• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Trump Kenakan Tarif Baharu? Ini Kesan Kepada Malaysia Yang Anda Perlu Tahu

Oleh
Nazihah AN
7 April 2025
Kongsi
3 Min Bacaan
Trump Kenakan Tarif Baharu? Ini Kesan Kepada Malaysia Yang Anda Perlu Tahu

Malaysia Terpalit Isu Perdagangan Global

Trump Kenakan Tarif Baharu? Ini Kesan Kepada Malaysia Yang Anda Perlu Tahu. Kini hangat diperkatakan, isu tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat kembali menjadi bualan apabila bekas Presiden Donald Trump merancang untuk mengenakan tarif setinggi 60% ke atas barangan dari China jika kembali memegang tampuk kuasa. Tapi persoalannya, apa sebenarnya maksud “tarif” ini, dan bagaimana ia memberi kesan kepada kita di Malaysia?

Sini kami kupaskan untuk anda, dengan bahasa yang mudah, terus dari berita yang tengah hangat.

Trump Kenakan Tarif Baharu? Ini Kesan Kepada Malaysia Yang Anda Perlu Tahu

Apa Itu Tarif?

Tarif ialah cukai yang dikenakan ke atas barangan import dari negara lain. Bila AS kenakan tarif ke atas produk China, barang-barang dari negara itu jadi lebih mahal untuk rakyat AS, dengan harapan pengguna akan membeli produk tempatan sebaliknya. Tapi kesannya tak berhenti di situ saja…

Malaysia Turut Terpalit?

Malaysia bukan sasaran utama, tapi tetap rasa tempiasnya. Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa asas pengiraan tarif oleh Amerika Syarikat terhadap Malaysia adalah cacat dan tidak berasas. Kenyataan ini keluar susulan keputusan AS untuk menilai semula kedudukan tarif ke atas beberapa negara termasuk Malaysia.

Dalam laporan BERNAMA, PM Anwar menyatakan bahawa Malaysia tidak mengamalkan manipulasi mata wang, dan tindakan AS ini boleh memberi kesan kepada pelbagai industri eksport negara.

Ada Risiko Kemelesetan Ekonomi?

Walaupun situasi ini membimbangkan, Perdana Menteri menegaskan bahawa Malaysia tidak menjangkakan kemelesetan ekonomi, walaupun jalan ke hadapan agak mencabar terutamanya bagi sektor perindustrian.

“Ekonomi Malaysia kekal kukuh dengan asas yang stabil. Kita perlu bekerja lebih keras dalam sektor-sektor tertentu, tapi bukan bermaksud negara akan jatuh ke dalam kemelesetan,” jelasnya dalam laporan Malay Mail.

Bagaimana Malaysia Bertindak Balas?

Kerajaan Malaysia mengambil pendekatan diplomatik dan fakta dalam menangani isu ini. Usaha sedang digiatkan untuk memperkukuh perdagangan dua hala dengan negara lain, selain memastikan pelabur masih melihat Malaysia sebagai destinasi yang stabil dan strategik.

Walaupun dasar tarif AS pada asalnya menyasarkan China, negara seperti Malaysia juga terkena tempias. Namun, dengan dasar ekonomi yang berhati-hati dan kepimpinan yang jelas, Malaysia masih mampu bertahan dan menyesuaikan diri dalam lanskap perdagangan global yang kian mencabar.

Baca juga cerita menarik di bawah:

Netizen Buat Petisyen Tuntut ADUN Pending, Violet Yong Mohon Maaf Dan Letak Jawatan
SKAS Dijangka Diteruskan Tahun Hadapan

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sukarelawan Diperlukan, Sertai Program Pemulihan Terumbu Karang Di Taman Tun Mustapha Sabah
Next Article Tomok Singgah Beraya Kongsi Pengalaman Pertama Kali Cuba Burasak Dan Lepat Loi Tomok Singgah Beraya Kongsi Pengalaman Pertama Kali Cuba Burasak Dan Lepat Loi

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?