• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

3 Penjenayah Agresif Ditangkap Di Tawau, Samun Barang Bernilai RM 90,000

Oleh
Husna Hazmi
9 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Ketiga-tiga penjenayah disyaki terlibat dalam kes samun menggunakan parang.

3 Penjenayah Agresif Ditangkap Di Tawau, Samun Barang Bernilai RM 90,000. Dilaporkan tiga orang penganggur dicekup polis setelah disyaki terlibat dalam kes samun menggunakan parang dalam kejadian di sebuah rumah Kampung Balung Cocos, Tawau pada Rabu.

Kesemua suspek merupakan lelaki tempatan berusia 38 hingga 44 tahun ditahan dalam tiga serbuan berasingan di kawasan Inderasabah dan Balung pada jam 6.30 pagi hari yang sama iaitu kira-kira lima jam selepas melakukan jenayah tersebut.

3 Penjenayah Agresif Ditangkap Di Tawau, Samun Barang Bernilai RM 90,000
3 Penjenayah Agresif Ditangkap Di Tawau, Samun Barang Bernilai RM 90,000

Kesemua suspek telah ditahan

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin, kesemua suspek ditahan sepasukan polis dari D9 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

Beliau berkata, tangkapan dilakukan suslan kejadian samun yang dilakukan kira-kira jam 1 pagi ketika mangsa sedang tidur di rumah dan didatangi tiga lelaki tidak dikenali dengan bersenjatakan parang.

Ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis, beliau berkata, suspek juga dikatakan telah mengikat tangan dan kaki mangsa sebelum melarikan barangan milik peribadi mangsa termasuk emas yang dianggarkan bernilai RM 90,000.

Polis kemudiannya melancarkan operasi bagi mengesan suspek dan berjaya menahan suspek pertama dalam serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Ladang 60 Inderasabah.

3 Penjenayah Agresif Ditangkap Di Tawau, Samun Barang Bernilai RM 90,000
Sumber foto: Astro Awani

Dua lagi suspek kemudian berjaya ditahan di dua lokasi berasingan di Kampung Rancangan Batu 22. Kesemua suspek bersama barang rampasan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

“Hasil siasatan daripada rekod jenayah lampau, dua daripada tiga suspek terlibat dengan pelbagai jenayah lampau termasuk dadah.

“Suspek pertama pernah ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan suspek kedua pula memiliki rekod jenayah serta dadah di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan, Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960, Seksyen 12(3), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelas beliau

Jasmin berkata, pihaknya menyifatkan tangkapan itu berjaya menumpaskan sekumpulan penjenayah yang agresif dan berbahaya di daerah ini.

Polis akan terus menggiatkan usaha bagi mengesan penjenayah dan pesalah dadah yang lain melalui operasi-operasi menerusi operasi yang dilaksanakan dari masa ke masa,” kata beliau.

Baca lagi cerita terkini di sini:

Rasa Teraniaya, Lelaki Australia Ini Nekad Kejar Refund Penuh Dari MAS Berjumlah RM 6K
Disyaki Kena Serang Di Sebuah Pub, Bapa Kepada 2 Anak Ditemui Maut Di Tepi Jalan Stutong
SUMBER :Astro Awani
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jimatkan Kos Penerbangan, Akaun TikTok Ini Kongsi 4 Tips Beli Tiket Jimatkan Kos Penerbangan, Akaun TikTok Ini Kongsi 4 Tips Beli Tiket
Next Article Ini Rupanya Beza Antara Alam Komanwel dan Negara Komanwel, Malaysia Dalam Kategori Mana?

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?