• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Tuntut Hakcipta Palsu, YouTube Tamatkan Akaun Syarikat Rakaman Malaysia

Oleh
Ismail NA
12 Julai 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Syarikat rakaman terbabit telah membuat masyarakat global marah.

Tuntut Hakcipta Palsu, YouTube Tamatkan Akaun Syarikat Rakaman Malaysia. Hari ini, tular apabila masyarakat dunia mengetahui bahawa sebuah akaun YouTube yang memainkan lagu-lagu lo-fi 24 jam telah disekat oleh platform terbabit.

Isi Isi Penting
  • Syarikat rakaman terbabit telah membuat masyarakat global marah.
  • Tuntutan palsu bersifat ‘jahat’ dan tidak munasabah
  • Lagu lo-fi 24 jam ‘Lo-Fi Girl’ jadi peneman waktu belajar masyarakat dunia
  • Syarikat rakaman terima padah

Saluran livestream lagu lo-fi yang dimainkan menerusi akaun yang bernama ‘Lo-Fi Girl’ tidak dapat dimainkan lagi atas sebab tuntutan hakcipta oleh sebuah syarikat rakaman Malaysia.

Tuntut Hakcipta Palsu, YouTube Tamatkan Akaun Syarikat Rakaman Malaysia
Tuntut Hakcipta Palsu, YouTube Tamatkan Akaun Syarikat Rakaman Malaysia. Tangkap layar akaun Lo Fi Girl.

YouTube menerusi sebuah kenyataannya pada hari ini telah memohon maaf kepada pemilik akaun popular dunia itu dan akan segera mengembalikan livestream di saluran terbabit. Walau bagaimanapun, ia akan mengambil masa selama 24 hingga 48 jam untuk video tersebut disiarkan semula.

Tuntutan palsu bersifat ‘jahat’ dan tidak munasabah

Dalam masa yang sama, platform berkenaan juga menyifatkan bahawa tuntutan hakcipta palsu yang dibuat oleh syarikat rakaman Malaysia adalah bersifat ‘jahat’ dan tidak munasabah.

Pada 10 Julai, Lo Fi Girl telah berkongsi kepada subscriber nya bahawa video lagu-lagu lo fi di salurannya tidak dapat dimainkan kerana telah diturunkan akibat aduan hakcipta oleh syarikat rakaman Malaysia, FMC Music Sdn Bhd.

Tuntut Hakcipta Palsu, YouTube Tamatkan Akaun Syarikat Rakaman Malaysia
Sumber: Twitter @lofigirl

Lagu lo-fi 24 jam ‘Lo-Fi Girl’ jadi peneman waktu belajar masyarakat dunia

Salah satu video livestream popularnya yang bertajuk “lofi hip hop radio – beats to relax and study to” telah mendapat lebih daripada 668 juta tontonan di seluruh dunia. Masyarakat dunia yang mendengar saluran Lo Fi Girl ini memberitahu bahawa lagu-lagu di saluran ini sudah sebati menjadi peneman ketika mereka belajar dan ingin menenangkan diri.

Video “lofi hip hop radio – beats to sleep/chill to” juga turut terjejas akibat tuntutan palsu berkenaan.

Syarikat rakaman terima padah

Syarikat rakaman terbabit pula menerima padah apabila media sosial mereka dihujani dengan komen-komen marah dan berbaur kebencian daripada pendengar dari seluruh dunia.

Tuntut Hakcipta Palsu, YouTube Tamatkan Akaun Syarikat Rakaman Malaysia
Sumber: Youtube @FMCMusicMy

Netizen Malaysia juga menyelar tindakan semberono FMC yang membuat tuntutan hakcipta palsu dan memberitahu bahawa syarikat rakaman berkenaan membawa malu nama Malaysia di peringkat dunia. Komen spam dengan tanda pagar #bringbacklofigirl juga membanjiri ruangan komen video terbaharu mereka.

Setakat artikel ini ditulis, saluran YouTube FMC Music masih lagi boleh diakses dengan jumlah subscribers seramai 1.82 juta.

Lagi isu yang membabitkan hakcipta yang berlaku baru-baru ini melibatkan lagu Iban:

SUMBER :The Star
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Stress Tunggu Parcel Lama-Lama? Cuba Cek Maksud Di Sebalik Status Tracking Pos Laju Stress Tunggu Parcel Lama-Lama? Ini Rupanya Maksud Status Tracking Pos Laju
Next Article Kelihatan Lebih Besar Dan Lebih Terang, Jom Saksikan Fenomena 'Supermoon' Petang Ini! Kelihatan Lebih Besar Dan Lebih Terang, Jom Saksikan Fenomena ‘Supermoon’ Petang Ini!

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?