• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kerajaan Persekutuan, Sarawak Bakal Bincang Kerjasama Masa Depan Petros Dan Petronas

Oleh
Husna Hazmi
23 Februari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

Skop kerjasama yang lebih terperinci akan dibincangkan

Kerajaan Persekutuan, Sarawak Bakal Bincang Kerjasama Masa Depan Petros Dan Petronas. Dilaporkan, Kerajaan Persekutuan dan Sarawak kini sedang merancang kerjasama strategik antara Petronas dan Petros, dua industri minyak dan gas Malaysia. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengesahkan perbincangan lanjut akan dilakukan untuk memperinci skop kerjasama ini, termasuk projek baharu yang bakal diterokai bersama.

“Setakat ini, saya dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, sudah mencapai kesepakatan tentang dasar undang-undang yang terlibat,” katanya dalam sidang media sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI 2025 hari ini.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak Bakal Bincang Kerjasama Masa Depan Petros Dan Petronas
Kerajaan Persekutuan, Sarawak Bakal Bincang Kerjasama Masa Depan Petros Dan Petronas. Sumber gambar: Reuters

Petros akan jadi agregator utama di Sarawak

Anwar turut menjelaskan bahawa aspirasi Sarawak untuk lebih terlibat dalam industri minyak dan gas mendapat pengiktirafan penuh oleh Kerajaan Persekutuan. Ini selaras dengan Ordinan Pengagihan Gas 2016 (Pindaan) (DGO) yang akan berkuat kuasa pada 1 Mac 2025.

Berdasarkan undang-undang ini, Petros akan bertindak sebagai agregator utama bagi industri minyak dan gas di Sarawak, sambil tetap menghormati kelulusan serta peranan Petronas dan anak-anak syarikatnya di negeri itu.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak Bakal Bincang Kerjasama Masa Depan Petros Dan Petronas
Sumber gambar: Berita Harian

Kerjasama antara Petronas dan Petros

Premier Sarawak pula menyambut baik pengiktirafan ini dan menegaskan bahawa kerjasama antara Petronas dan Petros adalah kunci utama dalam memajukan ekosistem ekonomi Sarawak.

“Kita bukan lokek (kedekut). Apa yang kita ada, kita kongsi. Petronas dan Petros mesti bekerjasama,” kata Premier.

Dengan perbincangan ini, Sarawak kini berada di landasan terbaik untuk menjadi pemain lebih besar dalam industri minyak dan gas Malaysia. Adakah ini bermakna lebih banyak peluang pekerjaan dan pelaburan akan masuk ke Sarawak? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen sosial media kami!

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Miki Ghazali Tewaskan Lawan 10 Tahun Lebih Tua Di Kejohanan Muay Thai Antarabangsa
Fast Culture 25: Festival Auto & Muzik Pertama Sarawak Bakal Gegarkan Kuching
SUMBER :UKAS
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Miki Ghazali Tewaskan Lawan 10 Tahun Lebih Tua Di Kejohanan Muay Thai Antarabangsa
Next Article Tiga Hospital Swasta Baru Bertaraf Dunia Bakal Siap Dalam Masa 3 Tahun Di Kuching

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?