Tomok Puji Rasa Lepat Loi
Tomok Singgah Beraya Kongsi Pengalaman Pertama Kali Cuba Burasak Dan Lepat Loi. Siapa sangka kunjungan Hari Raya penyanyi terkenal Tomok ke rumah kenalan telah membuka mata ramai terhadap keunikan makanan tradisional Bugis dan Sabah! Dalam sebuah video tular di Facebook, Tomok dilihat menikmati hidangan istimewa seperti burasak dan lepat loi bersama keluarga tercinta.
Dengan penuh teruja, Tomok berkongsi pengalamannya mencuba burasak buat pertama kali.
Assalamualaikum, saya pertama kali makan burasak. Ini memang istimewa kalau dekat Batu Pahat, orang Johor khususnya. Dia macam lemang, tapi dia lain sikit. Balut dengan daun pisang…“

Ada sedikit kekeliruan, rupanya yang dimakan Tomok ketika itu ialah Lepat Loi
Katanya lagi, makanan tersebut lebih sedap jika dimakan bersama lauk seperti rendang atau asam pedas. Namun, yang mencuit perhatian ramai ialah kekeliruan yang berlaku – rupanya makanan yang dimakan Tomok ketika itu ialah lepat loi, bukan burasak!
Netizen pantas memberikan penjelasan. Menurut mereka, lepat loi berbentuk tiga segi dan dibuat daripada pulut, manakala burasak pula berbentuk empat segi dan diperbuat daripada beras dimasak bersama santan. Kedua-duanya sering menjadi hidangan wajib masyarakat Bugis, terutamanya ketika musim perayaan. Biasanya dimakan bersama lauk seperti rendang, atau serunding.
Walaupun berlaku sedikit kekeliruan, rata-rata netizen tetap memuji kesungguhan Tomok mencuba makanan tradisional yang jarang diketengahkan ini. Malah, ramai yang terinspirasi untuk turut mencuba sendiri rasa autentik burasak dan lepat loi.
Jelas sekali, perkongsian ringkas dari seorang selebriti mampu membuka ruang besar untuk kita menghargai dan memelihara makanan warisan bangsa.

