• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Malaysia Menang, Berakhir Tuntutan Waris Sulu Atas Aset Syarikat Minyak Dan Diplomatik Malaysia

Oleh
Nazihah AN
24 November 2023
Kongsi
4 Min Bacaan
Malaysia Menang, Berakhir Tuntutan Waris Sulu Atas Aset Syarikat Minyak Dan Diplomatik Malaysia

Lagi Kemenangan Buat Malaysia

Malaysia Menang, Berakhir Tuntutan Waris Sulu Atas Aset Syarikat Minyak Dan Diplomatik Malaysia. Kumpulan Sulu telah menggunakan mahkamah antarabangsa untuk cuba merampas aset syarikat minyak Malaysia, Petronas di Luxembourg dan Belanda. Mereka juga cuba merampas aset diplomatik Malaysia di Perancis termasuk bangunan kedutaan. Bagaimanapun, semua usaha ini telah gagal.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Perancis yang telah membatalkan perintah untuk menggadai bangunan diplomatik Malaysia di Paris oleh penuntut warga Filipina dari kumpulan Sulu pada 6 November yang lalu.

Malaysia Menang, Berakhir Tuntutan Waris Sulu Atas Aset Syarikat Minyak Dan Diplomatik Malaysia

Berita baik ini disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, ketika berada di London baru-baru ini.

Beliau dan delegasi Malaysia telah berjumpa dengan peguam lantikan kerajaan Malaysia bagi menangani tuntutan kumpulan Sulu ini. Mereka berjaya menyangkal taktik dan hujah kumpulan Sulu secara komprehensif dalam fasa ketiga tuntutan lapan individu yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu.

Keputusan Mahkamah Perancis ini sekali gus mematikan tuduhan yang mendakwa kerajaan Malaysia gagal bertindak untuk menyelesaikan isu ini. Ia juga membuktikan bahawa kedaulatan Malaysia tidak boleh dipertikaikan.

Malaysia berjaya melindungi kepentingannya di peringkat antarabangsa

Keputusan pada 6 dan 9 November berjaya membebaskan kerajaan daripada cubaan tidak sah warganegara Filipina dari kumpulan Sulu untuk merampas semua aset diplomatik Malaysia di Perancis.

Malah, penimbang tara dari Sepanyol, Dr Gonzalo Stampa, akan dibicarakan di Mahkamah Madrid pada 11 Disember ini atas dua tuduhan jenayah berkaitan anugerah terakhir beliau kepada kumpulan Sulu. Jika didapati bersalah, Stampa boleh dihukum penjara dan denda.

Tarikh perbicaraan ini ditetapkan berikutan desakan agresif dan berterusan oleh pihak kerajaan Malaysia. Hasilnya, Malaysia berjaya melindungi kepentingannya di peringkat antarabangsa, termasuk mengenai anugerah akhir bernilai AS$14.9 bilion oleh Stampa kepada kumpulan Sulu.

Pada Jun lalu, Menteri Azalina mendedahkan bahawa kerajaan mengesyaki kumpulan Sulu mendapat dana daripada pelabur Amerika Syarikat, dan tuntutan ini adalah bermotifkan wang.

Beliau yakin Mahkamah Rayuan Paris akan membatalkan anugerah akhir ini, dan kerajaan sedang berusaha untuk mendapatkan keputusan secepat mungkin. Malaysia juga telah menggunakan semua saluran undang-undang bagi membatalkan anugerah Stampa ini di mahkamah Sepanyol, Perancis, Luxembourg dan Belanda.

Ini susulan keputusan Mahkamah Rayuan The Hague pada 27 Jun yang menolak permohonan kumpulan Sulu untuk pengiktirafan dan pelaksanaan anugerah terakhir di negara berkenaan.

Pada 2019, kumpulan Sulu telah mengambil tindakan undang-undang di Mahkamah Sepanyol untuk mendapatkan pampasan tanah di Sabah yang didakwa dipajak oleh nenek moyang mereka kepada syarikat British pada 1878.

Pada Julai lalu, Petronas menerima perintah merampas dua asetnya di Luxembourg apabila waris Sulu cuba menguatkuasakan anugerah timbang tara tersebut.

Malaysia berhenti membayar waris Sulu selepas 200 anggota Tentera Diraja Sulu menceroboh masuk Lahad Datu pada Februari 2013. Ketika itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan pencerobohan ini sebagai punca pembayaran dihentikan.

Lagi artikel berkaitan dengan tuntutan waris sulu, boleh baca di bawah:

Therium, Sebuah Firma Amerika Dipercayai Dalang Membiayai Tuntutan Waris Sulu Terhadap Sabah
Kemenangan Buat Malaysia, Waris Sulu Gagal Tuntut RM68.83 Bilion Di Mahkamah Belanda
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Roadtrip Ke Indonesia, Kuching Kini Buka Laluan Bas Ke Singkawang Hanya RM1 Roadtrip Ke Indonesia, Laluan Bas Singkawang-Kuching Dibuka Mulai 1 Disember
Next Article 3 Hentian R&R Sepanjang Jalan Pan Borneo Bakal Siap Berperingkat 3 Hentian R&R Sepanjang Jalan Pan Borneo Bakal Siap Berperingkat

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?