• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Terpaksa Pusing Jauh, Netizen Dedah Perjalanan Darat Dari Tawau Ke Balikpapan Ambil Masa 56 Jam

Oleh
ILB - AI
10 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

56 jam dari Tawau ke Balikpapan, Indonesia

Terpaksa Pusing Jauh, Netizen Dedah Perjalanan Darat Dari Tawau Ke Balikpapan Ambil Masa 56 Jam. Jauh perjalanan luas pemandangan, begitulah perumpamaan menerusi satu hantaran di Twitter ini apabila pengguna ini bertanya jika terdapat laluan darat dari Tawau menuju ke Balikpapan, Indonesia.

Jika kita ingin berkelana ke suatu tempat, sememangnya antara kemudahan yang boleh digunakan adalah melalui laluan darat, udara dan juga laut.

Terpaksa Pusing Jauh, Tiada Laluan Pendek Dari Tawau Ke Balikpapan
Terpaksa Pusing Jauh, Tiada Laluan Pendek Dari Tawau Ke Balikpapan.

Semestinya jika menggunakan laluan darat seperti menaiki kapal terbang jarak perjalanan adalah singkat berbanding laluan darat yang memakan beberapa hari untuk sampai.

Menerusi satu hantaran di Twitter @paultantk, tiada laluan darat yang singkat untuk menembusi sempadan Indonesia daripada Tawau ke Balikpapan.

sabah folks, may i ask… is this the only way to drive from tawau to balikpapan? there is no connection from sabah to kalimantan? pic.twitter.com/QCnPwKXWS2

— Paul Tan (@paultantk) September 9, 2022
Jarak perjalanan dari Tawau ke Balikpapan. Kredit: Twitter paultantk

Sebaliknya perjalanan tersebut terpaksa menuju ke Sarawak dan melalui sempadan Kalimantan Barat yang mengambil masa lebih kurang dua hari lapan jam.

Lapor media indonesia, Kerajaan Indonesia telah membuka semula lapangan terbang terpilih, pelabuhan laut dan pusat pemeriksaan sempadan darat untuk pelancongan.

Bagi mereka yang melancong dari Sabah dan Sarawak, laluan yang dibenarkan adalah menerusi Entikong (Kalimantan Barat), Aruk (Kalimantan Barat) dan Tunon Taka (Kalimantan Utara).

Laluan alternatif lain yang lebih singkat

Seorang pengguna Twitter @Syaiffrie turut memberi maklum balas terhadap situasi berkenaan dan mencadangkan laluan yang lebih pendek menggunakan aplikasi peta yang lain tanpa perlu pusing satu kepulauan Borneo.

Have you tried https://t.co/VVMb7kUndS ? You can even download the offline maps on the apps for this travel pic.twitter.com/rlSOCFsUrx

— Syaiffrie (@Syaiffrie) September 9, 2022
Laluan alternatif lain yang lebih singkat. Kredit: Twitter paultantk

Rata-rata netizen memberitahu laluan perjalanan yang dicadangkan berkemungkinan tidak sempurna dan tiada kemudahan jalan raya yang lengkap disediakan.

Turut dimaklumkan, tiada laluan jalan raya disediakan dari Tawau menuju ke Balikpapan sebaliknya terpaksa melalui Sarawak untuk mengharungi sempadan Kalimantan.

Guna laluan laluan kerana tiada akses melalui darat

Ujar netizen, laluan yang selamat digunakan adalah melalui laut dengan menaiki bot melalui Pansiangan ke Malinau Indonesia.

Terpaksa Pusing Jauh, Tiada Laluan Pendek Dari Tawau Ke Balikpapan
Kredit: Twitter paultantk
Terpaksa Pusing Jauh, Tiada Laluan Pendek Dari Tawau Ke Balikpapan
Kredit: Twitter paultantk
Terpaksa Pusing Jauh, Tiada Laluan Pendek Dari Tawau Ke Balikpapan
Kredit: Twitter paultantk

Jalan di Sabah dan Sarawak tiada kemajuan

Tidak ketinggalan, ada juga yang mempersoalkan kemudahan jalan raya di Sabah dan Sarawak yang teruk tiada perubahan walaupun Malaysia sudah berdekad maju dengan pembangunan jalan raya khasnya di semenanjung.

Terpaksa Pusing Jauh, Tiada Laluan Pendek Dari Tawau Ke Balikpapan
Kredit: Twitter paultantk

Sepatutnya perjalanan yang mengambil masa 56 jam itu boleh disingkatkan dengan adanya infrastruktur yang lengkap serta laluan perjalanan yang memudahkan.

Semestinya, pihak berwajib wajar tampil dengan penyelesaian rangkaian jalan raya ini agar memudahkan rakyat bukan hanya dengan perjalanan yang singkat bahkan laluan yang selamat.

Bukan sahaja tiada laluan sempadan Sabah ke Indonesia, malah jalan raya ke sekolah juga amat teruk. Baca di sini:

‘Teruknya Jalan,’ Guru Ini Kongsi Laluan Ke Sekolah Di Sabah Hingga Raih Simpati Netizen

Lagi isu jalan raya di Sabah:

Dah 2022 Tapi Jalan Masih Becak Dan Berlumpur, Situasi Guru Di Sabah Ini Raih Perhatian Netizen
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 'Tekstil Iban' Bawa Tuah Edric Ong Tempa Nama Sehingga Ke London Fashion Week ‘Tekstil Iban’ Bawa Tuah Edric Ong Tempa Nama Sehingga Ke London Fashion Week
Next Article Penemuan Batu Kapur Berbentuk Kucing Bakal Jadi Tarikan Terbaru Di Gua Niah Lagi Tarikan Baharu, Batu Kapur Unik Berbentuk Kucing Ditemui Di Gua Niah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?