• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Wan Aishah, Keturunan Ke-7 Mahsuri Yang Hidup Pada Zaman Ini

Oleh
Nazihah AN
2 Disember 2023
Kongsi
8 Min Bacaan
Wan Aishah, Keturunan Ke-7 Mahsuri Yang Hidup Pada Zaman Ini

Keturunan Generasi Ketujuh

Wan Aishah, Keturunan Ke-7 Mahsuri Yang Hidup Pada Zaman Ini. Sekiranya anda familiar dengan legenda Mahsuri dari Langkawi, anda pasti tahu sebelum menghembus nafasnya terakhir, Mahsuri jatuhkan sumpah atas pulau Langkawi yang akan berlangsung selama tujuh generasi.

Musibah disusuli apabila pulau Langkawi diserang dan ditakluki oleh angkatan Siam dan turut mengalami tanaman yang gagal selama bertahun-tahun sehingga generasi ketujuh lahir, barulah Langkawi mula maju dan menjadi tempat tumpuan pelancong seperti sekarang.

Walaupun Mahsuri adalah legenda Langkawi, tahukah anda Mahsuri mempunyai keturunan yang masih hidup pada zaman ini? Malah, keturunan itu pernah kunjung Langkawi pada tahun 2000, 20 tahun yang lepas.

Wan Aishah, Keturunan Ke-7 Mahsuri Yang Hidup Pada Zaman Ini
Wan Aishah, Keturunan Ke-7 Mahsuri Yang Hidup Pada Zaman Ini

Sumpahan Mahsuri

Sebelum kita lanjut, ini adalah kisah ringkas Mahsuri dan bagaimana sumpahan yang dijatuhkannya membawa musibah terhadap pulau Langkawi selama tujuh keturunan.

Terdapat beberapa versi legenda ini, tetapi yang ini adalah versi yang popular.

Berasal dari Thailand, Mahsuri dan ibu bapanya berhijrah ke Langkawi untuk memulakan kehidupan baharu. Dikenali dengan kecantikan dan budi bahasanya, dia menjadi rebutan kaum lelaki bukan sahaja di kampungnya malah seluruh Langkawi. Dalam masa yang sama, ramai wanita iri hati dengan kecantikannya dan perhatian yang diberi oleh para lelaki lain.

Penghulu Langkawi iaitu Datuk Pekerma Jaya Wan Yahya, terjatuh cinta terhadapnya dan berputus untuk menjadikan Mahsuri sebagai isteri keduanya, keputusan yang tidak disenangi oleh isteri pertamanya, iaitu Wan Mahora. Pada masa yang sama, Wak Darus, iaitu adik kepada Wan Yahya, pun berhasrat untuk mengisterikan Mahsuri. Untuk mengelakkan kontroversi, Wan Yahya bersetuju untuk membenarkan adiknya mengahwini Mahsuri.

Sebuah perang berlaku di antara Kedah dan Siam tidak lama kemudian, apabila kerajaan Siam menakluki utara Kedah. Sebagai pahlawan yang hebat, Wan Darus dikehendaki untuk mempertahankan kerajaan Kedah. Pada masa itu juga Mahsuri sedang sarat mengandung. Mahsuri melahirkan seorang bayi bernama Wan Hakim ketika suaminya berperang dengan angkatan Siam di Kedah.

Perang antara tentera Siam dan Kedah. Kredit: M-update

Semasa suaminya tiada, seorang lelaki bernama Deramang tiba ke Langkawi dari Acheh dan diambil oleh bapa Mahsuri untuk bekerja dengannya. Akibat Deramang dan Mahsuri sentiasa bersama (sebagai rakan), Wan Mahora menghasut penduduk lain dengan berkata Mahsuri melakukan hubungan sulit dengan Deramang. Tuduhan curang akhirnya cukup kukuh untuk penduduk kampung menyeret Mahsuri ke Balai Adat di Padang Mat Sirat dan kemudian dihukum bersama Deramang. Tanpa diberi peluang untuk membela diri, pasangan itu dijatuhkan hukuman mati.

Walaupun menawarkan semua kekayaan mereka, ibu bapa Mahsuri tidak dapat meyakinkan para penduduk untuk membebaskannya

Mahsuri dijatuhkan hukuman mati atas tuduhan melakukan hubungan sulit dengan rakannya.

Sebatang tombak di tikam ke badan Mahsuri tetapi ia tidak dapat menembusi tubuhnya. Nekad membukti dirinya tidak bersalah, Mahsuri berkata hanya tombak pusaka keluarganya boleh menamatkan nyawanya. Setelah mendapati keris tersebut, ia ditikam kepadanya dan menembusi rusuk kiri dan buah dada Mahsuri. Disini, Mahsuri lafazkan sumpahnya dengan hembusan terakhirnya:

“Ya Allah, Ya Tuhan Yang Maha Melihat Segalanya, aku redha akan matiku jika benar aku bersalah tapi jika benar aku dianiaya, sesungguhnya aku haramkan darahku mengalir ke bumi ini, dan aku sumpah, bumi Langkawi tidak akan aman, berpuakalah menjadi padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan!”

Darah yang mengalir keluar dari tubuh Mahsuri bukan merah tetapi putih – bukti bahawa Mahsuri tidak bersalah. Mahsuri kemudian meninggal dunia akibat kecederaannya.

Suaminya kembali ke Langkawi setelah kekalahan tentera Kedah di Sungai Muda dan terkejut apabila mengetahui isterinya sudah meninggal. Sedih dengan berita ini, dia kemudian meninggalkan Langkawi bersama anaknya dan kedua mertuanya, berhijrah balik ke Thailand.

Genap tujuh hari kematian Mahsuri, Langkawi ditakluk oleh tentera Siam. Kepala Wan Yahya dipancung dan dibuang ke sungai manakala Wan Mahora dan wanita-wanita di Langkawi dijadikan hamba abdi tentera Siam.

Langkawi turut diikuti tujuh keturunan yang dipenuhi dengan musibah. Sawah padi dibakar oleh penduduk, kemudian diikuti dengan tanaman gagal. Selama tujuh keturunan Langkawi menjadi padang jarak padang terkukur.

Hanya selepas keturunan ketujuh berakhir, baru Langkawi menjadi maju. Kini, pulau itu menjadi salah satu tempat perlancongan hebat di Malaysia. Walaupun sumpahan itu sudah berakhir, penduduk tempatan tidak akan lupai kisah ‘Sumpahan Mahsuri’.

Wan Aishah, Keturunan Ke-7 Mahsuri Yang Hidup Pada Zaman Ini
Makam Mahsuri yang masih di Langkawi sehingga ke hari ini.

Namanya Sirintra Yayee @ Wan Aishah Wan Nawawi

Setelah dikesan sebagi keturunan Mahsuri, Sirintra Yayee (atau juga dikenali sebagai nama Melayunya, Wan Aishah) dipercayai sebagai keturunan yang menamatkan sumpahan yang dijatuhkan oleh moyangnya. Hal ini kerana, Wan Aishah merupakan keturunan ketujuh Mahsuri dan seperti yang dilafazkan oleh moyangnya sendiri, sumpahan itu akan tamat setelah tujuh keturunan lalu – kelahiran Wan Aishah pada tahun 1985.

Wan Aishah, Keturunan Ke-7 Mahsuri Yang Hidup Pada Zaman Ini
Wan Aishah, dipercayai sebagai keturunan ketujuh Mahsuri, dikatakan mewarisi kecantikan moyangnya.

Dikatakan mewarisi kecantikan moyangnya, Wan Aishah dijemput untuk datang ke Langkawi pada kali pertama pada tahun 2000 sempena ulang tahun ke-10 Lembaga Pembangunan Langkawi. Beliau ditemani oleh ibu bapanya iaitu Wan Nawawi dan Sumaini Yayee, beserta datuknya Wan Hashim dan ahli keluarganya yang lain, dan disambut seperti VIP apabila tiba ke Langkawi. Wan Aishah juga ditawarkan oleh kerajaan untuk menetap dan belajar di sini pada waktu itu.

Wan Aishah, Keturunan Ke-7 Mahsuri Yang Hidup Pada Zaman Ini
Wan Aishah melihat gambar moyangnya ketika melawati Langkawi sekitar tahun 2000.

Pada waktu itu, Wan Aishah disanjungi sebagai selebriti, dijemput untuk pelbagai temu bual. Pada hari keduanya di Langkawi, beliau dan ahli keluarganya menghadiri sebuah drama berdasarkan legenda yang dipentaskan di Desa Buku Antarabangsa Langkawi. Cuaca pada masa itu hujan sepanjang pagi tetapi berhenti sebelum mulanya drama itu. Namun, ketika watak yang melakonkan Mahsuri ditikam, Wan Aishah mula menangis dan beberapa saat kemudian, ketika sumpahan itu diucapkan dengan kuat, hujan lebat melanda tiba-tiba dan diikuti kilat yang menggegarkan orang ramai. Sama ada kebetulan atau tidak, ia mendapat kesunyian yang terhormat dari 400 orang yang berkumpul untuk melihat Wan Aishah.

Wan Aishah kemudian berkahwin pada tahun 2010 ketika beliau berumur 25 tahun. Majlis kenduri mereka berlangsung di Kompleks Kota Mahsuri, Kampung Mawat dan berlangsung dengan penuh meriah. Pasangan suami isteri itu pun turut menziarahi makam moyangnya.

Beliau bersama suaminya menziarahi makam Mahsuri. 

Beliau kini menetap di Thailand bersama suaminya dan cahaya matanya. Mengenai pulau Langkawi ketika lawatan pertama beliau, beliau berkata:

“Saya berasa seperti saya orang yang istimewa sekarang … Saya merasakan orang menghormati saya dan saya merasakan hubungan dengan pulau ini.”

Pasti anda akan rasa ovewhelmed jika mengetahui anda keturunan tokoh legenda, kan? Satu hari anda hidup seperti orang biasa, tiba-tiba anda mengetahui anda adalah keturunan seorang tokoh legenda di negara lain!

Baca lagi lagenda lain disini:

Sejarah Menarik Lagenda Puteri Santubong Dan Puteri Sejinjang Yang Terkenal Di Sarawak
Lagenda Pulau Supirak, Sumpahan Ibu Kepada Anak Yang Merasa Malu Padanya
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tangani Masalah Kes Pembuangan Bayi, BMC Sediakan Peti Perlindungan Bayi Di Kuching
Next Article Kenali Samuel Bone, Jaguh Bola Sepak Harapan Ke EPL Dari Sarawak Kenali Samuel Bone, Jaguh Bola Sepak Harapan Ke EPL Dari Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?