I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Reading: Tak Pernah Mandi Lebih 60 Tahun, Ini Kisah Amou Haji Lelaki Terkotor Di Dunia
Font ResizerAa
I Love Borneo I Love Borneo
Font ResizerAa
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Tak Pernah Mandi Lebih 60 Tahun, Ini Kisah Amou Haji Lelaki Terkotor Di Dunia

Oleh Husna Hazmi 26 Oktober 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Amou Haji bagaimanapun telah meninggal dunia di usia 94 tahun setelah mandi.

Tak Pernah Mandi Lebih 60 Tahun, Ini Kisah Amou Haji Lelaki Terkotor Di Dunia. Kisah lelaki dari Iran yang tidak pernah mandi selama lebih dari 60 tahun ini bukan sahaja telah menggemparkan satu dunia, malah ia juga menjadi tanda tanya kepada orang ramai bagaimanakah seseorang itu boleh hidup lama dalam keadaan yang teramat kotor.

Sebagai manusia biasa, mandi adalah salah satu perkara yang wajib dilakukan terutamanya setelah satu dunia dilanda pandemik Covid-19. Sejak kecil lagi, kita sudah diajarkan cara untuk membersihkan diri dan perkara ini menjadi skill asas dalam kehidupan seharian.

Tak Pernah Mandi Lebih 60 Tahun, Ini Kisah Amou Haji Lelaki Terkotor Di Dunia
Tak Pernah Mandi Lebih 60 Tahun, Ini Kisah Amou Haji Lelaki Terkotor Di Dunia. Kredit foto: The Guardian

Enggan menggunakan sabun dan air kerana takut sakit

Amou Haji merupakan seorang warga emas dari Iran yang enggan menggunakan sabun dan air selama lebih dari 60 tahun kerana takut ia akan menyebabkannya sakit dan telah hidup dalam tempoh yang lama melepasi purata usia kematian di seluruh dunia.

Artikel Lain

Jadi Jururasa Kaki Ayam, Syarikat Ini Tawar Gaji Lumayan Sebanyak RM 13,000
Malaysia Menang, Berakhir Tuntutan Waris Sulu Atas Aset Syarikat Minyak Dan Diplomatik Malaysia
Malaysia Menang, Berakhir Tuntutan Waris Sulu Atas Aset Syarikat Minyak Dan Diplomatik Malaysia
Akibat Kehabisan Oksigen, Bayi-Bayi Di Gaza Terpaksa Dibungkus Guna Pembalut Aluminium

Pada hari ini, kita semua digemparkan dengan berita di mana beliau telah meninggal dunia di usia 94 tahun setelah kali pertama dimandikan. Menurut laporan, Amou Haji telah meninggal dunia beberapa bulan selepas beliau mandi buat kali pertama setelah beberapa dekad.

Setelah berjaya dipujuk penduduk kampung di wilayah selatan Fars, Iran untuk membersihkannya, beliau akhirnya bersetuju untuk dibersihkan. Akan tetapi, tidak lama selepas itu beliau telah jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia pada Ahad lalu.

Tak Pernah Mandi Lebih 60 Tahun, Ini Kisah Amou Haji Lelaki Terkotor Di Dunia
Kredit foto: New York Post

Merokok sisa kumbahan haiwan

Kisah beliau mula tular setelah terdapat video dirinya merokok segenggam rokok dalam satu masa. Bukan itu sahaja, warga emas ini juga menggunakan paip logam yang ditemuinya dan merokok sisa kumbahan binatang.

Amou juga dikatakan gemar makan bangkai binatang terutamanya landak dan juga meminum 5 liter air daripada bekas/baldi yang kotor pada setiap hari. Apa yang anehnya apabila doktor memeriksa kesihatannya di pada waktu itu, Amou dikatakan sihat-sihat sahaja.

Di masa kehidupannya, Amou tinggal di antara lubang di tanah dan pondok bata yang telah dibina oleh jiran yang prihatin. Amou dikatakan telah memilih untuk tidak mandi ini kerana di masa mudanya, dia mengalami ‘masalah emosi’.

Tak Pernah Mandi Lebih 60 Tahun, Ini Kisah Amou Haji Lelaki Terkotor Di Dunia
Kredit foto: New York Post

Kondisi kulitnya yang dipenuhi jelaga dan nanah

Oleh kerana tidak mandi berpuluh tahun lamanya, kulit Amou diselaputi ‘jelaga dan nanah; kukunya pula panjang dan hitam kerana tidak pernah dibersihkan.

Kisah Amou ini bukan sahaja amat luar biasa, namun ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah beliau boleh hidup selama 94 tahun dengan tidak mandi selama lebih 60 tahun, kemudian merokok lebih dari sebatang rokok kemudian beliau juga menggunakan paip logam untuk merokok najis haiwan, makan bangkai haiwan yang tidak dimasak dan minum air kotor. Memang luar biasa!

Baca lagi kisah menarik di sini:

SUMBER : People.com
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lakukan Kekerasan Ke Atas Pegawai Polis, Lelaki Dari Miri Ini Dipenjara 6 Bulan Lakukan Kekerasan Ke Atas Pegawai Polis, Lelaki Dari Miri Ini Dipenjara 6 Bulan
Next Article Sering Digigit Nyamuk? Ini Antara Sebab Kenapa Nyamuk Lebih Tertarik Dengan Anda

Advertorial

TEGAS Fundraising Accelerator 2023 Ajar Startup Kumpul Dana Dengan Berkesan
#innovatesarawak
McDonald Malaysia Beri Peluang Anak Yatim Rasai Sambutan Meriah Hari Jadi Sepanjang Oktober
Berita Malaysia
Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Cerita Borneo
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
#innovatesarawak
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?