ini. Inovasi “MADOX” adalah singkatan bagi Mathematics Digital Games based on Roblox iaitu satu permainan video game yang berasaskan pelantar digital Roblox yang diterapkan dengan unsur kecerdasan buatan dan konsep asas matematik dan ianya juga diinspirasikan daripada motif budaya Borneo.

Guru penasihat pasukan itu, Hallsen Justin, menyatakan rasa gembira dengan pengiktirafan inovasi tersebut kerana ianya mampu memberi mereka peluang untuk mempertengahkan lagi inovasi ini agar ianya dapat disebarluaskan dan ditambahbaik.

Guru besar sekolah itu, Rusdi Hj Tamit, mengucapkan tahniah kepada pasukan ini lebih-lebih lagi para murid yang membantu membangunkan dan membentang projek ini yang menunjukkan potensi dan bakat mereka yang mampu digilap dengan peluang-peluang sebegini yang mencabar mereka untuk menggunakan kemahiran berkomunikasi dan berfikir dengan lebih baik.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai kejayaan pelajar-pelajar Sabah:

13 Artikel Karya Pelajar Sabah Diterbitkan Di Majalah Bahasa Inggeris Nusantara
Pelajar Sabah Juara Keseluruhan Penulisan Esei Belia Antarabangsa
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pengasas Lokal Malaysia Terkejut Dengan Keenakan Manisan Tradisional Sarawak Ini
Next Article Penjawat Awam Sabah Bakal Nikmati Bonus 1 Bulan Gaji Januari Depan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?