• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Akibat Show Off Kemewahan Di Media Sosial, Scammer Ini Ditangkap Oleh FBI Dan Polis

Oleh
ILB - AI
12 Ogos 2020
Kongsi
5 Min Bacaan
Akibat Show Off Kemewahan Di Media Sosial, Scammer Ini Ditangkap Oleh FBI Dan Polis

“Jangan berkongsi kemewahan sekiranya tangan anda tidak bersih,” – Netizen

Akibat Show Off Kemewahan Di Media Sosial, Scammer Ini Ditangkap Oleh FBI Dan Polis. Sekiranya anda tidak familiar dengan istilah ‘Insta Famous’, individu-individu yang bergelaran ‘Insta Famous’ ini kebanyakan daripada mereka suka menunjukkan kemewahan menerusi media sosial, terutamanya Instagram (oleh itu mereka digelar ‘Insta Famous’).

Isi Isi Penting
  • “Jangan berkongsi kemewahan sekiranya tangan anda tidak bersih,” – Netizen
  • Dikenali sebagai @hushpuppi di Instagram
  • Mencurigakan Federal Bureau of Investigation (FBI)
  • Ditangkap FBI dengan kerjasama pihak polis Dubai
  • Kini dihadapkan di mahkamah Department of Justice (DOJ), New York

Menurut marieclaire yang menyatakan syarat yang ditetapkan oleh Instagram untuk mengiktiraf akaun sebagai akaun ‘selebriti’, seseorang mesti mempunyai sekurang-kurangnya 30k hingga berjuta-juta pengikut di Instagram untuk dipanggil ‘Insta Famous’.

Kebanyakan daripada mereka dapat kemewahan melalui brand deals iaitu berkolaborasi dengan jenama-jenama besar untuk mempromosikan produk jenama terbabit kepada platform besar mereka yang mempunyai pengikut berjumlah besar. Manakala, terdapat juga para usahawan yang menjadi famous atas sebab kejayaan mereka dalam industri perniagaan.

Bagi lelaki ini, asyik menunjukkan kemewahan melalui Instagram akhirnya menjatuhkannya apabila didapati dia mendapat kekayaan dari operasi penipuan.

Akibat Show Off Kemewahan Di Media Sosial, Scammer Ini Ditangkap Oleh FBI Dan Polis

Dikenali sebagai @hushpuppi di Instagram

Lelaki tersebut, Ramon Olorunwa Abbas atau lebih dikenali sebagai Ray Hushpuppi, merupakan seorang warga Nigeria yang digelar ‘Insta Famous’ di Dubai.

Kredit: Instagram

Sering menunjukkan kemewahannya menerusi Instagram dia yang mempunyai sebanyak 2.5 juta pengikut, antara barang yang asyik ditunjuknya adalah koleksi kenderaan mewah miliknya dan beberapa jam tangan berjenama mewah, malah dia sentiasa memaparkan diri melancong ke tempat-tempat mewah di serata dunia menerusi jet peribadi.

Kredit: Instagram
Kredit: Instagram

Selain itu, dia juga sering membeli belah pakaian yang berjenama ribuan dollar. Sekiranya ada keluaran baru dari mana-mana jenama terutamanya keluaran yang terhad, dia akan sentiasa beli. Bahkan menggelar dirinya sebagai ‘Billionaire Gucci Master.’

Kredit: Instagram

Mencurigakan Federal Bureau of Investigation (FBI)

Akibat selalu menunjukkan kemewahannya, dia secara tidak sedar menarik perhatian FBI yang mempersoalkan sumber pendapatannya.

FBI mula masuk campur apabila sumber pendapatan Ray Hushpuppi mencurigakan.

Dia selalu memberitahu segala kemewahan dia datang dari hasil perniagaan namun tidak pernah dedahkan apa jenis perniagaannya kepada umum.

FBI kemudian mengekori dia selama 4 bulan dan memantau segala pergerakannya menerusi Instagram peribadinya.

Di sana FBI mendapati @hushpuppi ialah seorang scammer yang mempunyai rangkaian pasukan terdiri seramai 12 orang.

Dengan rangkaian pasukan sendiri, modus operandi Ray Hushpuppi dan pasukannya adalah menghantar e-mel palsu ke beberapa buah pasukan bola sepak dan bintang-bintang bola sepak yang tertumpu di Liga Perdana Inggeris di UK.

Ray Hushpuppi rupa-rupanya dalang modus operandi penipuan.

Melalui kepakaran mereka, mereka berjaya masuk ke dalam data peribadi perbankan pasukan dan pemain terbabit. Selain itu, mereka berjaya memindahkan wang yang telah di scam tersebut ke beberapa akaun palsu mereka di beberapa buah negara di seluruh dunia hanya melalui transaksi dalam talian!

Yang lebih mendasyatkan, berjuta-juta wang dipindahkan setiap hari.

Ditangkap FBI dengan kerjasama pihak polis Dubai

Setelah bukti dikumpul oleh FBI, mereka dapatkan kerjasama polis Dubai untuk merancang penangkapan ke atas Ray Hushpuppi di tempat kediamannya di sebuah rumah mewah di pusat bandar Dubai.

Anda boleh lihat video penangkapan tersebut, dinamakan ‘Operation Fox Hunt 2′ yang dimuat naik oleh polis Dubai di bawah:

Ray Hushpuppi dan rakan-rakannya berjaya ditangkap pada malam operasi terbabit.

Kini dihadapkan di mahkamah Department of Justice (DOJ), New York

Ekoran operasi tersebut, kini Ray Hushpuppi dan serta rakan suhabatnya telah dihadapkan di mahkamah DOJ di New York, Amerika Syarikat atas perbuatan mereka.

Ray Hushpuppi kini dihadapkan mahkamah DOJ di New York, AS ke atas perbuatannya.

Begitulah pengakhiran seorang ‘Insta Famous’ yang kaya-raya tetapi semuanya palsu.

Jadi, peringatan untuk semua. Tidak salah untuk mempamerkan barang yang telah anda usahakan dengan bersungguh-sungguh di media sosial, tetapi pastikan usaha tersebut adalah bersih dan halal. Dalam kegembiraan dapatkan populariti dan pengikut yang banyak, tanpa sedar anda akan tarik perhatian ‘mata’ yang memerhati anda.

Lagi disini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tahukah Anda Passport Malaysia Adalah Passport Kedua Paling Berkuasa Di Asia Tenggara Tahukah Anda Passport Malaysia Adalah Passport Kedua Paling Berkuasa Di Asia Tenggara
Next Article Ini Adalah Aplikasi Percuma Bagi Peniaga Kecil Untuk Invois Dan Resit Ini Adalah Aplikasi Percuma Bagi Peniaga Kecil Untuk Invois Dan Resit

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?