• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tiga Hospital Swasta Baru Bertaraf Dunia Bakal Siap Dalam Masa 3 Tahun Di Kuching

Oleh
Husna Hazmi
23 Februari 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

3 Hospital swasta baru ini menyediakan rawatan bertaraf dunia

Tiga Hospital Swasta Baru Bertaraf Dunia Bakal Siap Dalam Masa 3 Tahun Di Kuching. Dilaporkan, Sarawak bakal melonjakkan perkhidmatan kesihatannya ke tahap seterusnya dengan pembinaan tiga hospital swasta baharu di Kuching! Projek ini dijangka siap dalam tempoh tiga tahun, memberikan lebih banyak pilihan rawatan berkualiti kepada rakyat tempatan dan pesakit dari luar negara.

Tiga Hospital Swasta Baru Bertaraf Dunia Bakal Siap Dalam Masa 3 Tahun Di Kuching
Tiga Hospital Swasta Baru Bertaraf Dunia Bakal Siap Dalam Masa 3 Tahun Di Kuching. Sumber gambar: New Straits Time

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, mengumumkan bahawa:

  • Hospital pertama akan dibina di Batu Lintang oleh IHH Healthcare, sebuah syarikat kesihatan berpangkalan di Singapura.
  • Hospital kedua dengan 300 katil akan dibangunkan di North Bank, Tabuan Jaya, khusus untuk rawatan kanser.
  • Hospital ketiga, juga dengan 300 katil, akan dibina di Petra Jaya.

“Semua hospital ini akan diuruskan secara swasta dan bakal menarik pesakit mendapatkan rawatan terbaik di Sarawak,” kata beliau semasa perasmian cawangan kedua D Dentist Dental Clinic di Tabuan Jaya.

Tiga Hospital Swasta Baru Bertaraf Dunia Bakal Siap Dalam Masa 3 Tahun Di Kuching
Sumber gambar: Orissa International

Alternatif murah dari Singapura, tapi kualiti setanding

Menurut Abang Johari, kos rawatan yang tinggi di Singapura membuatkan hospital swasta di Kuching menjadi pilihan lebih berpatutan dengan kualiti rawatan yang sama hebat.

Lebih menarik lagi, Sarawak juga berada di lokasi strategik dengan sistem pengangkutan yang semakin baik, membolehkan pakar perubatan antarabangsa, terutama dari Singapura yang datang ke Kuching tanpa perlu berpindah secara tetap.

Malah, dengan adanya AirBorneo (syarikat penerbangan milik Sarawak yang bakal dilancarkan), doktor dari Singapura boleh:

  • Terbang ke Kuching pada waktu pagi
  • Merawat pesakit sepanjang hari
  • Pulang ke Singapura pada hari yang sama

Kemajuan dalam teknologi perubatan dan pemindahan data juga membolehkan pesakit dipantau secara jarak jauh, membolehkan doktor membuat penilaian lebih awal sebelum pesakit datang mendapatkan rawatan.

Tiga Hospital Swasta Baru Bertaraf Dunia Bakal Siap Dalam Masa 3 Tahun Di Kuching
Sumber gambar: Lifestyle Asia

Sarawak bakal jadi destinasi ‘Medical Tourism’

Dengan trend pelancongan perubatan yang semakin meningkat, hospital-hospital baru ini dijangka menarik pesakit bukan sahaja dari Malaysia, tetapi juga Indonesia dan negara jiran lain.

Jadi, siapa sangka dalam masa tiga tahun, Kuching mungkin menjadi pusat rawatan kesihatan premium di rantau ini?

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Kerajaan Persekutuan, Sarawak Bakal Bincang Kerjasama Masa Depan Petros Dan Petronas
Miki Ghazali Tewaskan Lawan 10 Tahun Lebih Tua Di Kejohanan Muay Thai Antarabangsa
SUMBER :DayakDaily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kerajaan Persekutuan, Sarawak Bakal Bincang Kerjasama Masa Depan Petros Dan Petronas
Next Article Gotong Royong Besar Kembalikan Imej Pantai Miri Terkejut Lihat Pantai Miri Dipenuhi Sampah, Penduduk Pakat Gotong Royong Besar-Besaran

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?