• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Aktiviti Menarik

Ini 5 Port Hiking Yang Popular Di Sabah

Oleh
Farisha
17 Julai 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Port hiking yang sangat popular di Sabah, wajib pergi!

Ini 5 Port Hiking Yang Popular Di Sabah. Sabah, sebuah negeri yang kaya dengan keindahan alam semula jadi, menawarkan pengalaman mendaki gunung (hiking) yang luar biasa kepada peminat aktiviti lasak. Dengan gunung-ganang yang mencanak tinggi, hutan hujan tropika yang lebat, dan pemandangan alam yang memukau, Sabah telah menjadi destinasi popular bagi pendaki-pendaki dari seluruh dunia.

Dengan pelbagai laluan mendaki yang berbeza, dari yang mudah hingga yang sangat mencabar, Sabah menawarkan tempat best untuk hiking! Jadi, bagi yang anda baru lagi dalam aktiviti mendaki, senarai ini mungkin sesuai untuk anda.

1. Bukit Perahu, Tamparuli

Ini 5 Port Hiking Yang Popular Di Sabah
Ini 5 Port Hiking Yang Popular Di Sabah. Kredit gambar: mysabah

Bukit ini boleh menguji anda secara mental dan fizikal. Terletak di St Veronica Hill di Tamparuli, bukit ini juga dikenali oleh penduduk setempat sebagai Bukit Ruhiang. Bagaimanapun, pastikan pendakian habis hingga ke puncak, sebab pemandangan yang terdapat di puncak memang berbaloi-baloi.

2. Bukit Nuluh Lapai, Tuaran

Ini 5 Port Hiking Yang Popular Di Sabah
Ini 5 Port Hiking Yang Popular Di Sabah. Kredit foto: Twitter @nzrnjldn

Bikers dan hikers menyukai jejak hiking ini. Terletak di Kampung Lapasan, sebaik sahaja anda mencapai puncak, anda akan dapat melihat puncak lain iaitu Bukit Tirig.

Sunset di sini memang terbaik dari ladang pemandangan di sini pun tidak kurang hebatnya! Lagi-lagi buat anda yang suka untuk kongsi gambar di laman sosial, view sini memang cantik! Memang akan buat anda ingin repeat lagi.

Ini 5 Port Hiking Yang Popular Di Sabah
Kredit foto: Twitter @nzrnjldn

3. Bukit Gundul atau Bukit Botak, Sepangar

Ini 5 Port Hiking Yang Popular Di Sabah
Ini 5 Port Hiking Yang Popular Di Sabah. Kredit gambar: fauzy rahim

Untuk sampai ke puncak, pegunjung perlu melalui hutan tebal dan curam. Jadi, jika anda mencari cabaran, bukit ini mungkin sesuai untuk anda.

Walaupun demikian, pandangan yang menanti anda di bahagian atas pasti akan menjadikan semua kerja keras anda tidak sia-sia dan memberikan pengalaman yang sangat bernilai.

4. Bukit Kopungit, Kepayan

Kredit foto: Twitter @KKCity

Bukit Kopungit tidak jauh dari pusat kota, yang terletak kira-kira 1.5 km jauhnya. Ia terletak di Jalan Penampang Baru yang terletak di bahagian belakang kawasan residensi Golden Hill.

Perjalanan ke Bukit Kopungit hanya mendaki pendek dan bukit ini terkenal dengan sunsetnya

5. Bukit Payung, Telipok

Kredit gambar: Borneo Holiday

Stesen Inobong terletak di bahagian barat Taman Crocker Range. Sebaik sahaja anda jejak kaki dipuncak, anda akan dapat melihat suasana yang mengasyikkan di Kota Kinabalu, Penampang dan juga Taman Tunku Abdul Rahman (TARP). Semasa mendaki, anda akan melihat pemandangan alam yang memberikan ketenangan jiwa.

Sabah merupakan tempat yang sempurna bagi mereka yang mencari petualangan dan hubungan dengan alam semula jadi. Dengan pelbagai pilihan laluan mendaki yang menakjubkan, dari gunung tertinggi di Asia Tenggara hingga bukit-bukit yang menawarkan pemandangan pantai yang indah, Sabah mempunyai sesuatu untuk ditawarkan kepada setiap pendaki.

Dengan menyediakan diri dengan baik, mengikuti panduan keselamatan, dan menghargai keindahan alam semula jadi yang luar biasa, pengalaman mendaki gunung di Sabah pasti akan menjadi pengalaman yang tidak akan dilupakan. Bagi mereka yang mencari petualangan dan keindahan alam yang mengagumkan, Sabah adalah tempat yang perlu dilawati.

Baca juga 7 hidden gems yang menarik yang anda boleh lawati di Sabah:

Pulau Pasir Timbul, Hidden Gem Di Pitas Sabah Untuk Dikunjungi
Bagai Tidur Di Angkasa, Ini 9 Senarai Hotel Kapsul ‘Mesti Tempah’ Di Sabah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pertama Kali Pergi Gig Dan Konsert? Ini Persediaan Yang Anda Perlu Buat
Next Article Elmyn Dan Cameron, 2 Pelumba Sarawak Bawa Nama Malaysia Ke FIA Rally Star

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?