• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Edar Dadah Merbahaya, Lelaki Dari Kuching Dijatuhkan Hukuman Gantung Sampai Mati

Oleh
Husna Hazmi
22 September 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Tertuduh mengedar dadah jenis syabu dan ketamine.

Edar Dadah Merbahaya, Lelaki Dari Kuching Dijatuhkan Hukuman Gantung Sampai Mati. Dilaporkan seorang lelaki telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati di Mahkamah Tinggi Kuching pada hari ini setelah didapati bersalah mengedar dadah jenis syabu dan ketamine pada September 2019 lalu.

Keputusan yang dibuat oleh hakim Azhahari Kamal Ramli mendapati ke atas Eric Bong Jong Xiang berusia 25 tahun setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Edar Dadah Merbahaya, Lelaki Dari Kuching Dijatuhkan Hukuman Gantung Sampai Mati
Edar Dadah Merbahaya, Lelaki Dari Kuching Dijatuhkan Hukuman Gantung Sampai Mati

Tertuduh didakwa mengedar 751.0 gram syabu

Tertuduh didakwa mengedar 751.0 gram syabu dan juga mengedar 407.2 gram ketamine. Perbuatannya itu dilakukan pada 25 September 2019 di sebuah syarikat pengangkutan awam di Jalan Penrissen, Kuching.

Menurut laporan, setelah mempertimbangkan keterangan yang dikemukakan secara keseluruhan semasa perbicaraan, mahkamah mengambil keputusan menjatuhkan tertuduh hukuman gantung sampai mati di bawah Seksyen 39B(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 bagi pertuduhan pertama iaitu mengedar 751.0 gram syabu.

Pertuduhan yang kedua iaitu mengedar 407.2 gram ketamine, tertuduh juga dijatuhkan hukuman gantung sampai mati di bawah Seksyen 277 Kanun Acara Jenayah (CPC).

Edar Dadah Merbahaya, Lelaki Dari Kuching Dijatuhkan Hukuman Gantung Sampai Mati

Memperuntukkan hukuman gantung sampai mati

Kedua-dua pertuduhan tersebut masing-masing di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Mahkamah juga berpendapat bahawa ada bukti yang menunjukkan tertuduh mempunyai kawalan dan pengetahuan terhadap dadah tersebut. 

Sembilan orang saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan dalam kes ini manakala pendakwaan dikendalikan oleh oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Nabilah Ahmad Poad, manakala tertuduh diwakili peguam Osman Ibrahim, Roger Chin dan Nur Atiqah Kulah. 

Dadah membawa padah! Marilah kita sama-sama menjauhi dadah:

Ibu Tunggal Anak 9 Meronta Dijatuhi Hukuman Gantung Di Tawau, Reaksi Netizen Bercampur Baur
Miliki Hampir 5kg Dadah Jenis Ketamin, Suami Isteri Ini Bakal Dihukum Gantung Sampai Mati
SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 'This Is Borneo' Cara Atlet Sabah Dan Sarawak Ini Berhibur Buat Netizen Kagum ‘This Is Borneo’ Cara Atlet Sabah Dan Sarawak Ini Berhibur Buat Netizen Kagum
Next Article Rakaman Video Penumpang Saga Buang Sampah Tengah Jalan Ini Buat Netizen Bengang

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?