• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Stress Tunggu Parcel Lama-Lama? Ini Rupanya Maksud Status Tracking Pos Laju

Oleh
Ismail NA
12 Julai 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
Stress Tunggu Parcel Lama-Lama? Cuba Cek Maksud Di Sebalik Status Tracking Pos Laju

Kaki Shopping Online Boleh Park Sini Jap

Stress Tunggu Parcel Lama-Lama? Ini Rupanya Maksud Status Tracking Pos Laju. Anda selalu membeli belah online? Mesti lah pernah kan? Sampailah anda menerima nombor tracking untuk barangan anda, pasti ada sesetengah status tracking yang anda tidak pasti maksudnya.

Isi Isi Penting
  • Kaki Shopping Online Boleh Park Sini Jap
  • 1. Item Posted Over The Counter
  • 2. Consignment received and processed from posting at Post Offices
  • 3. Item Processed
  • 4. Item Dispatched Out
  • 5. Consignment arrived at Processing Centre/Transit Office
  • 6. Consignment dispatched out from Processing Centre/Transit Office
  • 7. Arrive at delivery facility at…
  • 8. Item can be collected at…
  • 9. Item out for delivery
  • 10. Item delivered to (Name)
  • 10. Unsuccessful Delivery. Please call 1 300 300 300 Addressee not available

Apatah lagi barangan yang dipesan perlu mengharungi Laut China Selatan. Nak mengharapkan sampai terus pada keesokan harinya, peluang nya senipis kulit bawang. Status tracking jua lah tempat bergantung harap, ye dak?

Stress Tunggu Parcel Lama-Lama? Cuba Cek Maksud Di Sebalik Status Tracking Pos Laju
Stress Tunggu Parcel Lama-Lama? Ini Rupanya Maksud Status Tracking Pos Laju. Kredit : Business Insider Malaysia

Di sini kami sediakan maksud di sebalik status tracking sistem kurier, Pos Laju. Taklah tertanya-tanya barang sebenarnya tengah otw atau dah nak sampai depan pintu rumah.

Stress Tunggu Parcel Lama-Lama? Cuba Cek Maksud Di Sebalik Status Tracking Pos Laju
Stress Tunggu Parcel Lama-Lama? Cuba Cek Maksud Di Sebalik Status Tracking Pos Laju. Kredit : Rojak Daily

1. Item Posted Over The Counter

Ini bermaksud barangan anda baru sahaja masuk ke pejabat pos dan scan kod bar tracking.

2. Consignment received and processed from posting at Post Offices

Pada peringkat ini, konsainan sedang diproses daripada pengeposan di Pejabat Pos. Maknanya, data penghantaran sudah lengkap dari Pejabat Pos dan kini sudah berada di Parcel Hub Pos Laju untuk penghantaran selanjutnya.

3. Item Processed

Parcel anda sedang diproses di Pejabat Pos atau Parcel Hub Pos Laju untuk dibahagikan kepada lokasi poskod bagi memudahkan sistem dan route penghantaran kelak.

4. Item Dispatched Out

Barang anda sudah dihantar keluar dari Parcel Hub Pos Laju.

5. Consignment arrived at Processing Centre/Transit Office

Pada peringkat ini, item anda sudah pun sampai ke processing centre atau transit office dan sedang diproses untuk untuk tentukan pusat agihan terdekat dengan lokasi anda.

6. Consignment dispatched out from Processing Centre/Transit Office

Item keluar dari processing centre atau transit office. Sekarang, parcel anda akan meneruskan perjalanannya menuju ke pusat agihan yang terdekat dengan anda. Tak lama lagi sampai lah tu.

7. Arrive at delivery facility at…

Haa, kan? Parcel anda kini sampai di pejabat pos yang terdekat di lokasi anda.

8. Item can be collected at…

Yeayy! Item anda sudah pun sampai di pejabat pos yang terdekat dengan anda dan sedia untuk diambil. Jika coverage posmen tidak sampai ke lokasi kediaman anda, anda boleh memilih untuk mengambil sendiri barang tersebut di Pejabat Pos yang terdekat. Kalau status ini dah keluar dekat tracking status anda, boleh dah standby telefon atau whatsapp runner untuk mengambil parcel anda.

9. Item out for delivery

Kalau status ini tertera pada tracking anda, anda tidak perlu risau kerana barang sudah berada dalam tangan abang posmen dan dalam perjalanan menuju ke rumah atau alamat anda.

10. Item delivered to (Name)

Parcel anda sudah pun diserahkan kepada wakil penerima atau anda sendiri. Oh yeah!

10. Unsuccessful Delivery. Please call 1 300 300 300 Addressee not available

Status ini menunjukkan kemungkinan anda tiada di rumah atau di alamat yang tertera semasa abang posmen menghantar barangan anda. Kadang kala, mereka akan meninggalkan nota untuk delivery pada keesokan harinya. Tapi, kalau anda tidak mahu menunggu lama, anda boleh mengambil sendiri parcel anda. Done!

Kredit : Giphy

Harapnya lepas ini, anda tidak perlu berasa bimbang jika ada status tracking Pos Laju yang anda tidak pasti. Yang penting, membeli lah dengan bijak dan elakkan scammer.

Sekarang Pos Laju dah buka setiap hari tau! Baca di sini untuk senarai cawangan yang buka 7 hari seminggu:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Portal Lapor Anak Syarikat Petronas Di Luxembourg Dirampas Waris Kesultanan Sulu
Next Article Tuntut Hakcipta Palsu, YouTube Tamatkan Akaun Syarikat Rakaman Malaysia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?