• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ugut Bunuh Dan Pukul Ibu Guna Mop, Lelaki Dari Telaga Air Ini Dipenjara 1 Tahun

Oleh
Husna Hazmi
10 Februari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Tertuduh turut bertindak membaling pisau ke arah ibunya tetapi berjaya dielak.

Ugut Bunuh Dan Pukul Ibu Guna Mop, Lelaki Dari Telaga Air Ini Dipenjara 1 Tahun. Dilaporkan, gara-gara tidak diberi wang, seorang pemuda tergamak mencederakan ibunya menggunkan sebatang kayu mop serta mengugut untuk membunuh mangsa.

Khirul Bujang, berusia 28 tahun telah dijatuhkan hukuman penjara 1 tahun di Mahkamah Sesyen Kuching pada hari ini.

Ugut Bunuh Dan Pukul Ibu Guna Mop, Lelaki Dari Telaga Air Ini Dipenjara 1 Tahun
Ugut Bunuh Dan Pukul Ibu Guna Mop, Lelaki Dari Telaga Air Ini Dipenjara 1 Tahun. Sumber foto: The Borneo Post

Tertuduh mengaku bersalah

Tertuduh mengaku bersalah sebaik sahaja didakwa atas dua pertuduhan mengikut Seksyen berbeza di hadapan Hakim Maris Agan.

Bagi pertuduhan pertama tertuduh didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama 326A Kanun sama, di mana tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap ibunya yang berusia 58 tahun dengan sebatang kayu mop.

Jika disabit bersalah, boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan, atau mana-mana daripada hukuman tersebut.

Bagi pertuduhan yang kedua pula, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan di mana tertuduh mengugut hendak membunuh mangsa sama bersenjatakan sebilah pisau daging.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabit bersalah.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di kediaman mereka sekeluarga di Kampung Telaga Air, Jalan Matang, sekitar jam 9.30 pagi pada 5 Januari lalu.

Ugut Bunuh Dan Pukul Ibu Guna Mop, Lelaki Dari Telaga Air Ini Dipenjara 1 Tahun

Tertuduh memukul ibunya menggunakan kayu mop

Menurut fakta kes, tertuduh memukul mangsa menggunakan objek berupa kayu mop sehingga menyebabkan mangsa mengalami kesakitan di bahagian kepala dan luka di bahagian dahi. 

Punca kejadian adalah gara-gara ibunya enggan memberikan wang seperti yang diminta oleh tertuduh. 

Semasa kejadian juga, tertuduh telah bertindak melempar pisau pemotong daging ke arah mangsa tetapi mangsa berjaya mengelaknya.

Kemudian, tertuduh turut melakukan ugutan jenayah terhadap mangsa dengan mengatakan ‘kelak ku bunuh kitak’ dan menyebabkan ketakutan kepada mangsa.

Ugut Bunuh Dan Pukul Ibu Guna Mop, Lelaki Dari Telaga Air Ini Dipenjara 1 Tahun

Mangsa buat laporan polis

Mangsa yang mengesyaki anaknya berada di bawah pengaruh bahan terlarang kemudiannya mengambil keputusan untuk membuat laporan polis untuk tindakan dan siasatan selanjutnya.

Sebelum dijatuhkan hukuman, tertuduh yang tidak diwakili peguam dan bekerja di kedai makan itu merayu agar tidak dijatuhkan hukuman yang berat.

Namun demikian, Timbalan Pendakwa Raya Danial Mohamad Ali telah memohon hukuman berat dengan mengambil kira kepentingan awam, berat kesalahan dilakukan, keseriusan kes dan kesan trauma yang dihadapi mangsa.

Maris seterusnya memerintahkan tertuduh untuk dijatuhkan hukuman penjara setahun bermula hari ini bagi setiap pertuduhan dihadapinya. 

Beliau juga mengarahkan agar kedua-dua hukuman penjara untuk dijalankan secara serentak. 

Lagi berita terkini di sini untuk anda:

Rupanya Warga Asing, Lelaki Mengemis Dekat Lampu Isyarat Di Jalan Matang Ditahan Polis
Pelekat Cukai Jalan Tidak Lagi Diperlukan, Kini Hanya Guna Aplikasi MyJPJ
SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Dakwaan Sindiket Dadah, Orang Ramai Dinasihatkan Jangan Terima Parcel Sesuka Hati Tular Dakwaan Sindiket Dadah, Orang Ramai Dinasihatkan Jangan Terima Parcel Sesuka Hati
Next Article Macam Drive-Thru, Nikmati Soya Bean Fresh Dan Pau Dari Gerai Tepi Jalan Di Batu 4 Kuching Ini Macam Drive-Thru, Nikmati Soya Bean Fresh Dan Pau Dari Gerai Tepi Jalan Di Batu 4 Kuching Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?