• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

MAS Kembali Batalkan Beberapa Laluan Penerbangan Ke Sabah Hari Ini

Oleh
Nazihah AN
19 April 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
MAS Kembali Batalkan Beberapa Laluan Penerbangan Ke Sabah Hari Ini

MAS kembali batalkan beberapa laluan ke Sabah

MAS Kembali Batalkan Beberapa Laluan Penerbangan Ke Sabah Hari Ini. Hari ini, Malaysia Airlines (MAS) telah mengambil langkah untuk membatalkan semula beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dan Sabah sebagai tindak balas terhadap letusan gunung berapi di Gunung Ruang, Indonesia.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan itu menyatakan bahawa walaupun mereka sedang berusaha untuk memulihkan operasi secepat mungkin, beberapa penerbangan yang dijadualkan hari ini terpaksa dibatalkan untuk menjamin keselamatan berdasarkan keadaan cuaca dan operasi yang terjejas.

MAS Kembali Batalkan Beberapa Laluan Penerbangan Ke Sabah Hari Ini
Gambar sekadar hiasan

MAS Kembali Batalkan Beberapa Laluan Penerbangan Ke Sabah Hari Ini

Sebelum ini, MAS telah mengumumkan bahawa mereka telah memulakan proses pemulihan perkhidmatan penerbangan secara berperingkat-peringkat ke dan dari Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan sejak petang semalam.

Senarai penerbangan yang terbatal hari ini termasuklah penerbangan:

  • MH2610 (KUL-BKI)
  • MH2611 (BKI-KUL)
  • MH2612 (KUL-BKI)
  • MH2621 (BKI-KUL)
  • MH2646 (KUL-BKI)
  • MH2641 (BKI-KUL)

Penerbangan ke dan dari Tawau juga terjejas, termasuk:

  • MH2660 (KUL-TWU)
  • MH2661 (TWU-KUL)

serta Sandakan dengan:

  • MH2710 (KUL-SDK)
  • MH2711 (SDK-KUL)

“Penerbangan lain hari ini dikekalkan mengikut jadual. Maklumat terkini akan disemak semula di laman web MAS dan diberitahu kepada pelanggan yang terjejas jika terdapat sebarang perubahan pada penerbangan mereka,” kata jurucakap MAS.

Penumpang MAS digalakkan untuk sentiasa menyemak maklumat terkini di laman web MAS bagi mendapatkan kemas kini melalui e-mel dan SMS.

Bagi meminimumkan kesulitan disebabkan pembatalan tidak dijangka ini, MAS menawarkan kepada pelanggan yang terjejas satu kali perubahan pada jadual perjalanan mereka secara percuma, atau pilihan untuk mendapatkan bayaran balik penuh tanpa dikenakan tambang.

“Pelanggan yang terjejas yang ingin menukar penerbangan atau membatalkan perjalanan mereka boleh melakukannya menerusi ‘Tempahan Saya’ di laman web kami.

“Selain itu, pelanggan juga boleh menghubungi Sokongan Sembang Langsung kami di laman web atau menghubungi Pusat Hubungan Global kami,” tambah jurucakap MAS.

Semalam, media melaporkan bahawa kira-kira 20,000 penumpang yang masuk dan keluar negeri terjejas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Labuan, Tawau, dan Sandakan akibat pembatalan tersebut.

Kebanyakan penerbangan ke Sabah dibatalkan berikutan letusan Gunung Berapi Ruang di Kepulauan Sulawesi, Indonesia.

Letusan abu dari gunung berapi itu dipercayai boleh menjejaskan ruang udara sekitarnya termasuk di Sabah, memaksa syarikat penerbangan mengambil langkah pembatalan sementara penerbangan.

Berdasarkan maklumat dari kedua-dua syarikat penerbangan, sekurang-kurangnya 27 penerbangan di Sabah dan lapan penerbangan di Sarawak telah dibatalkan sejak pagi semalam dan dijadual semula.

Sementara itu, AirAsia turut batalkan penerbangan mereka hari ini:

59 Penerbangan AirAsia Ke Sabah, Sarawak Dibatalkan Hari Ini
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Starbucks Tawau Dicemari Vandalisme, Diconteng Dengan Frasa Free Palestin
Next Article Suspek Lelaki Ditangkap, Bunuh Dan Bakar Bapa Saudara Di Ranau Suspek Lelaki Ditangkap, Bunuh Dan Bakar Bapa Saudara Di Ranau

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?