fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Pasaraya Terkemuka Sarawak Perkenal Bungkusan Daun Pisang untuk Barangan Segar

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
3 November 2019
Pasaraya Terkemuka Sarawak Perkenal Bungkusan Daun Pisang untuk Barangan Segar
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Bungkusan Mesra Alam Ala Kampung Style!

Pasaraya Terkemuka Sarawak Perkenal Bungkusan Daun Pisang untuk Barangan Segar
Pekerja pasaraya Everrise menunjukkan produk sayuran segar dibungkus menggunakan daun pisang. Kredit : FB Everrise

Pasaraya Terkemuka Sarawak Perkenal Bungkusan Daun Pisang untuk Barangan Segar. Inisiatif mesra alam kini semakin mendapat sambutan sama ada dalam kalangan orang awam mahupun syarikat. Ini bermakna tahap kesedaran terhadap pentingnya memelihara alam sekitar daripada punca pencemaran juga semakin meningkat.

Terbaharu, sebuah pasaraya terkemuka di Sarawak, Everrise, telah melancarkan kempen mesra alam nya apabila menggunakan bungkusan daun pisang sebagai pengganti plastik dan polisterina untuk membungkus barangan segar seperti sayur-sayuran. Nice!

ADVERTISEMENT

Bungkusan Lebih Segar, Cantik dan Menarik

Pasaraya Terkemuka Sarawak Perkenal Bungkusan Daun Pisang untuk Barangan Segar
Kredit : FB Everrise

Sememangnya, barangan segar yang dibungkus menggunakan bungkusan daun pisang ini kelihatan lebih segar, cantik dan menarik. Mana tidaknya, padanan daun pisang dengan sayur-sayuran segar mengingatkan kita pada sayur-sayuran yang dibungkus serupa seperti dijual di pasar tamu atau pun gerai sayur di kampung. Terbaik dari ladang lah katakan.

Pasaraya Terkemuka Sarawak Perkenal Bungkusan Daun Pisang untuk Barangan Segar
Kredit : FB Everrise

Daun Pisang Sebagai Inisiatif Kurangkan Penggunaan Plastik

Dear Valued customers:As an initiative to reduce the usage of plastic and save the environment, we are introducing a natural alternative to plastic packaging for our fresh produce—banana leavesAny inconvenience caused during this transition period is very much regretted. Thanks

Posted by Everrise on Friday, November 1, 2019

Menurut pasaraya tersebut, bungkusan daun pisang yang digunakan untuk membungkus sayuran segar tersebut merupakan satu inisiatif untuk mengurangkan penggunaan plastik sekaligus menyelamatkan alam sekitar. Namun, transisi daripada pembungkusan plastik kepada bungkusan mesra alam ini masih dilakukan oleh pihak pasaraya tersebut.

ArtikelBerkaitan

TERKINI : Sarawak Negeri Tunggal Yang Belum Dikenakan PKP

18 Pelajar Kembali Ke Hostel Di Sabah Didapati Positif COVID-19

Setakat ini, hanya ada satu cawangan pasaraya Everrise yang memulakan kempen hijau tersebut iaitu cawangan Everrise Viva City Megamall. Khabarnya, cawangan lain juga akan menyusul tidak lama lagi.

ADVERTISEMENT

Netizen Sifatkan Ia Dapat Buka Peluang Pasaran Penduduk Tempatan

Usaha yang dilakukan oleh pasaraya ini rata-ratanya disokong oleh netizen apabila ramai yang mengaitkan bahawa penggunaan daun pisang ini dapat memberikan peluang pasaran kepada penduduk tempatan.

Pasaraya Terkemuka Sarawak Perkenal Bungkusan Daun Pisang untuk Barangan Segar

Dengan adanya permintaan daun pisang ini untuk tujuan pembungkusan, penduduk tempatan dapat mengusahakan tanaman pisang dengan lebih meluas kerana terdapat permintaan yang tinggi. Secara tidak langsung, ia juga dapat menjana pendapatan.

ADVERTISEMENT

Pokok Pisang Senang Ditanam, Sumber Mudah Didapati

Selain ia lebih mudah terurai berbanding plastik, pokok pisang juga merupakan sejenis tumbuhan yang mampu membesar dengan cepat dan tumbuh melalui sulur (sucker).

Pasaraya Terkemuka Sarawak Perkenal Bungkusan Daun Pisang untuk Barangan Segar
Kredit : FB Doktor Tani

Penjagaan pokok pisang juga tidak begitu cerewet dan rapi seperti tanaman yang lain. Malah, untuk mengekalkan pokok pisang yang sihat, ia hanya perlu dikekalkan dengan 8 batang daun sahaja pada setiap pokok. Sifat-sifat yang dimiliki oleh pokok pisang ini membolehkan ia tumbuh dengan cepat di kawasan tropika. Oleh sebab itulah, sumber daun pisang untuk pembungkusan mudah didapati. Kalau sifatnya seperti kayu balak, wajar juga untuk kita risaukan.

Apa-apa pun, bungkusan daun pisang pada produk segar pasaraya ini pastinya merancakkan lagi kempen mesra alam di Sarawak. Seharusnya, usaha seperti ini tidak hanya tertakluk kepada pengusaha sayur kecil-kecilan seperti di pasar tamu atau gerai kampung, tetapi juga wajar diguna pakai oleh syarikat jualan besar seperti rangkaian pasaraya untuk memelihara alam sekitar.

Jangan lupa like dan share post ini serta kongsikan pandangan anda tentang bungkusan daun pisang ini dalam ruangan komen.

Share21982Tweet41SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy