• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Suri Rumah Di Kuching Menang Jackpot RM 13 Juta, Tak Sangka Jadi Jutawan Sekelip Mata

Oleh
Ismail NA
1 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Orang Sarawak ni memang banyak ‘ong’ ya.

Suri Rumah Di Kuching Menang Jackpot RM 13 Juta, Tak Sangka Jadi Jutawan Sekelip Mata. Siapa sangka, seorang suri rumah yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya mencuba nasib bermain nombor loteri menjadi jutawan segera dalam sekelip mata.

Menerusi laporan The Star, suri rumah yang membeli nombor di cawangan Batu Lintang, Kuching itu memenangi tempat pertama Magnum 4D Jackpot tiket Sistem 10, bernilai RM 13.59 juta.

Suri Rumah Di Kuching Menang Jackpot RM 13 Juta, Tak Sangka Jadi Jutawan Sekelip Mata
Suri Rumah Di Kuching Menang Jackpot RM 13 Juta, Tak Sangka Jadi Jutawan Sekelip Mata

Beliau memberitahu bahawa beliau membeli nombor loteri itu berdasarkan naluri hati dan inspirasi yang beliau percaya membawa tuah dalam setiap nombor yang dibeli.

Kalau nombor tu selalu bermain di fikiran, saya akan beli – Suri rumah bertuah

Nombor kemenangan 9933 (tempat kedua) dan 6190 (tempat ketiga) adalah diinspirasikan oleh naluri hatinya secara rawak.

Saya selalu membeli nombor secara rawak. Contohnya berdasarkan resit, papan tanda, nombor siri wang ringgit, nombor plat kereta. Tetapi apa yang selalu membuatkan saya terdorong untuk membeli nombor adalah sekiranya nombor itu sentiasa bermain di fikiran saya,”

Suri rumah menang jackpot

Wanita ini merupakan satu-satunya ahli dalam keluarganya yang membeli nombor loteri dan suka bertukar-tukar produk Magnum setiap minggu. Pada suatu hari, beliau memutuskan untuk membeli Magnum 4D Jackpot.

Nombor beliannya dapat tempat kedua dan ketiga sekaligus

Pada awalnya, beliau menyangka bahawa beliau hanya mendapat tempat kedua dengan nombor belian 9933. Tidak lama kemudian, nombor 6190 yang turut dibelinya juga mendapat tempat ketiga. Pada saat itulah, suri rumah ini menyedari bahawa dirinya telah memenangi jackpot.

Lantas, wanita ini menyuruh anaknya menyemak tiket nombor yang dibelinya di aplikasi MyMagnum untuk mengesahkan jumlah wang yang dimenanginya. Alangkah terkejut dan tidak percayanya beliau apabila mengetahui bahawa wang kemenangan yang diperolehinya adalah berjumlah RM 15 juta.

Wanita ini juga tidak dapat tidur lena kerana masih tidak menyangka beliau menjadi jutawan segera. Malah, beliau tetap menyangkal realiti itu sehinggalah beliau menerima sendiri wang cek dari pejabat Magnum.

Tambahnya lagi, ini merupakan kemenangan paling berharga sepanjang menjadi pelanggan Magnum selama 20 tahun.

Suri Rumah Di Kuching Menang Jackpot RM 13 Juta, Tak Sangka Jadi Jutawan Sekelip Mata
Gambar hiasan.

RM 13.59 juta akan dibahagikan kepada keluarga dan badan kebajikan

Ditanya lebih lanjut tentang rancangannya dengan wang bernilai jutaan ringgit itu, suri rumah ini memberitahu bahawa beliau akan membahagikan wang tersebut kepada ahli keluarganya. Wanita ini juga percaya kepada amalan kebaikan serta sentiasa membantu mereka yang memerlukan, maka beliau juga berikrar untuk mendermakannya kepada badan kebajikan.

Sementara wang tersebut dibahagikan, beliau akan tetap menjalani hidup seperti biasa dan tidak perlu risau dengan pelan persaraannya selepas ini.

Ibu siapalah ni ya. Bertuah sungguh…

Ramai juga orang Sarawak yang dah kena jackpot hasil inspirasi dari nombor plat kereta:

Gabungkan Nombor Dari Mimpi Dan Plat Kenderaan Bapa, Dua Beranak Dari Sarawak Raih Jackpot RM21.46 Juta
Guru Dari Sarawak Menang Jackpot Bernilai RM 5 Juta Setelah Bertaruh Nombor Plat Kereta Lama
SUMBER :The Star
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Angkara Salah Faham, Lelaki Ini Dituduh Panggil GF Orang ‘Sayang’ Angkara Salah Faham, Lelaki Ini Dituduh Panggil GF Orang ‘Sayang’
Next Article Miliki Dadah Ketamin Di Pusat KTV Tabuan Tranquility, 4 Lelaki Dikenakan Denda RM3K Miliki Dadah Ketamin Di Pusat KTV Tabuan Tranquility, 4 Lelaki Dikenakan Denda RM3K

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?