• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Terperdaya Tawaran Kerja Palsu, 5 Lelaki Temui Ajal

Oleh
ILB - AI
22 Ogos 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

5 individu lelaki ditipu dengan pekerjaan palsu, sebaliknya dipaksa memenggal kepala

Terperdaya Tawaran Kerja Palsu, 5 Lelaki Temui Ajal. Lima individu lelaki menjadi mangsa kekejaman oleh pertubuhan atau kumpulan kartel dadah dalam kes pembunuhan yang berlaku di Guadalajara, Mexico pada Jumaat lalu.

Isi Isi Penting
  • Diarah baring depan kawan baik sebelum dipaksa membunuh rakannya
  • Sedang dalam perjalanan pulang, namun menahan kenderaan mangsa
  • Video pembunuhan itu tersebar di media sosial
  • Ditipu dengan tawaran pekerjaan palsu, dipaksa dan diugut melakukan kegiatan terlarang

Apa yang lebih menakutkan, salah seorang daripada mereka terpaksa memenggal kepala kawan baiknya sebelum dirinya sendiri dibunuh oleh kumpulan kartel tersebut.

Terperdaya Tawaran Kerja Palsu, 5 Lelaki Temui Ajal
Sumber: majoriti

Diarah baring depan kawan baik sebelum dipaksa membunuh rakannya

Difahamkan ketika kejadian, mangsa disuruh baring di hadapan salah seorang yang ditugaskan untuk memukul dan memenggal kepala rakannya.

Menurut sumber, rakaman video dikongsikan oleh anggota kartel Jalisco New Generation Cartel (CJNG) memaparkan kelima-lima mangsa melutut sambil memberikan pandangan sayu ke arah lensa kamera.

Bukan itu sahaja, kesemua mangsa mengalami kesan lebam, pita di bibir dan mulut serta pergelangan tangan diikat ke belakang.

Sedang dalam perjalanan pulang, namun menahan kenderaan mangsa

Dipercayai mangsa berkenaan pada mulanya sedang dalam perjalanan pulang dari sebuah acara di bandar tersebut.

Namun, menurut saksi, sekumpulan lelaki bersenjata memberhentikan kereta mangsa di Mirador San Miguel, Mexico, sebelum memindahkan mereka menaiki pikap dan sebuah van putih bercermin gelap.

Terperdaya Tawaran Kerja Palsu, 5 Lelaki Temui Ajal
Tempat kejadian. Sumber: dailymail

Video pembunuhan itu tersebar di media sosial

Tidak lama selepas itu, video pembunuhan ngeri itu tersebar secara meluas di media sosial, dengan salah seorang mangsa dipaksa untuk memukul, menikam, dan memenggal kepala rakan baiknya yang rapat sejak kecil.

Menerusi video tersebut, tulisan di dinding ‘Puro MZ’ jelas difahamkan berkaitan dengan El Mayo Zambada, ketua Sinaloa Cartel (CDS), musuh utama CJNG.

Ditipu dengan tawaran pekerjaan palsu, dipaksa dan diugut melakukan kegiatan terlarang

Memetik laporan, kelima-lima mangsa ditipu oleh tawaran kerja palsu daripada kartel terbabit. Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi yang diiklankan, mereka semua dipaksa melakukan kegiatan terlarang dan diugut bunuh jika enggan.

Kartel itu mengiklankan jawatan palsu di bawah nama firma atau syarikat yang tidak wujud, malah dengan gaji dan faedah yang tidak masuk akal.

Sementara itu, Gabenor Enrique Alfaro menyatakan bahawa kes itu pastinya melibatkan kartel dadah dan meminta supaya perkara berkenaan diserahkan kepada pendakwa raya persekutuan untuk menyiasat dengan lebih lanjut.

Baca artikel yang berkaitan:

[VIDEO] Kejam! Tular Video ‘Blender’ Anak Kucing Di Laman Sosial Undang Geram Netizen

Jururawat Psiko, ‘Kantoi’ Beri Racun Dan Bunuh 7 Bayi Baru Lahir Semasa Bertugas
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gara-Gara Nafi Berhutang, Lelaki Parah Ditetak Lima Individu Di Jalan Palma Matang Gara-Gara Nafi Berhutang, Lelaki Parah Ditetak Lima Individu Di Jalan Palma Matang
Next Article Anak Dah Tercungap-Cungap, Ibu Di Asajaya Bengang Dengan Perkhidmatan Klinik Ini Anak Dah Tercungap-Cungap, Ibu Di Asajaya Bengang Dengan Perkhidmatan Klinik Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?