fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Legenda Tragis Di Sebalik Pembinaan Jambatan Tamparuli Di Sabah

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
28 April 2020
Legenda Tragis Di Sebalik Pembinaan Jambatan Tamparuli Di Sabah
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Cinta Tiga Segi Antara Sumandak Dusun, Pegawai British Dan Pemuda Tempatan.

Legenda Tragis Di Sebalik Pembinaan Jambatan Tamparuli Di Sabah. Jambatan Tamparuli merupakan salah satu tempat menarik yang wajib anda kunjungi apabila berada di Sabah. Bukan itu sahaja, Jambatan Tamparuli ini sangat terkenal sehingga lagunya menjadi ‘trademark’ pelancongan Sabah.

Namun demikian, tahukah anda bahawa pembinaan Jambatan Tamparuli sebenarnya menyimpan kisah yang amat tragis dan menyayat hati?

ADVERTISEMENT

Jambatan Tamparuli Bukan Jambatan Gantung Yang Anda Selalu Lihat

Jika anda sebelum ini menyangka bahawa Jambatan Gantung Tamparuli adalah Jambatan Tamparuli, anda silap. Menurut sumber arkib Sabah, Jambatan Tamparuli sebenarnya merupakan sebuah jambatan konkrit yang berada di bawah Jambatan Gantung Tamparuli. Kedua-dua jambatan ini adalah berbeza.

Pegawai British Dan Sumandak Tamparuli Jatuh Cinta, Pemuda Tempatan Bertepuk Sebelah Tangan

Jambatan Tamparuli mula dibina pada tahun 1930. Namun demikian, kerana arus sungai yang terlalu deras, jambatan ini sering roboh. Pihak British yang menjadi pemerintah pada masa itu membina semula jambatan ini pada tahun 1933. Pembinaan jambatan ini diketuai oleh seorang pegawai British yang bernama Robinson.

ArtikelBerkaitan

Abang Johari Bakal Jadi Individu Pertama Terima Vaksin Pfizer-BioNtech Di Sarawak

Daerah Pitas, Sabah Telah Diisytiharkan Sebagai Kawasan Wabak Demam Babi Afrika

ADVERTISEMENT
Legenda Tragis Di Sebalik Pembinaan Jambatan Tamparuli Di Sabah
Jambatan Tamparuli pada tahun 1960.

Pada waktu itu, terdapat seorang gadis Dusun yang bernama Solungkoi di kawasan tersebut. Gadis atau sumandak tersebut diakui sebagai gadis perawan yang paling cantik pada masa itu. Robinson jatuh hati pada gadis tersebut dan menjadikan Solungkoi sebagai kekasihnya.

Namun demikian, sebelum kehadiran Robinson, orang suruhan Robinson juga menaruh perasaan terhadap Solungkoi. Pemuda tersebut bernama Intang. Walau bagaimanapun, cinta Intang ibarat bertepuk sebelah tangan apabila Solungkoi lebih menyukai Robinson.

ADVERTISEMENT
Legenda Tragis Di Sebalik Pembinaan Jambatan Tamparuli Di Sabah
Gambar hiasan. Kredit : Malaysia.Travel & Malaysiakini

Robinson Buntu Jambatan Selalu Runtuh

Sebagai individu yang bertanggungjawab penuh terhadap pembinaan Jambatan Tamparuli, Robinson berasa buntu kerana jambatan tersebut sering runtuh walaupun telah dibina berkali-kali. Beliau memerlukan penyelesaian segera agar jambatan tersebut dapat didirikan.

Legenda Tragis Di Sebalik Pembinaan Jambatan Tamparuli Di Sabah
Kredit : Nursalman Ujang (2012)

Robinson kemudiannya bertanya kepada Intang bagaimana menjadikan jambatan tersebut kekal kukuh. Sebagai orang tempatan yang masih berpegang kepada kepercayaan lama, Intang lantas mendapatkan nasihat daripada Odu-Odu (wanita tua).

Odu-Odu Bilang Hantu Air Mahu Gadis Paling Cantik

Semasa pertemuan dengan Odu-Odu, wanita tersebut memberitahu Intang bahawa pembinaan jambatan tersebut sering runtuh kerana ia membangkitkan kemarahan hantu air iaitu Tonduokar atau Tobuakar. Mereka kemudian mengadakan ritual untuk dipersembahkan kepada hantu air tersebut. Namun, pembinaan jambatan tetap gagal.

Odu-Odu yang tidak berpuas hati kemudian ‘berkomunikasi’ dengan hantu air tersebut untuk mendapatkan kepastian mengapa ritual tidak berhasil. Rupa-rupanya, hantu air tersebut menginginkan korban seorang gadis perawan yang paling cantik di Tamparuli.

Peluang Intang Membalas Dendam

Intang yang berdendam dengan hubungan Sulongkui dan Robinson menggunakan peluang ini untuk menghancurkan hubungan mereka. Khabar tentang korban itu segera diberitakan kepada Robinson. Intang menghasut Robinson agar menjadikan Solungkoi sebagai korban memandangkan kekasihnya itu merupakan gadis paling menawan di Tamparuli.

Gambar hiasan. Kredit : Sabah Post

Robinson juga berada dalam dilema. Sama ada mengorbankan cinta hatinya atau memilih kerjayanya. Dek termakan hasutan Intang, Robinson akhirnya nekad mengkhianati Solungkoi untuk dijadikan korban. Solungkoi kemudian diberi minum ‘tapai’ sehingga mabuk. Kaki dan tangannya diikat untuk upacara keramat itu.

Sumpah Solungkoi

Solungkoi akhirnya sedar bahawa dirinya akan dikorbankan. Kecewa dan marah dengan tindakan Robinson, Solungkoi sempat bersumpah bahawa jambatan Tamparuli tidak akan pernah kukuh selagi darah Robinson tidak mengalir di sungai tersebut. Solungkoi yang tidak bersalah akhirnya ditanam hidup-hidup bersama salah satu besi cerucuk yang membenamnya ke dasar sungai. Raungan dan rintihan sumandak itu tidak dihiraukan Robinson mahupun penduduk kampung.

Selesai upacara tersebut, Robinson dikhabarkan menyesal dan tertekan dengan tindakan yang dilakukannya. Beliau akhirnya membunuh diri di jambatan tersebut. Sebelum membunuh diri, Robinson sempat mengukir nama ‘Solungkoi’ di atas sebuah plat besi. Lokasi plat besi tersebut dirahsiakan atas faktor keselamatan sehingga ke hari ini.

Demikianlah kisah legenda yang menyayat hati di sebalik Jambatan Tamparuli ini. Cerita rakyat ini bukan sahaja memberi pengajaran agar tidak berlaku kejam terhadap insan yang tidak bersalah tetapi juga sebagai salah satu warisan sejarah daerah Tamparuli sendiri.

Lagi kisah legenda menarik yang perlu anda tahu :

Share565Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy